Wednesday, August 31, 2016

Kesian Pudin Pagoh... Jiwanya Masih Belum Merdeka ! Alahaaiii....

Kita semua faham akan maksud peribahasa "seperti anjing menyalak bukit". Suatu kerja sia sia yang TAK akan mendatangkan faedah langsung......

Kesian sungguh menyaksikan gelagat si Pudin Pagoh.‎ Sebelum anda baca kisah Pudin Pagoh yang menyayat hati, ikuti Mukadimah dibawah ini dahulu.

Sebelum detik 12 malam tadi sempena menunggu ambang kemerdekaan tanahair yang ke 59, YAB Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib bertemu rakyat Malaysia menerusi siaran langsung dari PWTC ‎yang bersiaran di kaca telivisyen. Najib menyampaikab Amanat Merdeka.

Antara pesanan penting dalam Amanat beliau ialah kita semua kenalah menolak sekeras-kerasnya penjajahan bentuk baharu termasuklah Pengkhianatan dari dalam negara...!

Najib mahu rakyat Malaysia "Sehati Sejiwa Berikrar Untuk Berpadu dan Berjiwa Besar" demi masa depan tanahair yang kita cintai.

Tambah Najib lagi, "Sekali Merdeka..., Selamanya Merdeka!".‎ Demikianlah pesanan, amanat dan harapan pemimpin negara yang masih kental semangatnya walaupun sering diasak kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah.

Hujung minggu yang lepas sewaktu Najib ke negeri dibawah bayu untuk merasmikan beberapa Mesyuarat Agung Bahagian disana, beliau juga menyentuh mengenai isu Pengkhinatan dalam parti.

Secara lantang Najib menyatakan sekiranya beliau mahu ditentang maka seharusnya juak juak yang‎ mempunyai hasrat tersebut kenalah lawan jawatan Presiden dalam parti, bukannya menjadi Pengkhinat kepada parti...

"Kalau tak setuju dengan saya sebagai Presiden, lawanlah saya, tak mengapa... Lawan ikut Perlembagaan Parti, tetapi jangan sesekali mengkhianati parti dengan cara menubuhkan parti baharu " kata Najib.

JOM kita ikuti pula kupasan sahabat blogger MIK, kisah si Pudin Pagoh yang tengah meroyan... Entah apalah masa depannya nanti ;

‎Muhyiddin Harus Tunjuk Bukti Dakwaan RM1 Bilion Dalam Akaun PM
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi membuat tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Perdana Menteri mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun peribadinya.
Tuduhan itu dibuat Muhyiddin dalam satu ceramah di Ketereh pada 26 Ogos 2016.
Seperti biasa, tuduhan berkenaan tidak dapat dibuktikan sebaliknya bertujuan untuk menambahkan persepsi buruk terhadap Najib.
Ia juga bertujuan untuk mengalihkan isu sebenar iaitu pembangkang kini sedang berpecah belah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) tidak mendapat sambutan.
Selain dari itu, angka itu tiba tiba muncul dari mulut Muhyiddin ketika isu DOJ makin reda dan ketika demo berkaitan itu DOJ juga nampak menemui kegagalan.
Dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Muhyiddin memberitahu beliau terpaksa membaca The Edge untuk memahami isu sebenar. 
Dalam isu RM1 bilion ini pula, beliau mendakwa mendapat maklumat yang dikongsikan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu menjadi Peguam Negara.
Jika Muhyiddin betul-betul mempunyai bukti, sudah pasti beliau telah pun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), takkan beliau sanggup melepaskan peluang yang ada dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri.
Memang tidak dapat dinafikan gosip-gosip liar ini menarik didengar apatah lagi selepas ditambah dengan rencah-rencah buatan sendiri namun malangnya tuduhan yang diuar-uarkan ini tidak pernah dibuktikan pun.
Sebaliknya ia menunjukkan Muhyiddin telah `bankrap isu' dan atas sebab itulah beliau terpaksa mengulangi isu sama, yang tidak lagi menarik minat rakyat Malaysia.
Hakikatnya semua isu yang dibangkitkannya itu telah diselesaikan malah Perdana Menteri sendiri disahkan bersih daripada sebarang tuduhan.
Bila agaknya Muhyiddin akan menerima kenyataan bahawa isu 1MDB dan derma dari negara Arab sebenarnya telah selesai.
Muhyiddin sepatutnya menumpukan perhatian kepada Pribumi yang tidak mendapat sambutan itu. Boleh Muhyiddin beritahu sekarang berapa jumlah ahli berdaftar Parti Pribumi?
Tulisan :
Beruang Biru

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Sunday, August 28, 2016

Penyamun Tak Akan Mengaku Dia Menyamun...! Betul Tak ?

Benarkah YAB Datuk Sri Najib seorang penyamun...? Mahukah anda percaya Najib telah menyamun harta rakyat Malaysia...?

Dalam filem karya Tan Sri P Ramlee tahun 1961 tak lapuk dek hujan iaitu "Ali Baba Bujang Lapuk", kita saksikan sendiri saksikan watak kepala Penyamun, Chief yang tak pernah mengaku dia seorang penyamun hanya berbohong mengatakan kerjanya hanya import barang dan juga seorang saudagar minyak....

JOM kita luangkan sedikit masa dan baca kisah menarik dibawah ini.

Tun Lesapkan RM100- RM150 billion Wang Rakyat

■ Di dalam satu forum terbuka yang diadakan di Pusat Konvensyen Straits Quay Pulau Pinang yang dihadiri lebih kurang 600 orang, Tun Mahathir telah memburuk2kan Dato' Seri Najib Tun Razak berkenaan 1MDB. Beliau berbohong dengan mengatakan "Semasa saya menjadi Perdana Menteri, seingat saya, saya tidak pernah meminjam RM1 bilion".

■ Hakikatnya, Pada awal tahun 1980-an, Tun Mahathir pernah terlibat dalam satu perdagangan penuh spekulasi dengan menggunakan sebuah syarikat RM2/ yang bernama Maminco Sdn Bhd.

■ Syarikat Maminco Sdn Bhd digunakan untuk membeli kontrak masa depan timah dan mengumpul stok komoditi. Semua urusan dijalankan secara rahsia dan bertujuan untuk mengapung harga komoditi tersebut di Bursa Logam London, pusat dunia untuk perdagangan industri logam.

■ Bagi membiayai skim tersebut, Tun Mahathir telah membantu Maminco untuk mendapatkan pinjaman RM1.5 bilion dari Bank Bumiputra. Tiada siapa tahu nilai sebenar pinjaman yang dibuat oleh Tun Mahathir. Perbandingan dengan nilai hari ini tahun 2016, ianya dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM7 bilion, atau mungkin 7 kali ganda lebih daripada nilai yang dinafikan oleh Tun Mahathir.

■ Rancangan Tun Mahathir pada permulaan urus niaga berjaya dan menyebabkan harga bijih timah meningkat. Ianya telah memberikan keuntungan kepada Maminco, namun tidak kekal lama. Tekanan permintaan menyebabkan peningkatan pengeluaran bijih timah dan memaksa AS melepaskan simpanannya.

■ Apabila harga bijih timah jatuh, Maminco berdepan kesukaran untuk membayar pinjaman. Hal itu memaksa mantan Perdana Menteri Tun Mahathir terlibat dalam satu lagi konspirasi.

■ Beliau membenarkan jualan 'saham bumiputera terpelihara' yang baru pada nilai par kepada Makuwasa Sdn Bhd, satu lagi syarikat RM2 yang baru ditubuhkan.

■ Makuwasa Sdn Bhd dijadikan sebagai perantara pelaburan bagi KWSP, semua saham yang dibeli terdiri daripada saham yang dipesongkan daripada dana simpanan untuk menyelamatkan Maminco. Semua urusan dijalankan secara rahsia dan hanya diketahui oleh Tun Mahathir dan beberapa orang kepercayaannya.

■ Makuwasa pula telah menjual saham tersebut pada harga pasaran untuk dapatkan margin, di mana sebahagiannya disalurkan oleh Tun Mahathir kepada Maminco Sdn Bhd untuk menebus kerugian yang dialami di tangan spekulator Amerika Syarikat.

■ Jadi, Tun Mahathir bukan sahaja memainkan peranan dalam perdagangan spekulatif, malah beliau begitu bijak menggunakan dana yang sepatutnya digunakan untuk bumiputera, bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang mempunyai tunggakkan pinjaman Bank yang sangat besar.

■ Skandal Makuwasa-Maminco bukanlah yang pertama kali untuk dana awam digunakan dalam perdagangan spekulatif oleh Tun Mahathir.

■ Pada pertengahan tahun 1980-an, mantan Perdana Menteri itu terlibat dalam perdagangan mata wang spekulatif melalui Bank Negara Malaysia dan menyebabkan bank pusat muflis hampir sedekad kemudian.

■ Semuanya bermula pada tahun 1985, apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan penyusutan rizab pertukaran asing bernilai sekitar USD5 bilion. Kemerosotan secara tiba2 itu berlaku semasa perjanjian yang dipersetujui oleh pemimpin2 negara G-5 ketika tu di Plaza Hotel New York. Perjanjian tersebut membawa ke arah langkah perlindungan oleh Amerika Syarikat, yang sengaja menurunkan nilai mata wangnya sebanyak lebih kurang 50% bagi mengurangkan kerosakan cagaran antara rakan perdagangan strategic.

■ Bagi menebus kerugian, Tun Mahathir bersekongkol dengan Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein untuk merampas pasaran mata wang dengan membuat spekulasi ke atas mata wang utama global. Bank pusat dikatakan telah bergantung pada maklumat yang diperolehi daripada bank2 pusat yang lain untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek daripada perbezaan kadar faedah dan perubahan kadar pertukaran.

■ TS Jaffar mencetuskan aliran rentas sempadan 'hot money' dan berjaya membuatkan bank2 pusat yang lain mengikutnya. TS Jaffar telah melakukan sesuatu yang luar biasa dengan jayanya dalam pasaran pertukaran wang asing di bawah pengawasan Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

■ Negara2 Asia secara tidak langsung mengiktiraf TS Jaafar sebagai perintis dalam pasaran pertukaran mata wang, di mana semua bank di rantau ini mengambil petunjuk daripadanya.

■ Pada tahun 1990, ketiga2 mereka Tun Mahathir, Tun Daim dan TS Jaafar membuat keputusan untuk terjun dalam paun sterling British dengan menjual matawang tersebut dalam jumlah yang besar. Langkah tersebut dikira bertepatan dengan perjanjian yang ditandatangani oleh United Kingdom dan negara2 Eropah yang lain. Kerana perjanjian tersebut memerlukan British mematuhi Mekanisme Kadar Pertukaran (ERM) sebagai langkah keselamatan.

■ ERM membataskan negara2 yang mengambil bahagian untuk 'margin kadar pertukaran' yang ketat, bagi menstabilkan mata wang Eropah. Dengan menspekulasikan pound, BNM berjaya menurunkan mata wang British sebanyak 4 sen apabila Britain menghantar kelulusan keahliannya kepada ERM.

■ Langkah spekulatif TS Jaafar menghasilkan jumlah wang besar, yang kemudiannya masuk ke dalam akaun penama, yang seterusnya membantu untuk pembiayaian PRU tahun 1990. Tetapi sebahagian besar daripada jumlah wang itu masih belum dipulangkan kepada UMNO atau belum dipulangkan kepada kerajaan persekutuan. Ianya dipercayai telah diletakkan atas penama2 tersebut ke dalam kepentingan perniagaan mereka di seluruh dunia.

■ Tahun 1992, Britain sengaja mengenakan TS Jaffar di mana United Kingdom (UK) telah menarik pelabur untuk pound dengan menaikkan kadar faedah bagi mengapungkan nilai mata wangnya.

■ Secara tiba2 United Kingdom menarik diri dari ERM. Langkah itu turut menjatuhkan pound British seperti seguni kentang panas dan membebani kerajaan Malaysia dengan kerugian yang dianggarkan sebanyak USD3.6 bilion.

■ Pada tahun 1993, team Tun Mahathir-TS Jaffar kerugian USD2.2 bilion lagi dalam perdagangan spekulatif. Ekoran dari impak tersebut, pada tahun 1994 bank pusat telah diisytiharkan muflis. Tetapi telah diselamatkan oleh Kementerian Kewangan, portfolio yang ketika itu dipegang oleh Ketua de facto PKR DS Anwar Ibrahim.

■ TS Jaffar telah meletakkan jawatan, walaupun beliau dan Tun Mahathir telah disiasat kerana peranan mereka dalam melesapkan berbilion ringgit tetapi tiada tindakan dikenakan terhadap mereka. Kerugian pada masa itu telah meningkat kepada jumlah yang tidak pernah benar2 diambil kira.

■ Tun Mahathir menuduh DS Najib melesapkan RM50 bilion dana 1MDB dan mengambil RM2.6 bilion daripada firma pelaburan strategik. Beliau tetap sombong dan degil, dan enggan mengakui hakikat bahawa 5 panel bebas terikat dengan pelbagai undang2 telah membersihkan nama Perdana Menteri DS Najib daripada sebarang jenayah.

■ Tun Mahathir juga enggan akui kerugian BNM yang dicatat pada pertengahan 90-an yang dianggarkan bernilai RM30 bilion. Mengikut nilai hari ini, ia bernilai RM150 bilion, ditambah pula dengan RM7 bilion untuk skandal Maminco-Makuwasa. Mengapa perlu banyak perkara sampah yang diperkatakan oleh Tun Mahathir terhadap DS Najib?. Sedangkan yang betul2 sampah adalah Tun Mahathir sendiri.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Tuesday, August 23, 2016

Kesiaaaann.... Tun Dr Mahathir Dah Banyak Kali Kena "Game Over" Tapi Masih Tak Serik Serik Lagi

Entah apalah nasib malang menimpa mantan Perdana Menteri Tun Dr M masih tak serik serik lagi bekerja kuat untuk ‎menjatuhkan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak...

Asyiklah duk putar cerita lama tak sudah sudah ! 

JOM kita baca ulasan dan kupasan yang menarik dari sahabat blogger yang menulis dibawah ini;

Konspirasi Tidak Menjadi Kerana Najib Berpengalaman Dengan Politik Kotor Mahathir

Isu 1MDB tidak habis habis sehingga kini, dan setiap kali gerakan anti Najib tersepit atau pun Tun Mahathir tersepit pasti sekali akan ada kisah baru berkenaan 1MDB dari luar negara.

Walaupun kisahnya sama tetapi akan ditulis dan diolah semacam "scoop baru".

Maka kelihatanlah kononnya terbongkar atau terlondeh rahsia besar berkenaan 1MDB.

Mangsa kepada berita ini yang tidak tahu pun ia tulisan berbayar yang sudah di "upfront" kan "payment" oleh pro Tun Mahathir yang bersungguh sungguh membantu menyebarkan dan memviralkan cerita dongeng berkenaaan 1MDB.

Paling lucu, mangsa kepada pemberitaan ini adalah penyokong Tun Mahathir sendiri. Mereka tidak tahu mereka termakan kisah dongeng hasil upahan puak idola mereka sendiri.
Jika ada bukti kukuh tentu sudah hampir dua tahun lebih kisah 1MDB tidak akan berkisar kepada cerita sahaja tetapi pembuktian pula.

Namun disitulah kekurangannya, cerita macam macam tanpa kemukakan bukti.

Tun Mahathr dalam kenyataannya baru baru ini, mengaku secara sengaja atau tidak sengaja, wujud konspirasi, dan menyalahkan salah seorang dari "konspirator" itu mengkhianati sesama mereka.

Dalam kenyataannya  Dr. Mahathir mendakwa, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed telah dikhianati oleh pihak yang tidak dinamakan identitinya.
Ini bermakna betul sangat apa yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin selama ini.

Walaupun Tun Mahathir berkata beliau tidak terbabit, ia umpama menyatakan esok matahari tidak akan terbit , kerana terlalu jelas apabila Tun Mahathir boleh bercerita panjang lebar berkenaan konspirasi itu.
Tun Mahathir pernah berjaya dalam konspirasinya untuk menjatuhkan Abdullah Badawi kerana ketika itu ia cubaan pertama dan ramai yang menyokongnya belum menghidu agenda sulit dan peribadinya.

Namun, dengan cubaan kali kedua dan atas modus operandi yang sama , ia nyata gagal , kerana penyokong yang pernah menyokongnya ketika itu sudah mula sisihkan diri dari Tun Mahathir kerana sudah faham akan niat dan agenda peribadi Tun Mahathir yang berselindung dibelakang isu yang dicipta.

Tambah lagi orang yang Tun Mahathir mahu gulingkan iaitu Datuk Seri Najib adalah orang yang bersama sama dengannya sekian lama dan sudah pun mengetahui cara dan rupa bentuk serangan yang akan dilakukan oleh Tun Mahathir.

Najib faham Tun akan guna pengaruh nya dalam "network" kerajaan dan juga talibarutnya seperti 3 Tan Sri diatas yang kini mendiamkan diri kerana ketakutan akan diambil tindakan lebih lanjut.

Jika mereka dalam keadaan benar tentu mereka sudah pun menemui akhbar dan media luar negara untuk menceritakan kisahnya, tetapi mereka tahu mereka hanya alat kepada Tun Mahathir dan mereka mengetahui apa kesalahan mereka.

Mereka bernasib baik kerana Najib bukanlah Mahathir.

Akibat kebijaksanaan Najib memintas banyak kerja kotor yang cuba dibuat oleh puak Pro Mahathir , maka akhirnya tertubuhlah parti baru Pribumi, ini adalah opsyen akhir Tun Mahathir, kerana plan utama menggunakan ahli UMNO untuk tumbangkan Najib yang telah pun gagal.

Bagai dikatakan oleh setengah pihak selama mana Najib boleh bertahan , maka semakin kekalutan akan terbongkar mengenai Tun Mahathir.

Walaupun Tun Mahathir dan kuncunya mengeluarkan dana yang banyak untuk membunuh jenama "Najib", namun tanpa perlu keluar dana seperti Mahathir kisah lampau Mahathir yang makin mula diketahui oleh rakyat.

Benar bagai dikata, atas sebab reputasi Mahathir amat teruk ketika menjadi Perdana Menteri, maka sebelum matanya pejam, Tun Mahathir harus capai cita cita peribadi nya menaikan zuriat yang mewarisi berbillion ringgit dan sambil itu mahu mencari pengganti kepada nama buruknya, dan dia mendapati Najib sesuai untuk maksud itu, waima perlu keluarkan modal yang banyak.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB15, Selasa
23 Ogos 2016‎

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Saturday, August 13, 2016

Menarik Sepanjang Minggu Ini. Sekali Najib Bersin..., Tun Dr M Pun Masuk IJN.

‎Mungkin ramai dikalangan pendokong tegar Tun Dr Mahathir yang menyertai kumpulan menyerang YAB Datuk Sri Najib tidak pernah tahu sebab sebenar kenapa Najib kini dibenci oleh mantan PM itu....

Kesempatan diwawancara oleh salah sebuah stesen telvisyen di Jakarta memberikan ruang buat Najib menceritakan mengenai tingkah laku Tun Dr M yang cuba mencampuri urusan kerja seorang Perdana Menteri.

Najib gambarkan Tun Dr M punyai karektor yang Obes To Power sekiranya Najib akur bermakna beliau akan menjadi seorang Perdana Menteri yang mengikut telunjuk orang lain seolah-olah dikendalikan dengan remote control....
NajibRazak.com

UCAPAN PERDANA MENTERI MENGENAI PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Dalam hidup ini kita perlu mempunyai matlamat. Saya menceburi bidang politik melalui parti saya di mana perjuangannya adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, selari dengan matlamat dan nilai hidup saya.

Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti-parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan dengan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya dahulu.

Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan yang ada hari ini.
Memang diketahui umum bahawa beliau sebelum ini tidak pernah kalah, dan bagi menjaga air muka beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada kegagalan dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Semata-mata untuk mempertahankan ego beliau, beliau sering melontarkan pelbagai tohmahan terhadap saya dan anggota pentadbiran saya, namun apa yang dikatakan beliau berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan.

Adakah beliau tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan ke atas saya ketika zaman beliau memegang kuasa?
Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak.

Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya dan beliau. Saya tetap akan meneruskan kerja saya untuk membangunkan agama, bangsa dan negara tercinta ini walaupun perlu menempuhi segala tohmahan yang dilemparkan olehnya.

Hal ini kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang boleh memberi khidmat bakti sepanjang masa bukannya hanya bermatlamat menjatuhkan orang lain.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.‎


Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Wednesday, August 10, 2016

Akhirnya Din Pagoh Dapat Juga Jadi Presiden Parti.... PRU 14 Boleh Bertanding Di Pekan Lawan Najib.

‎Semalam dipersada politik tanahair berita penubuhan sebuah parti politik baru mendapat tumpuan warga media sekaligus mengakhiri teka teki kemana hala tuju Tun Dr M, Tan Sri Muhyiddin, Dato Seri Mukriz Mahathir serta kuncu kuncu mereka.

Bertempat di pejabat ROS Putrajaya, Muhyiddin melangkah dengan penuh bangga ‎ mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau singkatannya BERSATU. Secara rasminya maka tertubuhlah sebuah parti politik yang bakal dikemudikan oleh buangan sisa sisa UMNO...!

BERSATU meneyenaraikan Tun Dr M sebagai individu paling atas dalam struktur parti, sama tahap dengan Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum PKR. Sememangnya itulah yang sebenarnya apa yang dimahukan oleh Tun Dr M, iaitu kedudukan lebih tinggi dari Presiden parti.. Manakala, Muhyiddin Yasin pula akan mengetuai BERSATU sebagai Presiden parti.

Sejauh manakah kemampuan parti baru ini akan berjaya dalam lanskap politik tanahair? Kalau minggu lalu Muhyiddin kata parti UMNO ibarat kereta yang buruk tak boleh dibaiki, apakah hari ini Mantan TPM ini sudah menemui kereta yang baru jauh lebih baik prestasinya ?

Sejak pagi tadi semakin mengganas viral dibanyak Whatsp Group sebar info tentang kaitan parti baru BERSATU dengan Pasaraya Bersatu kini dikenali sebagai The Store. Secara sinisnya, parti BERSATU ibarat sebuah Store simpanan buangan sisa sisa UMNO yang tak boleh digunakan lagi....

Jika Muhyiddin yakin dengan tindakannya, ayuhlah masuk bertarung secara anak jantan ! Jawatan Presiden sudah dalam genggaman, apabila datang PRU ke 14 nanti jangan banyak berdalih..., berdepanlah dengan YAB Datuk Sri Najib di Parlimen Pekan ! 

Sent from my BlackBerry Z30  smartphone.‎ 

Wednesday, August 3, 2016

Benarkah Otak Din Pagoh Lebih Buruk Dari Kenderaan Yang Tak Boleh Dibaiki...?

Amboi amboi amboi....! Sedapnya menghina mengkeji UMNO.... 

Kenyataan daripada mantan Timbalan TPM yang juga mantan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa "UMNO Ibarat Kenderaan Yang Buruk Yang Tak Boleh Dibaiki" sebenarnya menggambarkan keperibadian dirinya sendiri....

Kenyataan bangang Muhyiddin itu dibuat sewaktu mantan TPM itu duduk semeja dengan juak juak PKR pada satu sidang media pada 30hb Julai 2016.

Kalaulah Muhyiddin kata UMNO itu kenderaan buruk yang tak boleh dibaiki, beliau sendiri pernah bantu memandu kenderaan tersebut sebagai co-pilot ! Malah beliau bukan pergi meninggalkan kenderaan tersebut, sebaliknya beliau terpaksa dihumban keluar dari kenderaan yang dikatakan buruk dan tak boleh dibaiki...!

Bagaimana mungkin Muhyiddin kata kenderaan itu rosak sedangkan dia masih duduk diam dalam kenderaan tersebut...? ‎ Maksudnya beliau dipecat dan bukannya meninggalkan UMNO.

Oleh itu tak perlulah mahu mendabik dada dan menyalak seolah-olah dirinya hebat sedangkan sewaktu hayatnya dalam UMNO beliau lebih banyak bergantung kepada ihsan beberapa pimpinan UMNO memberikan laluan kepadanya.

Pada majlis yang sama iaitu ketika  bersama dengan pimpinan PKR, Muhyiddin ‎telah dijolok soalan daripada pihak wartawan media. Soalan bertanyakan pendirian Muhyiddin sekarang ini samada menyokong Agenda Pembebasan Anwar Ibrahim atau pun tidak?

Muhyiddin dengan selamba menyatakan beliau dengan Anwar memang bersahabat dan memaklumkan sewaktu Anwar dipecat dari jawatan TPM tahun 1998, beliau sendiri satu satunya Menteri ketika itu telah pergi bertemu dan menziarah Anwar...

Inilah dia watak dan sifat sebenar Muhyiddin yang sedang menjilat ludah dan kahaknya sendiri...! Sewaktu tempoh Anwar mengetuai Pembangkang, Muhyiddin telah beberapa kali menghentam Anwar. Iya, kerja kerja mengkritik dan membalun Anwar ini Muhyiddin lakukan sewaktu dia menjadi co pilot pada sebuah kenderaan yang beliau kata buruk dan tak boleh dibaiki...!!

Rakaman video masih ada banyak sebagai bukti segala kata kata hina Muhyiddin kepada Anwar. Salah satunya, sewaktu kempen PRN Sarawak 15 April 2011, atas pentas ceramah BN, Muhyiddin dengan lantang menggelar Anwar sebagai Pengkhinat Bangsa yang menjadi punca masyarakat melayu berpecah belah ! Dipentas yang sama itu juga Muhyiddin gelar Anwar sebagai Raja Pembohong dan Bapak Pembohong....

Sesiapa yang terserempak dengan Muhyiddin sila beri pada dia cili sos atau kicap.... Manalah tahu ianya bole membantu beliau menambahkan sedap rasa menjilat kahaknya sendiri !!

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Monday, August 1, 2016

SKMM Kena Siasat Segera Isu FITNAH Rosmah Dengan DYMM Sultan Pahang....!

Jangan tunggu lagi...!

Cepat dan segerakan tindakan untuk mengheret dan dakwa beberapa penggiat laman sosial yang viral dengan niat jahat memfitnah isteri YAB Perdana Menteri kita, Datin Seri Rosmah Mansor dengan DYMM Sultan Pahang.....

Viral melalui laman facebook menggelirukan rakyat untuk mempercayai telah berlaku kelakuan menjolok mata diantara Rosmah dengan DYMM Sultan Pahang. Hanya menerusi "angle" foto yang berlainan, foto foto Rosmah difitnah bermanja dengan DYMM Sultan dikhalayak ramai !

Sungguh jahat kerja gila ini...!

Inilah kerja spesis dan juak juak murahan penjilat tegar Anti Najib yang dengan sengaja memainkan fitnah ini.... foto dari "angle" berlainan sengaja dijajakan cerita kununnya berlaku adegan yang terlampau.

Padahal kalau dilihat pada foto asal yang diatas sekali, jelas menunjukkan keadaan yang sebenarnya apa yang berlaku.