Monday, May 9, 2016

Tun Dr M Dan Kit Siang Jangan Mimpi Mahu Selamatkan Malaysia Setelah Mereka Tak Selamat Di Sarawak.....

‎Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 (PRN 11) baru sahaja melabuhkan tirainya kelmarin dan kita menyaksikan sendiri juak juak Pembangkang memperolehi kemaluan yang besar disana....

Tahniah dan Bravo buat 'Team Adenan' dibawah kepimpinan Tan Sri Adenan Satim‎ yang menang besar melebehi jangkauan 2/3 majoriti setelah berjaya mendapat 72 kerusi DUN.

Pukulan 'Ngap Sayot' benar benar membuatkan pimpinan juak juak Pembangkang sesak nafas dan senak perut! Tidak ada diantara mereka menjangkakan akan kalah teruk dan mendapat kemaluan yang besar....

Hakikatnya kini jelas terbukti pengundi kaum cina dah mula 'fed up' dan jelek dengan kempimpinan DAP. Keputusan mutlak mwnyaksikan parti Chauvanist DAP hilang 5 kerusi, PAS dan serpihannya Amanah gagal bertapak di bumi kenyalang dan PKR tak berjaya menambahkan bilangan kerusi kekal dengan hanya 3 sahaja....

Kit Siang sudah mula taici.... Dia menyalahkan PKR dan PAS kerana berlakunya pertindihan calon dan formula untuk berlawan 'straight fight' satu lawan satu dengan calon BN gagal dibeberapa tempat.

Keputusan yang diterjemahkan melalui undi kaum cina yang beralih arah menyokong calon BN dan bukannya DAP sebenarnya disebabkan oleh kesilapan Kit Siang sendiri....

Sebelum ini kaum cina yakin dengan matlamat hala tuju Kit Siang membawa DAP. Malangnya apabila di semenanjung tanahair ini, setelah Kit Siang terpaksa menunggang 'aura' Tun Dr Mahathir dengan matlamat mahu tumbangkan Datuk Sri Najib, tidak mustahil kaum cina dah mula hilang konfiden dengan kekuatan DAP...

Sepatutnya DAP mampu berdiri GAH untuk membuktikan kekuatan mereka sendiri dan bukannya menunggang Tun Dr M yang sudah hampir dua kali lipat usia pencen....

Kita kenal kaum cina ini sangat pandai dengan membuat kira kira dan menghitung angka. Secara sifir mudah mereka membuat kesimpulan bahawa jika hendak tumbangkan Najib pun DAP tak mampu menggunakan kekuatan sendiri sebaliknya terpaksa mengemis kekuatan orang lain, sudah pasti pengundi cina di Sarawak  sudah nampak kelemahan sebenar parti DAP.

Malah modal air liur pimpinan DAP hanya menjaja cerita fitnah dan semua keburukan pimpinan BN sahaja.... Tidak seperti "Team Adenan" yang mampu membela nasib semua kaum di bumi kenyalang.

Kesian Kit Siang.... janganlah sampai tak boleh tidur malam dan siang. Rungutan dikalangan mereka sesama sendiri terngiang-ngiang setelah gagal dan dimalukan oleh team Bujang Senang !

Berbalik kepada tajuk posting Blog MIK diatas tadi, apakah Tun Dr M dan Kit Siang bersama barua barua murahan mereka masih mahu menggapai angan angan Selamatkan Malaysia sedang mereka tersungkur dan tidak selamat di Sarawak ?

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

2 comments:

Anonymous said...

BloG Bodoh!!!

BloG GoBloG!!!

BloG Otak kena BlocK!!!

Anonymous said...

Mahdey campur kit siang...
Hahahahahahaahahaahahaahahancinggggg