Tuesday, December 6, 2016

Pasca PAU 2016 - Penggulungan Hisham H20 Menjelaskan Lebih Lagi Konsep WALAK


Selesai sudah PAU 2016 yang melabuhkan tirainya pada petang 3hb Disember 2016 di Dewan Merdeka PWTC......

Kini hanya tinggal seorang sahaja Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein setelah Datuk Seri Zahid Hamidi kini menggalas tugas Timbalan Presiden, manakala Shafie Afdal pula sudah pun membawa parti baru di Sabah.

Tumpuan sememangnya diberikan kepada penggulungan yang dibuat oleh Hisham kerana kita pasti mahu dengar denyut nadi dan isi hatinya sebagai pejuang parti yang kini keseorangan dalam jawatan yang sebelum ini dikenali sebagai Gang 3 Beradik !

Naib Presiden dari Sembrong ini melahirkan rasa syukurnya kerana PAU 2016 masih meriah walaupun pelbagai dugaan yang melanda parti keramat ini dengan pemergian dua pimpinan utama sebelum ini. Beliau menyifatkan perhimpunan kali ini seperti menghimpunkan pejuang pejuang dan jentera parti yang 'sudah kita filter' bermakna hati dan jiwa mereka mahu terus bersama UMNO !

Berkongsi cerita bersama para perwakilan, Hisham sebenarnya diberikan satu 'tasking' yang amat berat untuk merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian Sempoerna. Tetapi dengan kekuatan yang beliau miliki, Alhamdulillah atas semangat kental yang ditunjukkan oleh keluarga UMNO Semporna, Hisham berjaya laksanakan tugasnya dengan baik....

Bukan mudah untuk beliau masuk kedalam kubu kuat Datuk Sri Shafie Afdal, namun segala-galanya dipermudahkan oleh Allah swt apabila jauh didalam hati Hisham, beliau pikul tugas ini demi kerana Aa Ba Ta ! Beliau yang sememangnya kental dengan semangat setiakawan telah membacakan sajak bertajuk "Korban Hang Tuah", dimana isi kandungannya seolah-olah ditujukan buat Shafie Afdal.

Sebagai Naib Presiden yang menggalas tugas sebagai Menteri Pertahanan, Hisham dilihat bijak menggunakan pentas PAU 2016 untuk menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua perajurit tanahair yang bekerja kuat mempertahankan keselematan negara kita.....

Yang jelas pada wajah dan watak Hisham, beliau sememangnya contoh terbaik konsep Walak yang menterjemahkan akan maksud setia kepada pmimpin. Berulang kali beliau mahukan semua perwakilan menzahirkan kesetaiaan sepenuhnya kepada kepimpinan YAB Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Lebih manis lagi Hisham menyerus perwakilan memberikan sepenuhnya komitmen dan kerjasama kepada Zahid Hamidi yang telah diberikan mandat membantu Presiden dengan menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO. Cantik molek semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh Hisham H20 !

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: