Friday, June 17, 2016

Biarapun Sebesar Gunung Himalaya FITNAH Terhadap Kak Mas... Yang Penting Pengundi Kuala Kangsar Kenal Hati Budi Calon BN-UMNO !

‎Salam Satu Kuale....

Sejak diumumkan sebagai calon BN-UMNO untuk PRK Parlimen Kuala Kangsar, cabaran dan dugaan buat Datin Mastura sangatlah besar dan getir....

Untuk kesekian kalinya dan jarang sekali berlaku calon UMNO tidak dapat berkempen kerana mematuhi syariah agama islam, kedudukan Datin Mastura sebagai balu kepada Allahyarham Dato Wan Khair-il sebagai bekas Ahli Parlimen terpaksa melalui tempoh iddah sekaligus beliau tidak boleh berkempen.

Seharusnya mana mana ahli UMNO janganlah mengeluh dan berkira dengan kudrat mereka untuk bekerja dalam jentera parti kerana situasi calon tidak berkempen sewaktu Pilihanraya biasa berlaku terutamanya dikalangan calon Pembangkang yang pernah mencalonkan tahanan ISA dan mereka mampu meraih kemenangan....

Penglibatan keempat-empat anak Datin Mastura @ Kak Mas yang turun berkempen mewakili ibu mereka sudah memadai untuk jentera BN-UMNO melaksanakan tugas sepanjang tempoh berkempen.

Asam garam kaedah berkempen pihak Pembangkang memang sudah dijangkakan akan membawa unsur unsur fitnah dengan nawaitu meracuni pemikiran pengundi. Fitnah dan penipuan dari juak juak Pembangkang ibarat lagu dan irama tak boleh dipisahkan !

Sehari menjelang hari penentuan iaitu hari pembuangan undi, pakar fitnah Pembangkang yang tersohor, Haji Rafizi Ramli menyalak dan menyebarkan slip bank kununnya Kak Mas ada menerima dana sebanyak RM500,000.

Satu kerja jahat tanpa ada rasa takut walaupun hari ini kita sedang berada dalam bulan yang mulia bulan Ramadhan, suatu waktu yang seharusnya umat islam kuat beribadah dan menjauhi sebarang dosa...

Padahal transaksi itu adalah satu rekod bayaran yang berlaku pada tahun 2012 dimana bayaran telah dibuat kepada akaun bank syarikat Guaman milik Kak Mas bersama rakan rakan peguamnya yang lain. Ianya bukanlah transaksi terkini dan dibuat kepada akaun peribadi Kak Mas. 

Untuk mana mana syarikat Guaman menerima bayaran adalah suatu keadaan yang biasa berlaku sekiranya menjadi panel peguam untuk sebarang perjanjian jual beli hartanah yang melibatkan amaun yang besar, sebagai contoh ianya adalah deposit dari pihak pembeli dan dimasukkan dalam Client's Account atas nama syarikat Guaman tersebut.

Bodoh sungguh cara Rafizi yang cuba menipu pengundi Kuala Kangsar !

Setelah berbelas hari lamanya tempoh berkempen, mood pengundi di Kuala Kangsar semakin positif untuk menyokong Kak Mas. Beliau bukanlah asing buat pengundi Kuala Kangsar kerana selama mana Allahyarham Dato Wan Khair-il menjadi ADUN dan Ahli Parlimen di Kuala Kangsar, Kak Mas sentiasa ikut sama dalam semua program bersama rakyat.

Malah ketika ditanya oleh wartawan misi dan visi Kak Mas sekiranya dipilih oleh rakyat Kuala Kangsar, beliau sungguh beryakinan mampu menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat meneruskan legasi Allahyarham suaminya.

Penglibatan Kak Mas dalam bermacam macam program politik sewaktu menemani Allahyarham Wan Khair-il‎ sedikit sebanyak memudahkan beliau untuk memahami tugas sebagai wakil rakyat. Malah sew aktu sesi bersama wartawan Kak Mas menyatakan sebaik sahaja dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, beliau mahu pergi ke semua 44 kampung bagi tujuan pengumpulan data untuk tahu secara terperinci butiran. Beliau mahu tahu anak anak mereka yang duduk di perantauan, ibu tunggal, warga emas dan sebagainya. Ini adalah kerana apabila beliau memberikan bantuan ianya dilaksanakan secara holistik.

Melihat daripada cara cara Kak Mas berbicara, terbukti beliau ada memiliki ciri ciri seorang pemimpin yang boleh pergi jauh....

Semoga Allah swt berikan kemenangan buat Datin Mastura !

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: