Saturday, December 3, 2016

PAU 2016 - Tahniah Hisham H20 !

Sebaik sahaja selesai Ucapan Dasar YAB Presiden UMNO Datuk Sri Najib Tun Razak membuka tirai PAU 2016‎, kita semua semakin sinonim dengar perkataan Walak yang sering diungkapkan menerusi amanat yang disampaikan.

Sehari sebelum itu, sewaktu Datuk Seri Zahid Hamidi merasmikan PAU 2016 untuk ketiga tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri perkataan Walak juga sudah kedengaran didalam Dewan Merdeka PWTC.

‎Terdapat tujuh kali pengulangan kata 'walak' yang konsisten digandingkan dengan kata 'kesetiaan' dalam ucapan Najib itu.

Bahkan, Najib yang memasuki tahun kelapan sebagai Presiden UMNO menghuraikan tafsiran berkenaan prinsip walak yang baginya membawa maksud "nilai-nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai'ah yang wajib diberikan kepada seseorang khalifah."

"Dalam konteks Umno, kepada Presidennya, manakala dalam konteks kerajaan pula, kepada Perdana Menteri," katanya dipetik daripada lapan muka surat amanat itu.

Mengaitkan hal tersebut sebagai apa yang dianjurkan oleh ulama, Najib yang juga Menteri Kewangan itu berkata, Walak sebenarnya merangkumi institusi keresidenan atau keperdana menterian yang disandang oleh seseorang.

Beliau berpendapat amalan prinsip dan falsafah walak jelas terpancar dalam apa yang dianggapnya tradisi mulia Umno walaupun parti berusia tujuh dekad itu melalui pelbagai rintangan.

Najib juga mendakwa walak dan kesetiaan diamalkannya selaku Timbalan Presiden Umno turut terbukti pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam membicarakan soal Walak, watak Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein boleh dijadikan sebagai salah satu contoh yang paling baik !

Hisham memberikan komitmen dengan ikrar taat setia bersama YAB Presiden UMNO Datuk Sri Najib Tun Razak. Mengimbau sejarah apabila berlaku krisis kepimpinan dalam parti, Hisham sudah lama mengamalkan konsep Walak yang disebut-sebutkan oleh Najib.

Ketika krisis kepimpinan tahun 1998, Hisham memikul tugas berat memangku tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO. Pada waktu yang sama beliau bekerja keras membina kekuatan Pemuda UMNO dimana akhirnya sayap UMNO itu kembali GAH !

Prinsip Hisham yang tidak pernah lari meninggalkan parti jelas membuktikan sikap kesetiaannya pada parti. Oleh itu ikrar beliau akan tetap bersama YAB Datuk Sri Najib mendepani segala kritikan terhadap parti sangatlah tepat pada waktunya.

Semangat SOLIDARITI Hisham memang tulen dan benar.Beliau taat kepada displin parti dan faham akan maksud kesetiaan kepada pucuk pimpinan. Dikala waktu Najib diserang, dihina, difitnah sebegitu dahsyat oleh juak juak yang kini mengkhianati parti UMNO, Hisham menjalankan tugas-tugasnya sebagai Naib Presiden mempastikan ‎jentera parti fokus pada tugas memantapkan UMNO.

Pentas PAU 2016 yang diramalkan suram dan bakal diganggu gugat oleh juak juak yang meninggalkan UMNO ternyata tidak berlaku. Sebaliknya kemeriahan PAU 2016 dengan kelancaran perjalanan acara perbahasan dikalangan perwakilan harus diberikan kredit kepada kerja kuat Hisham yang mengetuai Jawatankuasa Usul PAU 2016.

Inilah hasilnya apabila ada pimpinan UMNO seperti Hishamuddin Tun Hussein yang fokus kepada tanggungjawab mendahulukan parti dan bukan kepentingan diri sendiri.‎ Biarpun pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk menjahanamkan nama baik Najib dengan bermacam macam fitnah adu dumba, namun yang penting adalah prinsip Walak Hisham mendorongnya lebih fokus pada tugasan bukannya melayan segala karenah agen agen Pembangkang yang boleh menghancurkan parti.

Menzahirkan apa yang dimaksudkan Walak, jelaslah Hisham adalah salah satu contoh terbaik apa yang mahu disampaikan oleh YAB Presiden UMNO dalam ucapan dasar perasmian PAU 2016.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: