Wednesday, November 2, 2016

Sewaktu Tun Dr M Jadi Perdana Menteri Beliau Pun Pernah Bawa Famili Untuk Lawatan Ke China.....

Isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa ahli keluarganya ketika lawatan rasmi ke China tidak perlu dijadikan isu besar kerana dilakukan atas jemputan pemimpin negara kuasa besar itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, sebelum Perdana Menteri jarang membawa keluarga walaupun beliau kerap mengadakan lawatan rasmi setiap tahun demi memikul amanah negara namun dalam isu lawatan ke China ini memiliki kisah istimewa.

Menurutnya, mereka yang arif dengan budaya China pasti tahu bahawa ia merupakan satu kebiasaan untuk pemimpin besar China menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan keluarga dengan pemimpin lain.

"Budaya membina hubungan kekeluargaan ini dikuatkan lagi dengan peribahasa lama Cina yang menyebut 'apabila anda minum air, fikirkanlah punca air tersebut'.

"Jadi tidak timbul isu Perdana Menteri menggunakan kemudahan kerajaan mengangkut seluruh ahli keluarga kerana kunjungan itu bukan atas tujuan peribadi sebaliknya jemputan rasmi antara dua pemimpin utama negara," katanya.

Jelas Rizal lagi, malahan Kerajaan China amat menghargai pertalian China dan Malaysia moden bermula daripada bapa Najib, Tun Abdul Razak yang mengilhamkan hubungan diplomatik pertama dengan negara besar itu pada 1974.

"Sepatutnya pihak yang galak menyebarkan cerita palsu tanpa bersandarkan kepada kebenaran melihat impak yang lebih besar daripada lawatan PM ke China itu dan bukan hanya membuat tohmahan murahan.

"Terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani dalam lawatan rasmi ini, ia bakal membawa pulangan puluhan bilion ringgit pelaburan dan manfaat untuk negara," katanya.

Beliau sebaliknya membidas sikap sembrono itu dengan meminta pihak terbabit membongkar pendedahan DC Leaks yang mendakwa hartawan Amerika Syarikat, George Soros memberikan dana untuk membiayai gerakan Bersih bertujuan menjatuhkan kerajaan.

"Kalau betul sayangkan Malaysia, pergi bongkar dan dedahkan fakta tentang ada rakyat negara ini bersekongkol dengan dalang luar (Soros) untuk meruntuhkan kedaulatan negara.

"Jangan hanya tahu nak sebar fitnah dan menjahanamkan imej pemimpin negara yang dipilih secara sah oleh rakyat," katanya.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: