Monday, December 26, 2016

Tahun 2016 Tinggal Beberapa Hari Lagi.... Najib Tetap Dengan NO RETREAT NO SURRENDER !

Akan sentiasa segar dalam ingatan Blogger MIK pesanan dibuat oleh Ustaz Syamsul Debat sewaktu berucap di PAU 2016 baru baru ini. Beliau menyebut mengenai 3 perkara tanda tanda orang yang beriman.
Pertama :  Taat Kepada Allah
Kedua    :  Jauhkan dari perkara perkara haram
Ketiga   :   Berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat kepada kita

Merujuk secara khusus kepada ciri yang ketiga, memang tidak dapat dinafikan bahawa batang tubuh Datuk Sri Najib Tun Razak sudah lunyai dilanyak, dihentam, dengan segala macam fitnah adu dumba oleh musuh mush politik yang mahu menjatuhkannya!

Lunyai pada dasarnya sahaja, tetapi secara nyata Najib masih tetap utuh dan belum goyah lagi... Episod menyerang dan memfitnah Najib bermula sejak tahun 2009 lagi, malah sewaktu masih Timbalan Perdana Menteri pelbagai pembohongan telah dilancarkan keatasnya.

Bermula dengan pembohongan kisah pembunuhan Altantuya sehinggalah ke hari ini, kisah 1MDB serta dana 2.6 Bilion menjada zikir juak juak Pembangkang dan juga juak juak bekas UMNO yang kini menganuti ajaran sesat Pembangkang.

Namun begitu, pendirian Najib tetap tidak mahu menyerang secara peribadi mana mana musuh politiknya. Ini sungguh bertepatan dengan ungkapan "berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat kepada kita".

Kata Najib baru baru ini "Saya memilih untuk berjiwa besar, menasihat dan menegur secara yang baik, bukannya menghentam badan tubuh secara peribadi, tetapi mengkiritik pada perbuatannya".
Semoga kata kata hikmah dari Najib ini akan dapat difahami dengan baik oleh mana mana juak juak bekas UMNO yang menjulang perjuangan Tun Dr M bersama sama Muhyiddin dan Mukriz !

Janganlah membuang masa dan menambah dosa dosa kering menabur fitnah menyebarkan segala macam berita palsu semata mata mahu menjatuhkan Perdana Menteri. Tak perlulah menjadi seperti kerbau dicucuk hidung, hanya sanggup menjadi pengikut yang bodoh membuta tuli sahaja. Padahal agenda sebenar dalam benak fikiran Mahathir, Muhyiddin dan Mukriz bukanlah mahu membela rakyat, tetapi untuk kelangsungan politik peribadi masing masing....

Konsep WALAK yang dilaung-laungkan oleh Najib selaku YAB Presiden UMNO pada PAU 2016 dapat kita lihat dengan jelas pada diri Najib sendiri. Beliau tak pernah sekali pun berganjak daripada sifat taat setia kepada pemimpin....

Iya, dikala Tun Dr M masih lagi Presiden UMNO dan Perdana Menteri telah terbukti beberapa kali Najib taat setia kepada pemimpin. Apabila UMNO diharamkan pada tahun 1987, kita semua masih ingat lagi keputusan Najib membuat keputusan samada mahu sertai Team A atau Team B akan menjadi penentu siapakah bakal menang jawatan Presiden diantara Ku Li dengan Mahathir. Najib memilih untuk menyokong Mahathir....

Apabila tercetusnya krisis kepimpinan tahun 1998 dengan pemecatan Anwar Ibrahim, walaupun dilihat Najib sebagai 'orang Anwar Team Wawasan' anak kelahiran Pekan Pahang ini tetap taat setia kepada Mahathir. Hari ini, Mahathir jilat kahaknya sendiri pergi "menyembah" Anwar untuk bersekongkol menentang Najib !

Manakala menjelang berlakunya EXIT PLAN tahun 2003 iaitu Peralihan Kuasa sewaktu Mahathir melepaskan jawatannya sebagai Presiden dan Perdana Menteri, secara sifir mudah pemerhati politik melihat Najib sebagai "pengganti" yang paling layak. Namun begitu apabila keputusan Mahathir memilih Tun Abdullah Badawi, kita masih saksikan Najib kekal taat setia....

Secara logik akal jika kita melihat cara mengganasnya Mahathir menyerang Najib sehingga sanggup sanggup bersekongkol dengan juak juak Chauvanist DAP, sudah tentulah hati kita menjadi sedih dan pilu ! Cara ganas Mahathir memang cara robust, No Mercy !

Apakah Mahathir sedang makan kata katanya sendiri Melayu Mudah Lupa, ianya sekarang lebih tepat disebut Mahathir Memang Mudah Sangat Lupa.... Lupa kepada semua perkara  baik yang pernah disempurnakan oleh Najib kepadanya.

Pada tahun 2009 apabila berlakunya Pemilihan Agung UMNO, untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO berlangsung pertandingan 3 penjuru diantara Khairy Jamaluddin, Mukriz Mahathir dan Khir Toyo. Walaupun Mukriz tewas namun Najib membuat keputusan melantik anak kesayangan Mahathir itu sebagai Timbalan Menteri MITI. Khairy yang menang jawatan Ketua Pemuda tidak dilantik....

Apabila datangnya PRU ke 13, Mukriz ditukarkan dari kerusi Parlimen kepada DUN di negeri Kedah dan dinamakan sebagai calon MB sekiranya BN menang. Iya dengan izin Allah kemenangan berpihak kepada BN yang dipimpin oleh UMNO, maka secara rasminya anak kesayangan Mahathir dinobatkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru...

Keputusan Najib untuk menggantikan MB Kedah adalah haknya. Selaku Jeneral, beliau layak memilih siapa jentera yang boleh membantunya melaksanakan tugas mentadbir negara. Sudah tentulah Mukriz yang memilih untuk menongkah arus terpaksa diketepikan, malah keputusan seperti ini memang biasa dilakukan oleh Mahathir sendiri sewaktu beliau bergelar Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Kalau hendak diceritakan semula siapa pernah jadi mangsa pemecatan Mahathir panjang senarainya...

Oleh itu kepada mana mana penjilat tegar parti Bunga Raya, tak perlulah beria-ia sangat mahu menyerang Najib dan UMNO. Pergilah gali dan cari apa punca sebenar pimpinan atasan parti Bunga Raya menyerang Najib..? Apakah ianya merupakan satu 'perjuangan untuk kepentingan rakyat' atau pun untuk 'memenuhi cita cita peribadi' masing masing...?  Kesemua pimpinan atasan mereka sebenarnya kecewa kerana gagal mendapatkan 'permintaan peribadi' maka berkeputusan meninggalkan UMNO dan menyokong Mahathir, Muhyiddin dan Mukriz.

Janganlah nanti menang sorak tetapi kampung dah tergadai.... Beria-ia sangat bersekongkol dengan juak juak DAP akhirnya nanti menjadi pengemis dibumi sendiri, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang !

Jangan kita lupa apa yang berlaku di negeri Perak tahun 2008 selama 8 bulan apabila diperintah oleh DAP yang mengkudakan Menteri Besar Bahgal PAS !

No comments: