Tuesday, May 31, 2016

Ramai Yang Tidak Tahu PERMATA Sebenar Rosmah Mansor......

Beberapa hari yang lepas, nama Malaysia mendapat tempat yang membanggakan dipersada Antarabangsa apabila isteri YAB Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerima Anugerah Tadbir Urus Baik Global (3G Awards) 2016 di bumi Turki.

Kejayaan yang membanggakan itu dikurniakan buat Anugerah Kebajikan Kanak Kanak 3G khusus untuk Pusat Anak Permata Negara (PERMATA).

PERMATA merupakan 'air tangan' yang diilhamkan oleh Rosmah sendiri dengan matlamat untuk melahirkan generasi dan pemimpin cemerlang serta seimbang untuk mendepani cabaran pada masa akan datang dimana program seumpama ini selaras dengan agenda pembangunan insan yang menjadi kunci kepada aspirasi negara.

Sehubungan dengan 3G Awards 2016 (Global Good Governance) yang diterima, Pengerusi Eksekutif Cambridge IF Analytica, Prof Humayon Dar berkata, PERMATA yang menumpukan kepada usaha mengetengahkan bakat dan kualiti kepimpinan kanak kanak, sejak dari mula mendapat undian besar dari seluruh dunia, menewaskan calon calon lain dalam kategori itu.

Tahniah dan Bravo Datin Seri Rosmah Mansor...!

Dunia memberikan pengiktirafan. Satu kejayaan yang wajib untuk kita berasa bangga... 

Kesabaran dan kesungguhan Rosmah Mansor akhirnya dengan izin Allah swt mencipta kejayaan diperingkat antarabangsa dan perakui oleh negara negara luar.

Hebat sungguh cetusan ilham Rosmah dan tidak pelik sekiranya PERMATA mampu menjadi Role Model untuk diikuti oleh beberapa negara maju. Satu contoh terbaik ‎tentang pendidikan awal kanak kanak. 

Sudah pasti beberapa negara maju mahu belajar bagaimana kaedah PERMATA mengenal pasti keupayaan IQ kanak kanak. 

Walaupun pada peringkat awalnya ramai yang tidak faham dengan kewujudan PERMATA dan terlalu cepat membuat tohmahan kononnya ianya suatu pembaziran. Namun begitu, atas dasar kesabaran penuh keikhlasan Rosmah Mansor harungi juga rintangan dan cekal bekerja kuat agar matlamatnya mahu meletakan nama PERMATA diperingkat antarabangsa dan dunia menemui kejayaan...!

Menyedari hakikat bahawa kanak kanak adalah aset negara dan bakal memimpin generasi akan datang, maka Rosmah tetap dengan pendiriannya mahu meneruskan program PERMATA membantu negara kita menyediakan pembangunan Modal Insan yang terbaik. Beliau tidak pernah sesekali pun patah semangat dengan sebarang tohmahan yang dilemparkan !

Apa yang penting adalah nawaitu Rosmah yang mahu dilihat sebagai seorang yang menyumbang kepada program ini...tak perlulah melihat dirinya sebagai isteri Perdana Menteri.

Tahniah PERMATA  !

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: