Wednesday, March 9, 2016

Kisah Ibadah Umrah Najib, Kisah Tun Dr Mahathir Dan Kisah Muhyiddin Yasin. Al-Kisah.....

Jika kita selami hati setiap umat islam yang menjadi hamba Allah swt seraya kita bertanya apakah yang akan didoakan seandainya berada didepan Baitullah di Mekah... semestinya dan pasti kita mahu mendoakan yang baik baik sahaja.

Iya, semua yang baik baik belaka khususnya buat diri sendiri dan mereka yang disekeliling kita. 

Sebaik sahaja YAB Datuk Sri Perdana Menteri kita pulang dari lawatan kerja dan urusan rasmi di Jeddah dimana beliau tidak melepaskan peluang untuk menunaikan umrah, maka terjadilah sebuah episod hitam dalam kancah politik tanahair.....

Siapa sangka cempedak boleh menjadi nangka? Pelik tapi benar... pening pening lalat kalau kita lihat sendiri apa yang sedang berlaku dalam kancah politik tanahair kita!

Tak pernah langsung terfikir oleh akal waras kita Tun Dr Mahathir tergamak untuk duduk sama bersekongkol dengan Bapak Chauvanist Kepala Rasis bernama Lim Kit Siang ini semata mata mahu mencapai matlamat peribadinya agar Datuk Sri Najib diturunkan dari tahta Perdana Menteri Malaysia !

‎Siapa yang tak pernah menyaksikan sendiri bagaimana lantang Tun Dr M sebut berulang kali secara terbuka bahawa Kit Siang adalah seorang yang Rasis! Rakaman video klip kekal menjadi bukti.

Tetapi hari ini segala-galanya sudah berubah. Demi kelangsungan cita cita peribadi maka seorang tokoh politik seperti Tun Dr M sanggup menjilat kahaknya sendiri....

Dulu Tun Dr M sebut "melayu mudah lupa". Memang tepat sekali apa yang dia pernah sebut... malah dalam kes ini, Tun Dr M bukan sahaja mudah lupa tetapi beliau seolah-olah dah "hilang ingatan" agaknya...

"Tun Dr M had completely forgotten who is Kit Siang..." kata salah seorang sahabat blogger. Maksudnya Tun Dr M dah delete didalam memorinya semua salah laku Kit Siang dalam persada politik tanahair. ‎Atau Tun pura pura lupa siapa dalang sebenar Tragedi 13 Mei ?

Mengeluh panjang agaknya orang melayu apabila disajikan episod Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Dr M dimana beliau ditemani oleh Tan Sri Muhyiddin, mantan MB Kedah Datuk Mukriz dan diapit kiri dan kanan dengan musuh musuh politik mereka yang terdiri oleh Lim Kit Siang, Azmin Ali, tidak ketinggalan juga Mat Sabu yang sering kali dengan lantang pernah menggelar Tun Dr M sebagai Bapak Perompak !!

Deklarasi Rakyat satu agenda peribadi yang bangang jauh menyimpang dari sistem demokrasi menuntut cara menentukan siapakah yang layak memimpin negara... Sedih dan sayu hati melihat Tun Dr M, Muhyiddin dan Mukriz sanggup menggadai maruah dan rela menjadi pencacai dan kuda tunggangan Kit Siang !

Ini disahkan oleh Presiden PKR, Dr Wan Azizah dalam kenyataannya yang selamba berkata Tun Dr M yang terhegeh-hegeh datang menjilat kahaknya sendiri...

Tambah parah apabila Muhyiddin dalam respon untuk menegak benang yang basah membuat kenyataan dengan nada yang baghal, mantan TPM itu berkata beliau berbuat demikian kerana menjalan kewajipan disisi agama mahu menentang kemungkaran yang telah terpalit pada Najib....

Jom kita tanya pada Muhyiddin, apakah pimpinan DAP tidak pernah secara terbuka dan banyak kali membuat kemungkaran terhadap agama islam kita? Lupakah Muhyiddin siapa yang memecah-belahkan perjuangan ulama pimpinan PAS sehingga lahirnya parti Amanah yang terdiri dari bekas pimpinan PAS yang menentang ulama? Lupakah Muhyiddin siapa yang meminta laungan azan subuh diperlahanakan, isu jualan arak secara terbuka, isu murtad di gereja Selangor, isu kalimah Allah yang menyesatkan ummah ?

Besar sangatkah dosa Najib Razak jika dibandingkan dengan segala macam onar dan adu dumba mainan jahat pimpinan kafirun DAP ini...? 

Kesian melihat Muhyiddin meroyan sehingga hilang ingatan sekaligus dimata beliau hanya mahu melihat kelemahan Najib dan langsung tak ingat segala kebaikan sahabatnya itu.  Termasuklah Muhyiddin lupa ketika berlaku perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Najib telah memihak kepadanya dan bukan Tan Sri Mat Taib dan Ali Rustam yang jauh lebih berupaya untuk menang disaat itu....

Wama Karu Wama Karullah....
Wallahu Khairul Makirin.....

Setiap manusia ada perancangannya, namun perancangan Allah swt adalah yang terbaik.

Kembali semula kepada mukadimmah awal penulisan blog ini dan sehubungan dengan foto yang menjadi header posting ini, ‎agak agaknya setelah selesai ibadah umrah Najib maka Allah swt tunjukkan kepada seluruh ummah siapakah dia sebenarnya Tun Dr Mahathir dan mereka mereka yang tidak layak bergelar "sahabat".

Sekian buat kali ini, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu dari Lim Kit Siang dan mereka mereka yang bersekongkol dengannya...


Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: