Friday, December 23, 2016

UMNO Selangor Ada 22 Ketua Bahagian, 12 ADUN TETAPI Hanya Ada SATU Jamal....!


Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...

Peribahasa lama ini sebagai Mukadimah artikel Blog MIK kali ini. Melihatkan senario politik yang berlaku di Selangor mutakhir ini, tidak dapat dinafikan nama Jamal Sekinchan semakin fofular dan beberapa tingkah lakunya sudahpun menjadi VIRAL !

Dato Sri Jamal Md Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar kini menjadi ikon UMNO di Selangor. Sebelum ini beliau lebih dikenali sebagai Jamal Sekinchan dimana ketika itu Restoran Sekinchan Ikan Bakar menjadi 'femez' berjaya membuka lebih 20 cawangan di kawasan Lembah Klang.

Peranan dan watak yang dibawa oleh Dato Sri Jamal dilihat sudah berjaya mencetuskan kerisauan dan kebimbangan dikalangan juak juak PKR, DAP, dan PAN khususnya di Selangor. Continue Effort itulah sebenarnya kita lihat pada batang tubuh Jamal yang membuat kerja tanpa henti dengan tujuan memberikan tekanan kepada juak juak Pembangkang ! Tahniah....

Dikala rakyat seolah-olah mahu mengiktirafkan perhimpunan haram jadah BERSIH yang semakin melampau masuk ke siri 5, hanya seorang sahaja wakil pimpinan UMNO yang berani Walk The Talk, siapa lagi kalau bukan Dato Sri Jamal...

Jamal mengepalai gerakan Baju Merah dan bersedia menjadi benteng kepada keamanan tanahair tidak mahu mengizinkan walaupun seinci juak juak Bersih membuat huru hara. Walaupun terpaksa bermalam di lokap namun bagi dirinya Jamal anggap itu semua sebagai asam garam perjuangan dan harga yang perlu dibayar dalam erti pengorbanan untuk berjuang!

Tindakan berani Jamal cuba sedaya upaya membentes apa sahaja program berkaitan perhimpunan haram jadah Bersih menyaksikan beliau juga pernah dicederakan dalam satu insiden 'hidung berdarah'.

Apabila terbongkarnya kisah kekayaan luar biasa Ketua AMK Ampang, Adam Rosly yang memiliki banglo Disneyland serta beberapa buah kereta import yang mewah, Jamal telah mempelawa wartawan menaiki Helikopter untuk meninjau harta kemewahan anak muda berusia 28 tahun itu dari udara. Ini mengundang kemarahan Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraidah Kamaruddin yang semakin rimas dengan setiap "move" Jamal !

Beberapa hari yang lalu, Jamal menggegarkan politik tanahair apabila memakai pakaian mandi iaitu kain tuala dengan membawa gayung, berus gigi ke Pejabat SUK di Shah Alam. Walaupun ada yang menganggap itu semua kerja bodoh, tetapi sebenarnya tindakan Jamal telah berjaya menyampaikan mesej kemarahan rakyat Selangor kepada pimpinan Menteri Besar bahawa krisis ketiadaan air masalah serius untuk rakyat !

Blogger MIK berpendirian tindakan berani Jamal ini sebenarnya satu kejayaan menyampaikan mesej yang tepat kepada Dato Seri Azmin Ali... Kita kena berlaku jujur pada diri sendiri dan jangan hipokrit. Apabila rakyat tidak menerima bekalan air melebihi 3 hari, sudah pastilah kita mengalami pelbagai kesulitan untuk mandi, buang air, memasak dan sebagainya. Sudah pasti kita akan menjadi marah dan mula sumpah seranah cuma kemarahan kita tidak sampai kepada MB Selangor....

Tindakan Jamal sebenarnya menerima 'recognition' daripada juak juak DAP. Ini amat memeranjatkan kerana mereka tidak mengkritik apa yang dibuat oleh Jamal... Mereka begitu teliti melihat insiden ini dalam perspektif politik dan respon rakyat khususnya pengundi di Selangor. Oleh itu diharap Siti Nurhaliza tak perlulah nak memandai-mandai membuat komen yang bangang....!

Sebagai bukti untuk anda anda semua membaca pengiktirafan yang diberikan oleh DAP terhadap tindakan Jamal membuat kecoh di Pejabat SUK untuk tumpang mandi, anda boleh KLIK DI SINI.

Kejayaan tindakan Dato Sri Jamal telah membuatkan MB Selangor menjadi 'panas' ini terbukti apabila Sekin Resort miliknya terpaksa dirobohkan dengan serta merta oleh kerajaan negeri Selangor.... Disini dapatlah kita saksikan bagaimana marahnya Azmin Ali sehingga sanggup berlaku kejam !

Demikianlah kisahnya mengenai Dato Sri Jamal yang berjaya membuat huru hara dan kini beliau seolah-olah menjadi batu penghalang kepada apa sahaja tindakan juak juak Pembangkang.

Alangkah baiknya jika didalam kepimpinan UMNO Selangor ada lebih ramai lagi "Jamal" supaya kerajaan negeri Selangor tidak akan berasa selesa dan rakyat yang akan mengundi pada PRU ke 14 nanti akan berpeluang menyaksikan lebih banyak kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan Azmin Ali...

Kita harus melihat produk Pembangkang yang memiliki beberapa individu yang sentiasa membuat huru hara dan mengganggu pentadbiran Datuk Sri Najib. Mereka ada Rafizi, Khalid Samad, Tein Chua, Saifuddin Nasution, Mahfuz Omar, Nik Nazmi, Shamsul Iskandar, Latheefa Koya.

PRU ke 14 semakin hampir, UMNO Selangor kenalah menjadi lebih OFENSIF dan bukanlah DEFENSIF ! The best way to defend is ATTACK !! Malah pada penggulungan ucapan YAB Presiden UMNO pada PAU 2016 juga menyeru jentera dan pimpinan lebih menyerang dan bukan bertahan...

Oleh itu UMNO Selangor perlu ada lebih ramai "Jamal" yang boleh turun padang, boleh bawa penyokong sendiri untuk turun padang, berkebolehan untuk 'spin issue', berani membuat pendedahan dan beberapa lagi kaedah yang bolh bikin juak juak PKR, DAP dan PAN menjadi rimas dan panas !

Kalau nak menang kenalah buat kerja cara seperti mahukan kemenangan... cukup-cukuplah pimpinan UMNO Selangor rancak dimedia sosial dengan hanya upload foto foto makan sana, makan sini, cuti sana cuti sini.

Kita mahukan lebih ramai JAMAL di Selangor !!

7 comments:

Anonymous said...

jangan ada yg mcm Ahmad maslan... bangang + bengong...

Anonymous said...

Mmg siti bangang...dia x rasa nak angkut baldi macamana kami rasa.

Anonymous said...

Betul kita perlu lebih ramai JAMAL..hebahkan sebagaimana program mencari RAMLI..Baru UMNO dan BN akan berjaya

Anonymous said...

Untuk apa berasa jelek apabila lelaki sarung tuala tapi urat terlindung walhal wanita yang berkemban dan tidak menutup aurat banyak dipaparkan di dalam TV. Apakah kerana lelaki itu bukan artis makanya adengan beliau hurus dipandang jelek sementara wanita itu adalah artis makanya lakonan beliau harus dipandang suci. Nampaknya dunia sudah terbalik.

Anonymous said...

'Jamal tuala jamban' kumpulan baru yang akan memasuki maharaja lawak megaaaa...

Anonymous said...

Kalau macam ni panaslah punggong noh omar

calmechydraulic.googlepages said...

HARAP NOH OMAR FAHAM DAN BERTINDAK. JUGA IMORZAM, PENGERUSI LEMBAGA KEMAJUAN IKAN NEGARA. TOLONG JANGAN LEKA KALAU NAK TENDANG AZMIN ALI KELUAR. SEKURANG KURANG NYA ZAHIRKAN SOKONG PADU KEPADA DT. JAMAL.