Saturday, April 16, 2016

Apa Khabar Pemakan Pemakan Dedak Kumpulan Pro Tun Dr M ? Nilai Ringgit Berbanding Dolar Amerika Semakin Kukuh Dan Najib Masih Perdana Menteri Malaysia....

‎Ketika dan saat ini nilai dagangan wang ringgit kita berbanding dengan dolar Amerika semakin baik. Kadar pertukarannya mencatat angka 3.89 berbanding 4.30 yang pernah berlaku beberapa bulan yang lalu...

Sewaktu nilai ringgit lemah dan mencecah 4.30 ianya menjadi modal dan bahan daripada juak juak murahan seteru politik YAB Datuk Sri Najib.

Mereka menyalak sana sini menakut-nakutkan rakyat meramalkan nilai ringgit akan pergi lebih teruk melepasi 4.80 sekiranya Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri. Tindakan juak juak murahan ini seolah-olah mohon dihalalkan kerja jahat mereka melancarkan gerakan mahu tumbangkan Najib..

Gerakan untuk tumbangkan Najib yang turut disertai oleh beberapa pimpinan UMNO sendiri bergandingan dengan juak juak Pembangkang dilihat semakin hilang punca, bak kata sembang warung kopi "dah takde modal..."‎.

Kerja jahat mereka dibuat dan dilancarkan tanpa henti dengan tujuan mahu mengheret rakyat membenci batang tubuh yang bernama Najib Razak. Sesi ceramah dengan kaedah menunggang nama Perhimpnan Rakyat terbukti gagal menghimpun bilangan hadirin yang ramai walaupun menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai Bintang Utama mereka.... Kesian !

Apabila juak juak murahan ini sibuk membuat kerja jahat cuba menggulingkan Najib, dengan kehendak Allah swt satu per satu kebenaran diperlihatkan menyebelahi Perdana Menteri kita.

Tuduhan demi tuduhan terhadap Najib kononnya menjadi dalang dalam isu panas 1MDB menerima tamparan hebat apabila Jawatankuasa PAC selesai menunaikan tanggungjawab siasatan mereka.

Perlu diingat..., Jawatankuasa PAC ini turut dianggotai oleh Ahli Parlimen Pembangkang ! Berpeluh peluh juak juak murahan ini apabila PAC mengesahkan Najib tidak terlibat.

Sehubungan dengan tersiarnya laporan rasmi Jawatankuasa PAC ini, Arul Kanda selaku Presiden dan Pengarah Ekskutif 1MDB muncul dikaca tv menerusi siaran RTM yang ditonton jutaan rakyat Malaysia.

Arul Kanda yang memiliki kelebihan bertutur dengan baik berjaya memberikan penjelasan mengulas laporan PAC. Menurutnya, antara perkara yang sangat penting perlu rakyat Malaysia faham adalah; TIDAK ada satu pun perkataan Salah Laku ataupun Jenayah dalam laporan Jawatankuasa PAC.

Arul menjelaskan lagi apa yang harus diberikan penekanan adalah beberapa kelemahan yang perlukan 'further investigations by the authorities'.

Keesokan harinya pula, Tun Dr Mahathir masih lagi ditunggang oleh juak juak chauvanist parti Lim Kit Siang mengadakan sebuah forum di IDCC Convention Centre bertajuk "Najib-Bersubahat Atau Tidak Bersalah?" seolah-olah mahu mempertikaikan keputusan Jawatankuasa PAC.

Agak agaknya mereka mereka ini hilang ingatan bahawa salah seorang Jawatankuasa PAC iaitu Dr Tan Seng Giaw merupakan orang lama DAP dengan jelas sebut Najib tidak bersalah....!!

Dengan kehendak Allah swt sejak semalam pula dah mula tersebar video klip kenyataan rasmi dari Adel Al-Jubair, Menteri Luar Arab mengesahkan mengenai dana derma ‎negara Arab kepada Najib.

Begitulah kisahnya yang boleh kita nlaikan sendiri.... kerja jahat oleh juak juak murahan Pembangkang menunggang Tun Dr Mahathir semakin menemui jalan buntu untuk menghasut pemikiran rakyat ! 

Pada waktu yang sama kebenaran sentiasa menyebelahi Najib yang sentiasa "cool and relax".

Buat pemakan pemakan dedak kumpulan Pro Tun Dr M perlulah muhasabah diri dan kembalilah ke jalan yang benar....

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: