Thursday, October 27, 2016

Semakin Parah Sudah Perangai Din Pagoh !

‎Apabila diberikan ruang untuk berbahas dalam Dewan Rakyat semalam, Tan Sri Muhyiddin mengakhiri ucapannya dengan berkata " Sebaliknya, pada pandangan saya, Bajet 2017 hanya sarat dengan gula gula politik sekadar untuk menutup segala kelemahan dan kepincangan Malaysia Official One yang telah mencuri dan merompak Khazanah Negara..."

Tetapi sejak pagi tadi telah pun viral dibeberapa Whatsapp group rakaman suara Muhyiddin yang pernah membuat pengakuan sewaktu masih menjadi Timbalan Presidn UMNO bahawa dia tahu mengenai Dana Khas yang perlu diuruskan sendiri oleh Presiden UMNO....

‎Muhyiddin: Sudah Gaharu, Cendana Pula.

Pada bulan Mac lalu, satu rakaman audio mengandungi suara Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui mengetahui siapa yang terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah tersebar luas.

Dalam rakaman audio itu, beliau yang ketika itu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri berulangkali menafikan pembabitannya dalam konspirasi terbabit dan menyatakan beliau bukannya seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bangun memberontak tatkala disingkirkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu.

``Tidak, saya bukan sebahagian daripada ini'' katanya ketika menafikan terlibat dalam komplot berkenaan. 

Dan dalam rakaman itu juga, Muhyiddin memberitahu sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2009, beliau tidak pernah bersuara mengenai dana khas.

Ini kerana katanya, beliau tahu bahawa dana khas itu diuruskan oleh presiden parti sendiri.

Kini rakaman audio itu, yang dikatakan dirakam dalam mesyuarat Majlis Tertinggi kembali tersebar dan ada baiknya pun ia disebarkan bagi mendedahkan siapa sebenarnya Muhyiddin Yassin ini iaitu individu yang tidak setia kepada parti dan kerajaan.

Segala tembelang beliau telah pecah dan kita dapat melihat bagaimana beliau sanggup menjilat ludahnya apabila berbaik dengan Anwar hingga ke tahap sanggup melawat Anwar di dalam mahkamah dengan alasan, memberikan sokongan.

Walaupun ketika Muhyiddin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO telah mencetuskan kekecohan ketika itu, namun nasib baik Perdana Menteri mengambil tindakan sedemikian rupa.

Bayangkan jika orang seperti ini, yang `cakap tidak serupa bikin' dibiarkan dalam Kabinet dan UMNO, apa akan berlaku kepada negara ini. 

Memang beliau  `cakap tidak serupa bikin'. Dalam rakaman audio berkenaan, Muhyiddin dengan jelas menyatakan bahawa beliau mengetahui mengenai dana khas iaitu derma sebanyak RM2.6 bilion itu.

``Saya jadi TPM 2009 sampai sekarang, tidak pernah bersuara dana khas sebab saya tahu dana khas diuruskan oleh presiden sendiri,'' katanya dalam rakaman berkenaan.

Tetapi malangnya, isu RM2.6 bilion inilah yang dimainkannya berulang kali umpama radio buruk, yang jika disimpan hanya menyemakkan rumah semata-mata, jadi eloklah dibuang sahaja.

Beliau sebenarnya tahu mengenai dana khas terbabit tetapi bagi memastikan imej Perdana Menteri menjadi buruk, maka Muhyiddin telah mencanang dan menjaja keburukan Najib dengan mengaitkan beliau dalam isu derma tersebut. Hakikatnya kita tahu bahawa siasatan yang dijalankan menjelaskan bahawa Najib adalah bersih.

Lebih malang apabila Muhyiddin sanggup membuat pusingan 360 darjah dan bersekongkol dengan pembangkang termasuk Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, iaitu antara pemimpin pembangkang yang pernah dikecamnya ketika beliau masih berada di dalam kerajaan,

Selama ini Kit Siang dan DAP serta PKR menjadi `peluru' kepada Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan orang Melayu tetapi kini beliau menjadikan mereka itu sebagai rakan malah turut sama keluar dari Parlimen ketika Perdana Menteri membentangkan bajet 2017, minggu lepas.

Melalui pendedahan demi pendedahan ini, meskipun terpaksa menyelongkar semula cerita lama mengenai Muhyiddin, maka ambillah peluang ini untuk menilai siapakah Muhyiddin ini. Janganlah menyokongnya membabi buta tanpa melihat kepada sejarah silamnya.

Apa yang pasti, masa depan politik Muhyiddin kini bergantung kepada Anwar, yang kini telah berbaik semula dengan Tun Mahathir.

Muhyiddin ibarat sudah tahu bertanya pula. Samalah perangainya dengan Husni. Sudah menjawab bertanya pula. 

Perangai sudah gaharu cendana pula ini perlu dielak oleh orang parti, masyarakat dan rakyat. Mereka sedang mempertikai perkara yang sebenarnya mereka dah tahu. 

Apa sebabnya mereka terus pertikai? Sebab mahu kuasa, dendam dan perasaan tidak puas hati. 

Atas alasan ini mereka sanggup buat apa sahaja meskipun berkawan dengan bapa rasis untuk mencapai matlamat politik itu. 

Tulisan : 
Beruang Biru
27 Oktober 2016

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Monday, October 24, 2016

Pembangkang Akui PERMATA Rosmah Mansor Memang Terbaik... Ulasan Perbelanjaan PERMATA Bajet 2017

Apa yang jelas kelihatan kini dalam lanskap politik tanahair adalah sikap Bangang juak juak Pembangkang...!

Bangang yang bukan dibuat-buat, ianya memang tersemat kemas dalam sanubari mana mana pimpinan dan wakil rakyat Pembangkang kita. Iya, itu adalah hakikatnya.

Kerja jahat memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dengan PERMATA seakan akan tiada hentinya, menjadi amalan harian mereka dari juak juak Pembangkang.... Terbaru, mereka cuba mengelirukan rakyat dalam isu Bajet 2017 yang berkaitan perbelanjaan PERMATA.

Baca seterusnya di SINI

Saturday, October 22, 2016

Pembangkang Kena Banyak Belajar Dengan Najib....

‎Bukan senang hendak memimpin sebuah kerajaan... tak mudah !

Jikalau hendak mengkritik, menghentam, itu semua jauh lebih mudah. Tetapi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab bukan kerja enteng. 

Pakatan Harapan Mengaku Tiru BN Untuk Mencari Hasil Negara

Siapa yang tidak kenal cara pembangkang di Malaysia hari ini. 

Di hadapan rakyat, mereka melaungkan bahawa merekalah pakatan terbaik untuk membentuk kerajaan yang penuh intergriti dan sebagainya. 

Namun hakikat sebenar, Pakatan Harapan tidak lebih daripada sekadar pakatan penuh bercelaru, kaki fitnah dan suka meniru gerak kerja kerajaan BN mentadbir negara.

Sebut sahaja apa yang mereka tidak lakukan untuk menunjukkan mereka lebih hebat daripada kerajaan BN.

Namun, jika kita perhatikan dengan lebih mendalam, apa yang mereka lakukan hanyalah meniru bulat-bulat perancangan kerajaan dengan menambah beberapa angka untuk menampakkan mereka lebih baik.

Inilah yang berlaku terhadap pembentangan bajet Pakatan Harapan baru-baru ini. Jika diperhatikan, hampir keseluruhan isi bajet mereka adalah hasil daripada ilham yang telah pun dilakukan oleh BN sejak tahun lalu.

Sebagai contoh, unjuran hasil Pakatan Harapan bagi tahun 2017 dalam perkara .2.2 dalam mukasurat 18 bajet alternatif pembangkang.

Hampir 100% cara mencari hasil ditulis "seperti unjuran hasil Barisan Nasional". Perkara ini diulang empat kali dalam setiap cara mencari hasil.

Ini bukti pembangkang tidak ada idea bagaimana hendak cari hasil negara. 

Apa yang mereka bentangkan dalam belanjawan mereka baru-baru ini, semuanya bersandarkan kepada angka unjuran yang telah dibuat oleh Barisan Nasional.

Lebih melucukan, bagaimana mereka menetapkan kadar gaji minimum yang akan dilaksanakan andai Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan. 

Mereka mencadangkan gaji minimum untuk semua pekerja di Malaysia adalah pada RM 1,500 sebulan.

Agak menghairankan, atas kajian apa yang mereka lakukan untuk menetapkan kadar gaji minimum berkenaan?

Ini satu lagi contoh bagaimana Pakatan Harapan cuba meniru bulat-bulat apa yang dirancang oleh kerajaan dalam menetapkan kadar gaji minimum. 

Apa yang dirancang oleh kerajaan BN adalah mengambil kira semua faktor sebelum menetapkan kadar gaji minimum. Tetapi bagi pakatan pembangkang, mereka sewenang-wenangnya menambah angka berkenaan supaya mereka nampak lebih bagus daripada kerajaan hari ini.

Impaknya bukan sedikit. Andai bajet yang mereka lakukan tidak seimbang, kedudukan ekonomi negara akan menjadi tidak menentu dan besar kemungkinan, negara bakal berhadapan dengan inflasi yang lebih teruk dari apa yang berlaku pada pertengahan tahun 1980an.

Suatu fakta yang tidak harus diketepikan adalah, pihak Pakatan Harapan sendiri memperakui, mereka meniru bulat-bulat cara kerajaan Barisan Nasional mencari hasil negara sebelum mereka mengolah semula hasil pendapatan negara mengikut kehendak mereka sendiri.

Mereka akan menokok tambah bajet mereka supaya ianya menampakkan bahawa merekalah yang paling cekap menguruskan pendapatan negara.

Persoalannya, jika mereka sendiri mengakui meniru cara kerajaan BN mencari dan menguruskan hasil negara, untuk apa mereka mencipta bajet mereka sedangkan mereka sendiri langsung tidak mempunyai dana untuk melaksanakan bajet mereka sendiri?

Paling utama, adakah kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang kini diperintah oleh mereka, akan melaksanakan bajet yang mereka rancang?

Siapalah yang buat bajet pembangkang ini? Nampak sangat kerja umpama melepaskan batuk di tangga.

Bajet 2016 dan 2017 pembangkang tiada beza banyak. Boleh dikatakan hampir 80% seolah copy paste kembali. 

Lebih teruk lagi, mereka tiru cara BN dalam mencari hasil negara. Memalukan sungguh.

Tulisan :
Beruang Biru
BB96, Jumaat
21 Oktober 2016‎

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Friday, October 21, 2016

Tahniah Datuk Sri Najib....! Pembangkang Akui Bajet BN Memang Shocking PINK

‎Bajet Alternatif 2017 : Pembangkang Akan Naikkan Levi 10% Setiap Tahun

Dalam Bajet Alternatif 2017 pembangkang, bahagian paling menarik untuk dibincangkan ialah menyentuh mengenai cadangan menaikkan levi pekerja asing difahamkan sehingga 10 peratus pada setiap tahun sehingga 2020.

Langkah itu sudah pasti akan menggemparkan para majikan dan membantutkan banyak sektor ekonomi yang sememangnya banyak bergantung kepada pekerja asing yang berdaftar.

Ia dicadangkan oleh pembangkang untuk dinaikkan di tiga sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.

Ia sudah pasti akan membebankan majikan yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar levi jika sekiranya mahu membawa masuk pekerja asing.

Selain itu, mereka menciplak program pemutihan pekerja asing yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini sebagai salah satu langkah dalam Bajet Alternatif 2017 mereka.

"Membenarkan pekerja-pekerja tidak sah yang sedia ada untuk mendaftar dan menjadi diri mereka pekerja yang sah pada kos yang munasabah dan membolehkan mereka untuk bekerja untuk majikan yang berbeza tetapi dengan kontrak yang tetap".

"Pekerja-pekerja sah cenderung untuk menjadi pekerja tidak sah kerana mereka menghadapi masalah besar jika hendak menukar majikan, satu dasar sumber manusia yang lebih adil dan telus akan membetulkan keadan ini," menurut dokumen itu.

Apa dasarnya? sepatutnya sebagai satu bajet yang lengkap, pembangkang perlu memperjelaskan secara ringkas dasar yang akan diperkenalkan.

Paling banyak cadangan pembangkang yang dibantah ialah menjadikan ratusan ribu pelarian yang ada di negara ini sebagai pekerja menggantikan kebergantungan kepada pekerja asing.

Ini menurut sesetengah pihak adalah kerja gila kerana membenarkan individu tanpa kemahiran masuk dan bekerja di negara ini atas nama pelarian yang tidak diketahui lanjut berkaitan latar belakang mereka.

Itu belum lagi dilihat kepada aspek kesihatan kerana dibimbangi mereka akan membawa penyakit.

Malah lebih lucu, pembangkang mencadangkan agar pekerja asing ini mempunyai persatuan sendiri seperti CUEPAS. 

Maka jangan terkejut nanti kalau ada pekerja asing membuat demo di Sogo kerana membantah majikan mereka. Ini idea gila pembangkang. 

Walaupun bajet bayangan ini telah diumumkan sejak 2008 namun tanpa pengalaman memerintah sebuah negara seperti Barisan Nasional, sukar untuk mereka menghasilkan bajet yang komprehensif yang mencakupi seluruh lapisan masyarakat.

Bajet pembangkang semalam hanyalah khayalan sahaja. Tahun depan mereka akan copy paste perkara yang sama setiap kali BN hendak membentangkan bajet di Parlimen.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB94, Jumaat
21 Oktober 2016

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

BAJET Pembangkang Kita Boleh Campak Dalam Longkang...!

Hanya Jauhari Kenal Manikam....!

Setiap kali dan setiap tahun menjelang pembentangan Bajet yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Sri Najib selaku Menteri Kewangan, juak juak Pembangkang pun mulalah jadi seperti monyet monyet yang mendapat bunga, ada juga yang tikus membaiki labu.... akhirnya jadilah si lunchai terjun dengan labu labunya!

Ini semua aksi berani mati daripada mereka yang bodoh berlagak pandai.... Juak juak ini juga akan mula mengelirukan rakyat dengan segala janji bulan dan bintang, seolah olah Bajet mereka lebih baik dan suci.

Baca seterusnya di SINI 

Monday, October 10, 2016

Din Pagoh Dah Gatal Mulot.....?

‎Dah mula meracau dah mantan TPM yang juga mantan Timbalan Presiden UMNO...!

Bercakap tak guna fakta, merapu dan meraban entah kemana. Itulah yang sedang ditonjolkan oleh Muhyiddin Yasin ketika ini. Jom kita baca penulisan dari sahabat;

‎Pembangkang Tawan Johor - Muhyiddin Mimpi Di Siang Hari

Pelik juga dengan dua individu dari parti paling muda dalam Barisan Rakyat @ Pakatan Harapan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Ketika Tun Dr. Mahathir  Mohamad menyanyi lagu kekalahan Bersatu di Manjung, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebaliknya mendendangkan lagu kemenangan parti berkenaan.

Tun Mahathir boleh dikira agak realistik sedikit apabila menyedari Pakatan Harapan @ Barisan Rakyat tidak akan kemana jika mereka tidak membantu satu sama lain dalam kempen pilihan raya dan masing masing tertumpu kepada kempen parti sendiri.

Beliau menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai contoh dengan menyatakan walaupun BN ada 14 parti namun apabila bertanding mereka berada di bawah satu bendera, tanpa terlihat dari bendera parti mana yang diwakili.

Lain pulak dengan Pakatan Harapan @ Barisan Rakyat. Mereka akan menumpukan kepada kawasan yang mereka ingin bertanding dengan peluang untuk menang amat sukar, itu kata Tun Mahathir.

Berbanding dengan Muhyiddin, perkirannya amat mudah di Johor. Pada hematnya, jika pada Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu pembangkang menang hampir 18 kerusi di Johor, maka tambah sahaja 10 atau lebih kerusi maka Pembangkang dikira sudah dapat tawan Johor.

Nada Muhyiddin itu seolah-olah menunjukkan bahawa UMNO dan BN hanya tidur di Johor. Ini `simple mathematic' oleh Muhyiddin. Ia umpama 2 + 2 jadi 4.

Muhyiddin langsung tidak mengambil kira bahawa kerusi yang sudah ditawan boleh kalah juga dan kerusi yang belum lagi menang, belum tentu akan menang.

Kita juga boleh mengambil perkiraan terkini, dimana ketika dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlangsung, kebencian memuncak terhadap GST dan 1MDB paling maksimum dan serangan terhadap kerajaan dilakukan dengan menjadikan GST sebagai penyebab kenaikan harga barang secara mendadak.

Namun rakyat masih memberi undi kepada Barisan Nasional. Sebenarnya, tiada siapa boleh meramalkan secara tepat apa yang akan dipilih rakyat.

Berdasarkan perkiraan Muhyiddin mengenai `kemenangan' pembangkang di Johor, beliau terlupa akan kedudukan PAS di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Tiada siapa boleh meramalkan PAS akan berdiri di pihak mana pada PRU14 kelak.

Jika diambil kira dengan kenyataan Tan Sri Anuar Musa baru baru ini, akan ada kejutan pada Barisan Nasional pada PRU14, maka tentu sekali BN sudah ada perancangan sendiri. Sudah tentu Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat tidak akan mendapat `easy ride'.
 
Tambahan lagi, jika PAS enggan menyertai Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat, maka jangkaannya pertandingan 3 penjuru sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Paling menonjol dalam masalah Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat adalah sikap tidak puas hati mengakibatkan berlaku rebutan kawasan dan pembahagian kerusi.

Muhyiddin juga terlupa apakah PKR akan begitu mudah untuk menyerahkan kerusinya kepada Bersatu. Bagaimana pula PAN? Adakah ia juga akan menyerahkan kepada DAP untuk menentukan kerusi mana dia layak bertanding?

Dan Ketika Muhyiddin bercakap, mungkin beliau terlupa partinya belum ada apa-apa kerusi pun selain kerusi `haram' yang dimenanginya atas tiket UMNO.

Mungkin apa yang dinyatakan oleh Muhyiddin hanya sekadar menyedapkan hati yang gundah kerana apa yang dirancang tidak menjadi.

Pada perkiraan awal pihak Tun Mahathir, ramai ahli UMNO terutama Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan akan melompat kepada Bersatu apabila ditubuhkan, namun sangkaan itu meleset sama sekali.

Apa yang agak memalukan adalah apabila Muhyiddin bercakap, dia seolah-olah mewakili parti paling banyak kerusi dalam komponen Barisan Rakyat.

Muhyiddin terlupa perang besar sesama komponennya bakal terjadi. Perebutan kerusi antara satu sama lain akan terjadi dengan amat sengit. Akibatnya wang yang banyak akan dikeluarkan untuk tawar menawar supaya pihak yang kena undur diberi ganti rugi setimpalnya.

Selain itu pertandingan tiga atau empat penjuru bakal terjadi tanpa dapat dihalang bagi mereka yang tidak puas hati.

Maka nyata sekali, pelbagai perkara boleh terjadi. Justeru kenyataan Pakatan rakyat atau Barisan Rakyat bahawa ia akan menawan Johor berkemungkinan hanya ilusi Muhyiddin atau pun hanya mimpi di siang hari.

Tulisan:
Beruang Biru

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.