Friday, June 17, 2016

Hishamuddin Mahu Pengundi Parlimen Kuala Kangsar Kenali Hati Jiwa Dan Sanubari Datin Mastura

‎Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mahu jentera UMNO-BN yang sedang bertugas dan berkempen di PRK Parlimen Kuala Kangsar untuk fokus mendekati lebih ramai pengundi.

Hishamuddin sewaktu turun padang di Kampung Bendang Kering mahu petugas petugas berikan  tumpuan sepenuhnya kepada kaedah mendekati pengundi kerana kita sudah hampir kepada garisan  penamat hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi   sebelum hari mengundi.

Beliau juga mahu petugas jentera PRK memaklumkan kepada pengundi di Kuala Kangsar faham keikhlasan hati calon BN, Datin Mastura yang akan meneruskan perjuangan arwah suaminya.

Bacalah ‎hati, jiwa dan sanubari Datin Mastura, pesan Hishamuddin.

Keperibadian yang baik budi pekerti calon kita sangat diakui, kerana cara pendidikan yang baik kepada anak anaknya sudah jelas terbukti....

Datuk Seri Hisham berkongsi cerita bagaimana beliau mengkagumi sikap yang baik oleh salah seorang anak Datin Mastura yang masih menghormati Nizar Jamaluddin parti PAN sewaktu mereka bertembung ketika berkempen. Walaupun Nizar memfitnah ibunya namun sifat baik hati didikan keluarga Allahyarham Wan Khair-il bersama Mastura membuatkan anak mereka tidak sedikit pun menaruh perasaan dendam.

Maka dengan itu, calon BN Datin Mastura adalah calon yang terbaik buat pengundi Parlimen Kuala Kangsar..


Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: