Tuesday, November 15, 2016

Inilah Kisahnya - Apabila Tun Dr M Sanggup Menjilat Kahaknya Sendiri...!

‎‎Semakin menjijikkan dan meloyakan melihat aksi aksi dan gelagat Politik Hipokrit pada tahap yang sangat membimbangkan mutakhir ini.....

Memang tepatlah kenyataan YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang melabelkan Politik Hipokrit sedang disajikan oleh Tun Dr Mahathir.

Demi kelangsungan mencapai cita cita peribadi, memenuhi kesumat dendam dan hasad dengki seorang individu itu tergamak melakukan perkara diluar batasnya. Matlamat menghalalkan cara ! 

Kesanggupan bersekongkol dengan musuh musuh politik hanya semata mata mahu menjatuhkan seorang Perdana Menteri, itulah yang menjadi matlamat utama buat Mahathir. Mantan PM itu lupa kisah silam bagaimana beliau sendiri yang tanam hidup hidup musuh-musuhnya seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan Pembangkang yang lain....

Mahathir hanya tahu menghalalkan semua perbuatannya sahaja! Sewaktu bersama UMNO dan memimpin kerajaan, segala tindakan jahat dan kejamnya  terhadap pimpinan Pembangkang‎ semua halal... Maka hari ini segala tindakannya menentang kerajaan Najib pun mahu dihalalkan.

Jikalau dulu Mahathir adalah individu yang kecut perut dengan semua gerakan massa dan perhimpunan rakyat mahu menentangnya. Beliau gunakan kuasa mengarah pihak keselamatan mengekang dan menangkap sesiapa sahaja yang anti kerajaan, FRU dan Water Canon diarahkan menyuraikan perhimpunan awam, ISA dilaksanakan terhadap pimpinan Pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat...

Tetapi hari ini Mahathir jadi Pak Sanggup ! Perhimpunan haram BERSIH buat dirinya sudah menjadi halal dan wajib disertai.

JOM kita baca kupasan menarik dibawah ini ;

‎BERSIH 5.0 HANYA UNTUK MENGHINA PEMIMPIN

Bersih, atau nama sebenarnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mula-mula turun ke jalan raya adalah pada 10 November 2007, iaitu empat bulan sebelum Malaysia menghadapi Pilihan Raya Umum ke 12. 

Demonstrasi jalanan tersebut adalah bertujuan ingin memberi satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi menuntut sebuah demokrasi di Malaysia.

Ini berlaku apabila pelbagai usaha pihak pembangkang bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional sejak 1974, dan sebelum itu Kerajaan Parti Perikatan sejak 1959 menemui kegagalan.

Bagaimanapun, selepas peristiwa Dr Mahathir Mohamed memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka reformasi telah berlaku yang memperlihatkan adanya kaedah dan campur tangan kuasa asing dalam gerakan politik pembangkang di negara kita.

Ramai mempercayai, pembangkang telah menggunakan idea daripada Dr Gene Sharp yang merupakan seorang pengkaji dan pemikir dalam menumbangkan sesebuah kerajaan tanpa keganasan dari Universiti Massachusetts Dartmouth, Amerika Syarikat. 

Maka, tercetuslah idea Bersih pada tahun 2007 dan berlarutan sehingga 2016 ini.

Asasnya, Bersih menggunapakai teori "non resistance violance" yang dipelopori Dr Gene Sharp seperti demonstrasi jalanan, duduk bantah, baring diatas jalan raya, berkhemah di Dataran Merdeka, memberi bunga kepada anggota keselamatan, membina suasana huru hara di kawasan tumpuan, menggunakan logo berlambangkan tangan atau penumbuk, menggunakan perkataan "occupy" dan kod warna tertentu.

Isunya adalah, tujuan utama Bersih bukanlah mahu menuntut sebuah pilihan raya yang adil dan bersih pun, sebaliknya senarai tuntutan Bersih itu hanya sekadar "umpan untuk memancing" minat rakyat bagi turun berdemonstrasi semata-mata. 

Jika tidak, apa kena mengena poster, plakad dan gambar yang mengambarkan penghinaan kepada pemimpin negara? Salah satu teknik dalam kaedah Dr Gene Sharp adalah memperlekeh dan menyindir pemimpin sesebuah negara yang hendak ditumbangkan dengan poster dan kartun. 

Apa tujuan akhir poster menghina ini? Matlamat akhirnya adalah untuk mencetus hilang rasa hormat rakyat pada pemimpin. Menanam kebencian yang bertalu talu dan akhirnya mengajak sama rakyat memaki dan mencaci pemimpin. 

Kita boleh lihat sendiri dalam mana-mana siri Bersih, pastinya ada elemen penghinaan pemimpin. Malah, isteri kepada pemimpin utama negara juga turut dihina tanpa belas kasihan. Gambar ketua parti bertunjangkan Bangsa Melayu dan Agama Islam dipijak oleh bukan Islam.

Dimanakah relatifnya antara perilaku demonstran Bersih dengan tuntutan mereka itu?

Maka, cukup-cukup sudah kita diperbodohkan dan dibonekakan oleh Bersih melalui senarai tuntutannya itu. Hakikat sebenar, Bersih telah "dibayar" oleh kuasa asing untuk menghina pemimpin negara kita yang sedang fokus kepada pembentukkan sebuah negara bangsa berdaulat untuk anak cucu dan cicit kita di masa depan. 

Maka, ingatlah Bersih 5.0 yang akan berlaku pada 19 November 2016 ini hanya sekadar menghina pemimpin! Sekali lagi rakyat diperbodohkan!

Dari Abu Bakrah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Pemimpin itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa yang menghinanya, maka Allah akan menghinakannya dan sesiapa yang memuliakannya, niscaya Allah akan memuliakan dia." (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Syu'abul Iman, 6/17, no. 7373. Dinyatakan hasan oleh al-Albani, Dzilalil Jannah fii Takhrij as-Sunnah li Ibn Abi 'Ashim, 2/224, no. 1024).

Tulisan :
Beruang Biru

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Monday, November 14, 2016

Ketika Tun Dr M Memfitnah Najib.... Rosmah Terus Mendapat Pahala... Najib Pula Buktikan Tun Dr M Bapa Hipokrit !

Petang Sabtu yang lalu, bertempat di Shah Alam telah berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harap Harap Jadilah Hendaknya mengumpulkan pemakan dedak dana asing membuat kerja jahat membalun dan memfitnah YAB Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib Tun Razak.....

Juak juak dari parti serpihan UMNO yang dikenali sebagai Parti Bunga Raya turut sama melabur saham mendapat dosa memfitnah Najib. Bintang utama mereka tidak lain dan tidak bukan lagi, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed.

Pada kesempatan yang diberikan membuat ucapan, Tun Dr M tidak melepaskan peluang untuk menyalak dan berkokok menyatakan semua yang buruk sahaja mengenai Najib !

Apa yang buruk kata hina tak disebut oleh si tua bangka yang nyanyuk itu....? Najib curi duit, Najib harus ditentang, Najib akan tangkap sesiapa sahaja yang menentangnya, Najib akan manipulasi sistem PRU ke 14 dan bermacam macam lagi....


Namun begitu diwaktu yang sama, isteri YAB PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor telah meluangkan masa untuk menziarah Datin Khatijah balu kepada Allahyarham Dato Harun Din dikediamannya. Allahyarham telah menghembuskan nafasnya terakhir di California USA pada tanggal 15 September 2016. Kunjungan kasih sayang disemai baik oleh Rosmah ini adalah satu kerja ibadah sesama ummah walaupun perbezaan fahaman dan idealogi politik.....

Tahniah dan syabas buat Rosmah yang memiliki jiwa besar. Ini terbukti apabila beliau juga pernah menziarah Datin Tuan Sabariah balu kepada Allahyarham Nik Aziz di Pulau Melaka Kota Bharu tahun lepas.

Manakala semalam bertempat di Dewan MCA ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA 2016, Datuk Sri Najib melahirkan kebimbangannya terhadap Politik Hipokrit Tahap Tertinggi yang sedang disajikan oleh juak juak Pembangkang bersama sama dengan Tun Dr Mahathir....

Kit Siang pernah menggelar Tun Dr M sebagai Diktator dan kita semua pernah saksikan bagaimana lantangnya suara Tun Dr M pula menggelar Kit Siang sebagai Rasis ! Hari ini mereka berdua boleh cium mulot seolah-olah tidak ada apa apa yang pernah berlaku.

Memang sah dan terbuktilah apa yang disebut oleh Najib ! Politik Hipokrit Tahap Tertinggi sedang disajikan oleh juak juak penganut fahaman parti Bunga Raya. Mereka tiada prinsip hanya tahu melaksanakan matlamat menghalalkan cara...

Rakyat sesungguhnya harus sedar bahawa Pakatan ini tidak akan boleh kekal kerana mereka boleh berubah haluan pada bila bila masa sahaja asalkan ianya memenuhi kehendak masing masing dan bukannya bekerja sebagai satu pasukan yang mantap. Hari ini boleh jadi musuh bagai nak rak, kata mengata, hina menghina, gelaran demi gelaran seperti Mat Sabu sebut Tun Dr M Bapa Perompak ! Esok lusa boleh jadi seperti sepasang kekasih bercumbu-cumbuan.....

Rakyat boleh jadi pening dan meluat ! Memang sah juak juak seperti ini akan tidur sebantal tapi mimpi berlainan. DAP mahukan jentera PAS jadi barua membuat kerja tetapi untuk melaksanakan Negara Islam tidak sama sekali. PKR Selangor masih mengekalkan pimpinan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai EXCO walaupun tidak sertai Pakatan Harapan. Parti PAN pula secara terang terang tak sehaluan dengan PAS kerana pimpinan PAN menjadi tukang basuh berak pimpinan DAP. Dah jadi caca merba, tidak ubah seperti Keluarga 69 filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee.....

Dulu juak juak Pembangkang gelar Tun Dr M sebagai Maha Firaun, Bapa Perompak dan bermacam lagi. Tetapi hari Mahathir ibarat Dewa buat mereka....

Oleh itu berbaloi agaknya apabila Mahathir perlu menjadikan dirinya sebagai Bapa Hipokrit !

Friday, November 11, 2016

Kisahnya Guan Eng Yang Malang....

‎Konvensyen Tahunan DAP Mengecewakan Lim Guan Eng

Konvensyen tahunan DAP pada 6 November lalu di Pulau Pinang diadakan ketika Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dihimpit dengan tuduhan rasuah di mahkamah. 

Ternyata kes rasuah yang dihadapi oleh Guan Eng itu menjadi cabaran terbesar kepada parti berkenaan, sepanjang penubuhannya.

Keadaan ini dapat disaksikan dengan jumlah kehadiran ahlinya yang tidak ramai pada konvensyen berkenaan. Hanya 31% yang hadir. 

Sekali gus menjadikan ia sebagai hambar sedangkan sebelum ini ahli-ahli DAP senantiasa menunjukkan komitmen yang tinggi kepada parti mereka.

Paling ketara ialah ketika acara penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli veteran DAP dengan  lebih separuh perwakilan memilih meninggalkan dewan persidangan walaupun Penasihat DAP, Lim Kit Siang sedang mene­rima anugerah yang disampaikan anaknya, Guan Eng.

Berdasarkan laporan media, pada sesi pagi hanya 328 daripada 1,027 perwakilan hadir dengan sebahagian besar mereka terdiri daripada ahli-ahli veteran sedangkan purata ahli yang hadir pada konvensyen sebelum ini adalah antara 600 ke 700 orang.

Jumlah berkenaan adalah pada konvensyen biasa, tetapi jika ada pemilihan, ia akan meningkat hingga hampir 1,000 orang.

Apakah tandanya ini? Ia jelas menunjukkan bahawa bahawa kepimpinan Guan Eng mula ditolak oleh ahli-ahli DAP secara halus selama ini dan konvensyen berkenaan telah memberikan gambaran jelas mengenai penolakan terbabit.

Selepas Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah melibatkan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran, penolakan itu makin ketara apatah lagi beliau dikatakan lebih mementingkan kehendak peribadinya.

Lebih buruk lagi bila adik Guan Eng dilantik sebaga ketua urusetia pemilihan DAP. 

Selain itu, tindakan Guan Eng yang menuding jadi kepada pihak lain dalam isu melibatkan rakyat terutama banjir telah menyebabkan ada pemimpin negeri di Pulau Pinang yang sudah bosan dengannya.

Malah tindakan perwakilan Taman Chai Leng, Shamser Singh Thind yang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, yang menyamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti bapa ayam dan ular serta lebih merbahaya daripada Datuk Seri Najib Tun Razak juga dikatakan menyebabkan Guan Eng kecewa

Shamser ketika berucap dalam konvensyen itu juga mahu DAP menjarakkan diri dan memaklumkan bahawa majoriti ahli DAP bersama dengannya menolak Dr Mahathir dan parti yang diasaskannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Memetik penjelasan Guan Eng mengenai kerjasama dengan PPBM, Shamsher berkata: ``Jawapan paling bodoh pernah saya dengar dalam mempertahankan sokongan terhadap Dr Mahathir adalah 'Musuh kepada musuh saya adalah kawan saya''.

Ternyata pendirian Shamser itu bertentangan dengan Guan Eng yang sebelum ini sedia bekerjasama dengan Mahathir dalam menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Keadaan ini pastinya memberikan tamparan besar kepada Guan Eng, apatah lagi kes rasuahnya itu telah menjejaskan imej parti dengan teruk. 

Dan mungkin atas sebab itu, beliau telah mencadangkan nama Pe­nge­rusi DAP negeri, Chow Kon Yeow sebagai pengganti­nya jika terbukti beliau bersalah dalam kes rasuah yang dihadapinya ketika ini.

Kepala Guan Eng kini sudah dilanda banjir. Masalah rasuah diri sendiri belum selesai, ahli DAP ramai yang lari dan dalam masa yang sama banjir melanda Pulau Pinang. 

Guan Eng mana mau lari?

Tulisan : 
Beruang Biru

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Saturday, November 5, 2016

Dulu Tun Dr M Kata George Soros Penyangak Matawang Asing.... Tapi Sekarang Beliau Sokong BERSIH

Apabila George Soros Mengaku Sebagai Tuhan, Apakah Nasib Malaysia?

George Soros yang dikaitkan membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini, pernah mengaku dirinya adalah `tuhan' dan mencipta segala-galanya. 

Soros juga pernah memberi amaran bahawa beliau mementingkan diri sendiri dengan kaedah biasa tidak berkesan kepadanya.

Perkara berkenaan disiarkan oleh media luar negara sekitar bulan Ogos lalu. Malah ketika ditanya oleh akhbar Independent mengenai kenyataannya itu, Soros berkata: ``Jika anda menganggap diri anda tuhan yang menciptakan segalanya, ianya seperti satu penyakit. Tetapi saya rasa selesa sekarang ini sejak saya mula hidup dengan pemikiran sebegitu.

Kenyataan berkenaan dibuatnya ketika kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat giat dijalankan dan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Soros telah menguasai Clinton.

Bukti bahawa Clinton dikuasai Soros telah didedahkan oleh Wikileaks DC di mana Soros pernah memberi arahan kepada Clinton ketika beliau menjadi Setiausaha Negara AS untuk campur tangan dalam isu melibatkan negara Albania.

Dalam e-mel yang bocor itu, yang bertajuk 'Pergolakan di Albania,' Soros mengarahkan Clinton bahawa ``dua perkara yang perlu dilakukan segera'' dan beliau memerintahkan Hillary untuk ``membawa masyarakat antarabangsa untuk membincangkan mengenai Perdana Menteri Berisha ``dan'' melantik seorang pegawai kanan Eropah sebagai orang tengah. "

Dan selepas tiga hari emel itu dihantar oleh Soros kepada Clinton, agenda berkenaan telah digerakkan.

Begitulah yang akan terjadi apabila ada tangan hitam yang cuba menguasai sesebuah negara dengan menjadikan pemimpin pilihannya sebagai boneka semata-mata. 

Bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Soros selama ini terkenal kerana memanupulasi dunia dan pasaran, demi kepentingannya sendiri.

Bayangkan jika seorang yahudi yang mengaku dirinya Tuhan cuba mengatur politik di negara ini mengikut rentaknya? Apakah nasib Malaysia kelak?

Apa lagi yang tinggal kepada rakyat Malaysia? Kita bukan sahaja kehilangan kedaulatan negara malah kita sekali lagi dijajah oleh kuasa asing.

Pendedahan sekumpulan aktivis penggodam yang dikenali sebagai DC Leaks bahawa Open Society Foundation (OSF) milik hartawan itu menyalurkan pembiayaan kepada Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini menunjukkan seolah-olah ada udang di sebalik batu.

Soros cuba menggunakan parti politik dan NGO untuk mengaburi mata rakyat dalam usaha mempengaruhi keputusan pilihan raya. Apa yang pasti tindakan mereka mengizinkan campur tangan asing hanya akan membunuh demokrasi yang subur di Malaysia.

Tulisan : 
Beruang Biru

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Wednesday, November 2, 2016

Sewaktu Tun Dr M Jadi Perdana Menteri Beliau Pun Pernah Bawa Famili Untuk Lawatan Ke China.....

Isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa ahli keluarganya ketika lawatan rasmi ke China tidak perlu dijadikan isu besar kerana dilakukan atas jemputan pemimpin negara kuasa besar itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, sebelum Perdana Menteri jarang membawa keluarga walaupun beliau kerap mengadakan lawatan rasmi setiap tahun demi memikul amanah negara namun dalam isu lawatan ke China ini memiliki kisah istimewa.

Menurutnya, mereka yang arif dengan budaya China pasti tahu bahawa ia merupakan satu kebiasaan untuk pemimpin besar China menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan keluarga dengan pemimpin lain.

"Budaya membina hubungan kekeluargaan ini dikuatkan lagi dengan peribahasa lama Cina yang menyebut 'apabila anda minum air, fikirkanlah punca air tersebut'.

"Jadi tidak timbul isu Perdana Menteri menggunakan kemudahan kerajaan mengangkut seluruh ahli keluarga kerana kunjungan itu bukan atas tujuan peribadi sebaliknya jemputan rasmi antara dua pemimpin utama negara," katanya.

Jelas Rizal lagi, malahan Kerajaan China amat menghargai pertalian China dan Malaysia moden bermula daripada bapa Najib, Tun Abdul Razak yang mengilhamkan hubungan diplomatik pertama dengan negara besar itu pada 1974.

"Sepatutnya pihak yang galak menyebarkan cerita palsu tanpa bersandarkan kepada kebenaran melihat impak yang lebih besar daripada lawatan PM ke China itu dan bukan hanya membuat tohmahan murahan.

"Terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani dalam lawatan rasmi ini, ia bakal membawa pulangan puluhan bilion ringgit pelaburan dan manfaat untuk negara," katanya.

Beliau sebaliknya membidas sikap sembrono itu dengan meminta pihak terbabit membongkar pendedahan DC Leaks yang mendakwa hartawan Amerika Syarikat, George Soros memberikan dana untuk membiayai gerakan Bersih bertujuan menjatuhkan kerajaan.

"Kalau betul sayangkan Malaysia, pergi bongkar dan dedahkan fakta tentang ada rakyat negara ini bersekongkol dengan dalang luar (Soros) untuk meruntuhkan kedaulatan negara.

"Jangan hanya tahu nak sebar fitnah dan menjahanamkan imej pemimpin negara yang dipilih secara sah oleh rakyat," katanya.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.