Sunday, April 10, 2016

Benarkah Anak Kelantan Dari Bachok Bakal Diumumkan Sebagai Gabenor Bank Negara Yang Baru...?

Kepulangan ke tanahair anak kelahiran Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dari negara Amerika Syarikat setelah selesai menjalani tugas sebagai Duta Malaysia d‎isana telah melahirkan desas desus bahawa Ketua UMNO Bahagian Bachok ini bakal menjadi Gabenor Bank Negara......

Tempoh khidmat sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia oleh Tan Sri Dato Sri Zeti Akhtar Aziz yang sudah berakhir sudah pasti mengundang persoalan siapakah yang bakal menggantikan tempat wanita ini...?

Apakah benar berita ini ? Benarkah Awang Adek bakal nenggantikan tempat Tan Sri Zeti...?

Awang Adek merupakan graduan peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Wharton School, University of Pennsylvania, Philadelphia. 

Beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan dan korporat malah pernah menjawat jawatan Penolong Gabenor Negara dari 1996 sehingga 2001. Awang Adek juga pernah menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad selain dipinjamkan ke pihak berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan sebagai Ketua Pengarah yang pertama selama dua tahun bermula pada tahun 1996.

Kita nantikan pengesahan berita ini sedikit masa.lagi...

Sent from my BlackBerry Z30  smartphone.

No comments: