Friday, December 2, 2016

PAU 2016 - Semboyan Perang Kak Ijat Ibarat Kisah Tun Fatimah....

Mengulas PAU 2016 Pergerakan Wanita UMNO kelmarin, aura Ketua Wanita Tan Sri Datuk Seri Shahrizat Jalil umpama mengimbau kisah serikandi sejarah yang terkenal, Tun Fatibmah.

Mengetuai sayap Wanita UMNO, Kak Ijat tegas dan bersungguh sungguh meniup bara semangat perjuangan kepada kesemua jentera Wanita. Ramai yang meramalkan PAU 2016 merupakan persidangan parti yang terakhir menjelang Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14).

Dalam persidangan sehari suntuk berlangsung di PWTC, Kak Ijat membawa beberapa wadah dan membakar semangat juang kaum ibu untuk bersiap siaga mendepani PRU ke 14. Dimulai dengan TAGLINE "Salam 30 Peratus", gegak gempita dewan persidangan mahukan pucuk pimpinan UMNO menzahirkan penglibatan sayap Wanita sebanyak 30 peratus‎ dalam segenap dan segala urusan kerajaaan khususnya bidang ekonomi.

Menyahut desakan kaum Wanita UMNO itu, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri yang turut hadir sama sebagai wakil Majlis Pimpinan Tertinggi UMNO terus membuat pengumuman...

Beliau mengumumkan dana sebanyak RM30 juta ‎bagi membantu usahawan wanita  akan disalurkan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Sementara itu, Ismail Sabri berkata untuk pembinaan premis MARA baharu, 30 peratus ruang niaga akan diperuntukan untuk usahawan wanita.

Hebat Kak Ijat ! Cuma perlu sebut, rezeki datang bergolek untuk kaum wanita...

Pada persidangan itu juga, Ketua Wanita UMNO itu juga tegas mahukan jentera wanita mengekalkan prestasi cemerlang sewaktu bertugas pada PRU sepertimana biasa sayap ini pernah buktikan. 

Desakan mengenai memperkasakan undang undang Syariah agar nasib kaum ibu akan terbela dengan lebih baik mendapat sokongan kuat semua perwakilan. 

Kritikan Kak Ijat mengenai juak juak yang mengkhinati UMNO kini bersekongkol dengan Pembangkang menyerang Presiden parti juga berjaya dikupas dengan cara yang sangat professional. Ibarat menarik tepung dalam rambut, tepung tidak berselerak, rambut pula tidak putus.

Bukan mudah dan bukannya senang hendak memimpin sesuatu pasukan pergi berjuang ketika waktu parti sedang diasak habis-habisan... Namun aura kepimpinan Kak Ijat terserlah beliau fokus kepada gerak kerja membantu YAB Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Kesediaan dan mempersiap siagakan jentera perang sayap Wanita yang akan diketuai oleh Tan Sri Shahrizat dapat dirasai bahangnya sewaktu majlis penutup persidangan. Ikrar jentera sayap itu bakal menyaksikan UMNO mampu bertahan dengan beroleh kemenangan pada PRU ke 14, In Syaa Allah !

Tahniah Kak Ijat !


Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: