Tuesday, May 10, 2016

Apa Kata Kalau Khir Toyo Jadi Calon Parlimen Sungai Besar...? Rafidah Aziz Pula Calon Parlimen Kuala Kangsar...?

Berikutan dengan kekosongan dua kerusi Parlimen akibat dari tragedi nahas helikopter di Sarawak minggu lepas, kini kita menantikan keputusannya dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya [SPR] samada akan diadakan atau tidak Pilihanraya Kecil [PRK] untuk Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar....?

Tragedi yang meragut 6 nyawa membabitkan dua Ahli Parlimen UMNO BN iaitu Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon [Sungai Besar] dan Dato Wan Muhammad Khair-il [Kuala Kangsar].

Sekiranya diadakan PRK dikedua dua Parlimen, sudah pastilah persoalannya nanti adalah mengenai calon calon yang layak bertanding memikul tugas berat untuk mempertahankan kerusi UMNO-BN.

Terlebih dahulu marilah kita sama sama meninjau sepintas lalu keputusan PRU yang lalu untuk kedua dua Parlimen. Bermula dengan Parlimen Sungai Besar.....

Nampak....? Walaupun tiga penggal berturut-turut berjaya dimenangi oleh Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon, tetapi jelas terbukti majoriti undi semakin menurun. Mood pengundi di Selangor sudah tidak mahu lagi menerima calon BN. Pada PRU 13 majoriti undi BN hanya tinggal 399 sahaja, kategori nyawa nyawa ikan.

Senario yang agak sama untuk calon UMNO-BN di Parlimen Kuala Kangsar. Kemenangan Allahyarham Wan Khair-il pada PRU 13 juga menyaksikan penurunan pada undi majoriti berbanding dengan PRU tahun 2008 dan 2004.

Kedudukan di Parlimen Kuala Kangsar bukanlah berada dalam keadaan selamat, perlukan beberapa WOW faktor untuk pertahankan kerusi BN.

Apakah kemenangan bergaya oleh BN pada PRN Sarawak minggu lepas akan memberikan tempias di Semenanjung khususnya pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar....?

Apakah perubahan sikap pengundi pengundi kaum cina Sarawak yang kembali mendakap BN dan menolak DAP akan turut sama berlaku di Selangor dan Perak....?

Sebagai penutup bicara, kita pasti tertanya tanya siapakah calon calon yang layak untuk dijadikan pertaruhan agar kedua-dua kerusi Parlimen ini kekal bersama BN?

Bukanlah satu isu yang besar sekiranya Pengerusi BN Datuk Sri Najib memilih mantan Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo sebagai calon untuk Parlimen Sungai Besar... Anak keturunan jawa ini sememangnya seorang tokoh yang sangat dihormati, disegani dan disukai di bumi Sungai Besar. "That is his territory !! "

Janganlah diantara kita mahu persoalkan statusnya sebagai banduan sedangkan berlambak-lambak pimpinan Pembangkang adalah bekas banduan seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mahfuz Omar, Solahuddin Ayub pernah menjadi Ahli Parlimen.....

Lagi pun hukuman penjara keatas Khir Toyo tidak melebihi setahun dan beliau tidak pernah hilang kelayakan untuk bertanding pada mana mana Pilihanraya. Malah pada tanggal 27 Mei 2016 ini, selesailah sudah tempoh untuk Khir Toyo menjalani hukuman terhadapnya.

Yang perlu kita utamakan adalah pilihan pengundi di bumi Sungai Besar. Sudah pastilah mereka mahukan seseorang yang mereka senangi dan sukai. Pada nama dan batang tubuh Dr Khir Toyo ianya bukanlah mustahil untuk dijadikan faktor buat BN pertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar.

Mengambil kira tempoh dan penggal 2013 akan berakhir tidak lama lagi, wajarlah juga jika Datuk Sri Najib hanya perlu memikirkan untuk menang, pertahankan kedua Parlimen agar momentum kemenangan ini boleh menjadi 'mood' yang baik sebagai bekalan mendepani PRU 14.

Sehubungan dengan itu juga, kaedah membawa kembali veteran veteran UMNO seperti Tan Sri Rafidah Aziz sebagai calon Parlimen Kuala Kangsar dilihat sebagai satu formula untuk BN kekalkan kerusi dan menafikan peluang untuk Pembangkang mencipta kemenangan.

Mantan Ketua Wanita UMNO yang pernah menjadi Menteri kanan ini juga mampu meraih sokongan dari pengundi dalam Parlimen Kuala Kangsar. Apa yang penting buat BN ialah pertahankan kemenangan, itu sahaja !

Sekiranya Najib berani membuat keputusan memilih Rafidah Aziz, beliau akan dianggap sebagai pemimpin yang berjiwa besar sekaligus berjaya 'check-mate' gerombolan Pro Tun Dr M untuk bekerja kuat membantu UMNO mempastikan Rafidah Aziz menang.......

1 comment:

Anonymous said...

Kalau nak ikut paling bersih dan suci ..khir toyo calon terbaik. Dia dah jalani hukuman. Samada dia kena aniaya atau sengaja ..dia tetap dah masuk penjara. Kawasan dia dan kalau nak menang ..dialah orangnya. Bagi dia peluang untuk buat comeback dalam politik. Semua org deserve a second chance.