Friday, September 30, 2016

Syukurlah Masih Ada Wakil Rakyat Pembangkang Yang Faham Maksud PERMATA Rosmah Mansor...

Inilah yang dikatakan 'Orang Berbudi Kita Berbahasa..' maksud bidalan yang membawa erti segala kerja baik tetap akan dilihat baik bagi manusia yang tidak Buta Hati..!

Pendekatan yang mahukan satu sistem pendidikan awal kanak kanak sangatlah penting untuk membina generasi akan datang dalam negara ini. Gerak kerja ini sememangnya telah lama dipraktikkan oleh "Founder" PERMATA tidak lain dan tidak bukan, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri.

Sebut sahaja PERMATA kita tahu ianya sangat sinonim dengan Rosmah Mansor... Tanpa mengenal erti penat dan sentiasa bersungguh sungguh beliau akan pastikan program PERMATA akan diteruskan walaupun.pelbagai kata fitnah cuba dikaitkan oleh juak juak yang mempunyai hasad dengki terhadapnya.

Semalam salah seorang wakil rakyat DAP mula menyedari betapa pentingnya PERMATA ini diberikan sokongan. Jelaslah kini, kerja baik Rosmah bukanlah sesuatu yang sia sia..

Memang benarlah apa yang sebutkan oleh Datuk Rizal, Pegawai Khas Rosmah bahawa kesedaran oleh wakil rakyat DAP terhadap keberkesanan PERMATA lebih penting daripada memuji Rosmah kerana ‎isteri PM ini bukanlah ahli politik yang mencari sokongan sesiapa..

Dibawah ini kita ikuti kenyataan rasmi Datuk Rizal Mansor, Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri ;

YB YEO BEE YIN
ADUN DAP DAMANSARA UTAMA.
 
Selamat Sejahtera YB,

Saya tertarik membaca artikel di portal rasmi parti Dap, Roketkini.com bertajuk "Beri keutamaan kepada pembangunan pendidikan awal kanak-kanak" – Bee Yin. Saya tertarik kerana akhirnya seorang wakil daripada parti pembangkang (DAP) dapat bersetuju bahawa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak. Inilah yang diperjuangkan oleh Datin Sri Rosmah Mansor melalui Program Permata. Walaupun YB menyatakan sokongan ini tidak bermakna menyokong Datin Sri Rosmah, pada saya itu tidak penting. Datin Sri Rosmah bukan ahli politik yang mencari sokongan sesiapa.
 
YB memetik hasil kajian penerima hadiah Nobel dalam lapangan ekonomi, James J. Heckman, dalam mempertahankan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan awal yang baik, adalah inisiatif awal pembangunan modal insan, akan memberi faedah jangka masa panjang, termasuk kos kebajikan sosial yang rendah, kadar jenayah rendah serta kutipan hasil yang meningkat.
 
Saya amat bersetuju dengan apa yang YB petik itu. Saya melihat ia selari dengan objektif Program Permata. Semua agama, semua bangsa dan semua tamadun di dunia ini mengiktiraf bahawa "Anak-anak adalah khazanah dan amanah kita untuk diasuh dan didik dengan penuh perhatian dan kasih sayang semenjak dari lahir lagi, supaya potensi mereka dapat ditonjolkan sepenuhnya".
 
YB merungut kos penjagaan kanak-kanak di Lembah Klang adalah tinggi dan bergantung kepada kualiti pusat jagaan. Malah, YB turut menekankan bahawa kos penjagaan ini menjadi satu bebanan kepada pasangan muda. Saya bersetuju dengan pendapat YB. Maka itulah antara sebabnya Program Permata ditubuhkan. Pusat Anak Permata Negara (PAPN) selain daripada menyediakan pendidikan awal berkualiti kepada kanak-kanak di luar bandar, ia juga menyediakan kemudahan tersebut kepada kanak-kanak di pinggir bandar. YB, saya mengharapkan YB dapat mengadakan lawatan ke mana-mana PAPN dan kemudian buatlah kesimpulan sendiri. Lupakan Datin Sri Rosmah sebagai Penaung Permata tetapi pandanglah Permata Negara sebagai satu program yang menepati apa yang diperkatakan oleh James J. Heckman.
 
YB menyebut Permata menerima peruntukan tinggi saban tahun, tidak ada halatuju strategik oleh pihak kerajaan, terutamanya perancangan khusus untuk memastikan wujudnya penjagaan kanak-kanak yang bermutu tinggi serta pendidikan pra-sekolah yang berpatutan dengan kemampuan rakyat terbanyak. Saya kira dalam hal ini YB tidak bersikap adil kepada masa depan kanak-kanak. Saya percaya YB membuat tuduhan sembrono tanpa asas. Sebaliknya jika YB benar-benar ikhlas memperjuangkan pendidikan awal kanak-kanak, buatlah research yang mendalam tentang Permata Negara. Lupakan Datin Sri Rosmah Mansor sebagai Pengasas Permata, tetapi lihatlah Permata Negara sebagai sebuah program yang mampu mengatasi masalah yang YB bangkitkan.
 
Walaupun YB tidak menyebut secara spesifik tapi saya percaya apa yang diperkatakan YB dapat disimpulkan sebagai "Setiap Anak PERMATA Negara, Setiap Anak Begitu Berharga dan Setiap Anak Modal Insan Negara".

Ikhlas daripada,
RIZAL MANSOR

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Monday, September 26, 2016

Kesian Tun Dr Mahathir.....

‎Pemakan pemakan dedak Pro Tun M semakin berserabut kepala mereka memikirkan apakah lagi cara yang terbaik untuk menghasut rakyat agar membenci Datuk Sri Najib Tun Razak....

Saban hari juak juak pemakan dedak ini bekerja kuat dan bertungkus lumus menabur fitnah dan menjaja pembohongan mengenai Najib supaya habuan dedak mereka kekal terjamin !

Namun begitu rakyat sudah semakin bijak menilai, tak semudah itu untuk menjayakan projek membenci Najib. Sebaliknya semakin kuat juak juak ini menyerang Najib, semakin kelihatan kelemahan Tun Dr Mahathir.

Disini dikongsikan penulisan seorang sahabat bernama Beruang Biru dengan tajuknya "Najib Pemimpin Ada Prinsip, Mahathir Cuma Ada Matlamat Sahaja".

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan "No Retreat, No Surrender" pada Perhimpunan Agung UMNO  lalu, ramai yang tidak mengetahui bahawa laungan itu bukan ditujukan kepada marhaen, tetapi ia untuk tiga individu yang berada di dalam dewan PWTC pada masa itu.

Sebenarnya pergeseran antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Najib adalah permainan tinggi rebutan kuasa yang mempunyai kisah di belakangnya.

Namun disebabkan Mahathir mengetahui dirinya amat popular, maka beliau membawa pergeseran antara mereka berdua kepada persada rakyat.

Beliau mengetahui rakyat boleh dimanipulasikan dengan emosi dan jahil akan kisah sebenar, maka lebih mudah dipersembahkan isu yang mereka kurang arif untuk ditelan.

Itulah sebabnya ketika Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Anwar Ibrahim dan DAP serta pembangkang yang lain menyerang Presiden dan parti UMNO, Mahathir sedikit pun tidak mahu mempertahankan UMNO dan Presidennya. Ini kerana serangan dan hentaman dari mereka ini amat diperlukan oleh Mahathir.

Disebabkan Mahathir juga sudah merencanakan untuk menyerang Najib dan UMNO, maka apabila beliau melakukan serangan itu, ia umpama menambah garam dan perasa sahaja, kerana sebahagian besar kerja groundwork menghentam UMNO telah dilakukan oleh musuh UMNO lebih awal lagi.

Mahathir tetap akan menyerang Najib kerana tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri melebihi satu penggal kerana ia bakal mengganggu rencana yang sudah dilakarkan beliau seawal tahun 1991 lagi.

Itulah sebabnya juga Mahathir tidak menyerang melulu seawal 2012 kerana beliau tidak mahu kelihatan gelojoh dan beragenda. Beliau membida pada masa yang sesuai dan apabila terlihat ada isu, barulah Mahathir menyerang.

Berbalik kepada topik kita, Najib ada prinsip, Mahathir cuma ada matlamat. Kami tidak silap dalam hal ini kerana Mahathir bukan sahaja tidak berprinsip malah beliau juga tiada kesetiaan.

Mahathir cuma ada matlamat dan itu sahaja yang dipegangnya. Sama ada untuk mencapai matlamat itu halal atau haram, betul atau salah, itu belakang kira. 

Mahathir boleh duduk di dalam parti UMNO selama berpuluh tahun dengan mengambil nikmat dan kekayaan, tetapi beliau boleh meninggalkannya apabila kemahuannya tidak dapat dilayan. Bukan sekali bahkan dua kali keluar UMNO. Kesetiaan jenis apakah itu?  

Selain itu, Mahathir juga boleh mendidik ahli UMNO sekian lama untuk membenci musuh-musuhnya dengan pelbagai cerita tetapi sebaik sahaja beliau merasakan keperluan untuk membenci, beliau sanggup menelan kahak dan menerima musuhnya tanpa ada rasa bersalah langsung.

Ternyata sekali Mahathir tidak  berpendirian.

Mahathir boleh sujud kepada DAP dan sembah kepada Anwar. Mereka ini adalah pihak yang ditolak dan dicaci olehnya dahulu kala. Mahathir menelan kahaknya sendiri sambil penyokongnya mengejek dedak.

Mereka jahil antara dedak dan kahak, kahak lebih jijik sejuta kali. Dedak itu akhirnya dimakan juga oleh manusia dengan memakan ayam yang memakan dedak.

Sementara itu, ketika Perhimpunan Agung UMNO lalu, ketika Najib melaungkan 'No Retreat No Surrender" banyak cerita dibelakang tabir yang menyebabkan ia dilaungkan di depan Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Yang satu tidak habis-habis dengan kisah legasi dan pewarisan kuasa dan harta, yang satu lagi ketagih hendak menjadi Perdana Menteri kerana faktor usia tidak membolehkan dia menunggu lebih satu penggal dan lagi satu pula kawan baik yang tidak nampak bagaimana beliau boleh pertahan jawatan sedia ada serta mahu ditukar ke negeri asal dengan jawatan nombor satu, tetapi tidak dilayan. Maka jadi rebellious kelihatan lebih mulia dari tewas.

Tanyalah diri kita sendiri apakah tindakan harus dibuat jika kita berada di dalam kasut Presiden? Melayani kesemua kehendak? Kepada Mahathir, berhentilah berbohong kepada rakyat dengan menggunakan isu ciptaan sendiri. Jika ia terbukti benar, sudah tentu anda sudah membawanya ke mahkamah.

Musuh semalam boleh jadi kawan untuk hari ini dan kawan semalam boleh jadi musuh esok, hanya kerana "matlamat". Mahathir hanya setia dan sayang pada keluarga dan anak beranak sahaja. Itu tetap.

Mahathir boleh mencampak Muhyiddin ketepi esok jika beliau mahu, sama seperti yang dilakukan kepada kepada tiga Tan Sri yang enggan melayaninya lagi. Kesemua mereka hanya menjadi alat belaka.

Kepada ahli UMNO,  berpegang erat kepada Presiden yang mempertahankan parti. UMNO untuk semua ahli dan rakyat, bukan untuk memuaskan nafsu serakah Mahathir dan kroninya yang bukan pun ahli UMNO.

Lihatlah kepada Mukhriz dan Muhyiddin, mereka bercakap seolah olah mereka sudah ada bersama pembangkang sejak 100 tahun lalu. Mereka lupa hanya beberapa bulan yang lalu mereka ada di dalam kerajaan yang mereka kutuk hari ini.

Mereka menghina kerajaan yang ayah dan idola mereka sendiri pimpin sejaksekian lama. Jika perkara semudah ini pun mereka boleh lupa, apa harapan kepada rakyat Malaysia jika mahu bergantung kepada mereka?

Malaysia akan lebih selamat jika rakyat berhenti mendengar berita kebencian yang palsu yang dibawa mereka.


Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Friday, September 23, 2016

Pujian Irina Bokova Kepada Rosmah Dan PERMATA Untuk Menutup Malu UNESCO...!

‎Beberapa hari sudah berlalu kita disajikan dengan al-kisah "dangkal" pihak UNESCO yang tunduk tawaduk dengan media asing Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT).

Natijahnya, anugerah "Lead By Example" yang pada awalnya diberikan kepada Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa mereka batalkan.... 

Tiba tiba hari ini Director General UNESCO, Irina Bokova tampil membuat kenyataan untuk menjilat ludahnya sendiri, memuji muji PERMATA dan Rosmah.

In this context, PERMATA established upon the initiative of Datin Paduka Rosmah Mansor, the First Lady of Malaysia, stands as an outstanding example of inclusion, reaching the most marginalized, through holistic approaches that start at the earliest age, promote value of peace, non-violence and respect for cultural diversity, and improve lifetime opportunities for children and youth.

Irina Bokova baru tersedar kesilapan pihak UNESCO yang mahu menutup malu kerana anugerah "Lead By Example" sememangnya layak buat Rosmah...

Kita sememangnya sudah sedia maklum sumbangan yang sangat besar‎ Rosmah bersama PERMATA yang tidak pernah dipertikaikan. Untuk mengetahui lebih jelas, dikongsikan disini penjelasan mengenai sumbangan Rosmah dan peranan penting PERMATA.

Daripada Prof Dr Hasnah Toran, Pengarah PERMATA Kurnia...

Bismillahirahmanirahim.

Kawan saya memanjangkan print screen FB yang mengutuk Permata. Kata mereka Permata elitist, racist dan membuang duit.

Selama ini saya diam sahaja kerana fikir lebih baik saya fokus kepada usaha utama iaitu membantu anak anak yg mengalami autisme tetapi kutukan ini sangat teruk, saya rasa saya wajib berikan sedikit penjelasan bagi pihak anak2 buah saya yang bekerja sangat keras dan Datin Seri Rosmah Mansor yang telah membuka pintu untuk beratus2 anak autisme untuk mendapatkan pendidikan dan intervensi.

Kesian saya tengok anak2 buah saya, walau pun mereka ada degree dan master, mereka sangat passionate (bersemangat) untuk membantu anak2 autisme sehinggakan mereka tidak kisah melatih anak2 ini buang air, cuci berak, muntah bagai.

Setiap hari mereka mengadap anak2 yang mengamuk, yang menggigit, menendang dengan sabar dan esoknya mereka masih datang kerja. Hanya kerana mereka sangat sayangkan anak2 ini.

Saya rasa sedih sungguh2 bila mereka beritahu saya bahawa semasa hari raya bila ditanya saudara mara di mana mereka bekerja, mereka hanya menjawab dengan senyuman kerana bila mereka jawab "Permata", bermacam2 statement 'menyengat' yang keluar.

Alhamdulillah, nasib baik anak2 muda yang berjiwa kental ini masih bersemangat jitu bekerja demi masa depan yang lebih cerah untuk anak2 isi syurga di Pusat kami. Sama juga dengan DSRM, kami sangat bersyukur yang beliau prihatin tentang anak istimewa dan membuka minda ramai orang tentang pentingnya usaha untuk membantu anak2 ini.

Apabila beliau dikutuk kerana membuang duti untuk program Permata, saya ingin jelaskan no 1, pembiayaan program2 Permata adalah tertakluk kepada proses pembiayaan organisasi2 lain dalam kerajaan.

No 2, buang duitkah bila tahun ini sahaja Permata Kurnia telah menyediakan pendidikan dan intervensi kepada hampir 300 orang anak autism, mengadakan 33 bengkel hujung minggu untuk ibu bapa, guru2 dan terapis, 6 public forum, (semua ini juga disiarkan secara live streaming untuk capaian warga Malaysia di luar Lembah Kelang).

Kami berjaya menghasilkan modul untuk Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 (SKM3) Autisme, melancarkan iKurnia (Massive Open Online Course) sebuah kursus atas talian mengenai autisme, menjalankan kursus autisme jelajah Negara tahun lalu di 11 buah negeri dan insyaAllah hujung tahun ini kami akan adakan latihan untuk guru2 di Lembah Kelang yang kan terlibat dengan proses pendidikan inklusif anak2 Permata Kurnia?

 Ini hanya di PK, terdapat 6 lagi Permata2 yang lain: Permata Negara (pendidikan awal kanak2), Permata Pintar (anak2 cerdas pintar), Permata Insan (anak2 cerdas pintar yang dididik utk menjadi bakal cendiakawan Islam), Permata Seni, Remaja Perkasa (utk remaja berisiko) dan Hospital Permata Kanak2.

Sangat banyak perkara baik yang dijalankan oleh Permata2 ini, kalau saya nak ceritakan sangat panjang. 

Saya ambil Remaja Perkasa sebagai contoh, program ini memberikan pelbagai kursus kepada remaja berisiko spt kursus fotografi, kursus andaman, masakan sehingga ada remaja ini yang menjadi juru gambar perkahwinan dan juru andam.

Dalam zaman social media ini, mengutuk sangat senang, ketik key board komputer sahaja... tetapi ingatlah setiap kali anda mengutuk, beratus2 tenaga kerja Permata yang bekerja demi masa depan anak2 bangsa kita diperlekehkan wal hal mereka melakukan kerja yang mulia.

InsyaAllah, sebagai pengarah di Permata Kurnia, saya boleh laporkan anak2 buah saya tetap teguh dengan iltizam mereka untuk membantu anak2 isi syurga di pusat kami.

‎Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.‎