Thursday, December 29, 2016

Ada Satu Lagi Drama Yang Lebih Menarik Dari Kisah ISTERI TUAN IHSAN Untuk Najib Tonton....

Setiap hari Isnin sehinga Khamis menerusi saluran 123 Astro dari jam 10 malam selama sejam, peminat tele-novela kini sedang asyik melayan drama berjudul Isteri Tuan Ihsan......   Kisah cinta penuh saspens dan teka teki diantara Seroja Irdina lakonan Amyra Rosli dengan seorang Jutawan bernama Tuan Ihsan lakonan Aaron Aziz.

Sudah sebulan bersiaran dan telah masuk ke Episod ke 15 sekarang ini. Kisahnya semakin menarik dan menjadi bualan ramai. Sebut sahaja mengenai drama, sudah tentulah ianya akan mengandungi unsur unsur saspen dan beberapa lagi elemen yang membuatkan garapan cerita itu menjadi menarik dan indah untuk ditonton.

Begitulah kisahnya dengan drama dalam lanskap politik tanahair kita mutakhir ini. Setiap propaganda, adu dumba yang dipersembanhkan oleh juak juak pembangkang ada kalanya tak ubah seperti sebuah drama apabila kisahnya semakin berbelit dan mengelirukan kita....

Dalam membicarakan kemelut yang melanda parti cap ayam lambang bunga raya, Parti Pribumi kita semua sedia maklum dengan pembongkaran skandal seks Ketua Srikandi parti tersebut Anina Saadudin. Apabila terbongkarnya kisah panas itu, pimpinan parti cap ayam lambang bunga raya itu membuat keputusan untuk memecat Anina.

Melihatkan keadaan itu sebagai satu ruang untuk menyerang balas, maka tampil Khairuddin Hassan mempersoalkan pula mengenai skandal Muhyiddin dengan Nika Gee [bole baca semula di SINI].
 
Sehubungan dengan itu, salah seorang penggiat media sosial aktivis politik agak bijak membaca jalan cerita kemelut dalaman parti cap ayam lambang bunga raya itu....

Iya, kita boleh bersetuju dengan pandangan bernas dan bijak ini.....  Sejak dari dulu lagi, setiap kali muncul sahaja kelibat Khairuddin Hassan membuat penampilan ianya dilihat beliau melakukannya untuk Tun Dr Mahathir.

Tidak mustahil sekiranya tekanan yang mahu diberikan terhadap Muhyiddin kali ini bertujuan untuk Ahli Parlimen Pagoh mantan Timbalan PM itu mengundur diri dan 'terpaksa' mengosongkan jawatan Presiden Parti Pribumi. Inilah proses terbaik untuk Mahathir menobatkan Mukriz Mahathir sebagai Presiden Parti Pribumi yang baru....

Anina pula dalam posting terbaru dilaman sosialnya dah mula membuat ugutan akan meledakan BOM besar untuk membogelkan pimpinan atasan parti cap ayam lambang bunga raya itu ! Boleh baca di SINI

Parti serpihan UMNO yang ditubuhkan ini belum pun berumur setahun jagung tetapi sudah semakin huru hara, semakin kacau bilau, semakin caca merba ! Inilah hukum karma buat ahlol ahlol tolol pengikut parti yang ditubuhkan hanya semata mata untuk kepentingan peribadi tiga-empat kerat pimpinan atasan mereka.

Parti cap ayam lambang bunga raya ini hanya berdiri atas pembohongan dan fitnah dengan tujuan mahu menjatuhkan YAB Dato Sri Najib Tun Razak sehingga mereka sanggup menjilat semua kahak kahak yang pernah mereka ludahkan kepada juak juak pembangkang sebelum ini. Maka inilah balasan yang sedang mereka hadapi....

Apakah kesudahan drama ini...? Berjayakah Muhyiddin digulingkan dari jawatan Presiden Pribumi ? Apakah Mahathir akan mengganas demi kepentingan peribadi politik anak kesayangannya si Boboi Mukriz...?

Najib hanya perlu makan pop corn sambil minum air lemon juice, duduk rehat dikerusi empuk dalam ruang tamu berhawa dingin dan tontonlah drama kemelut dalaman parti cap ayam lambang bunga raya ini....

Tuesday, December 27, 2016

Parti PRIBUMI Semakin Kecoh Apabila Skandal Muhyiddin - Nika Gee Jadi Bahan Cover Line Skandal SEKS Anina

Apa nak jadi...?  Apa nak jadi...?? Sampai sekarang tak selesai lagi.... APA NAK JADI ??

Beginilah nasib parti cap ayam lambang bunga raya yang ditubuhkan dengan nawaitu hendak menghancurkan keamanan negara... semakin kuat mereka membuat kerja kerja jahat, semakin huru hara mereka mendepani pelbagai masalah demi masalah, kerumitan demi kerumitan, kepayahan demi kepayahan !

Sehari dua ini semakin kuat tersebar kisah Ketua Srikandi Parti PRIBUMI cap ayam lambang bunga raya kena pecat ! Anina Saadudin baru tahu langit itu tinggi apabila menerima hukuman dari parti pilihannya akibat dari tersebar meluasnya kisah skandal SEKS yang membabitkan dirinya sendiri. [baca di SINI, dan di SINI]

Namun begitu, Setiausaha Agung parti cap ayam lambang bunga raya itu, Datuk Shahrudin Md Salleh telah  menafikan jawatan Ketua Srikandi itu milik Anina, katanya belum ditubuhkan sayap Srikandi maka tidak timbul soal Anina dipecat dari jawatan tersebut.

Berang dengan tindakan dan hukuman yang dikenakan, Anina menerusi Khairuddin Hassan telah mengungkit isu skandal SEKS Presiden parti cap ayam lambang bunga raya, Tan Sri Muhyiddin yang dikatakan ada hubungan sulit dengan Dato Nika Gee sehingga berlaku proses penceraian dengan suaminya Dato Stanley Clement Augustine....
 
Desakan oleh Khairuddin anda boleh baca di SINI

Anda anda semua fikirkanlah sendiri.... apakah ini parti pilihan rakyat ? Sejak ditubuhkan sehingga ke hari ini juak juak penganut parti cap ayam lambang bunga raya ini hanya masih ditakuk lama, tak mampu selsai masalah dalaman parti.

Bagaimana mungkin parti ini mampu menjadi peneraju utama untuk mentadbir sebuah kerajaan ? Sedang mereka bersungguh sungguh saban hari siang dan malam menyerang dengan pelbagai fitnah dan adu dumba terhadap Datuk Sri Najib dan kerajaan BN, tetapi sebaliknya dikalangan mereka sesama sendiri pun terpalit dengan bermacam macam masalah !

Hukum Karma itulah istilah tepat buat juak juak parti cap ayam lambang bunga raya ini... ketika mereka kununnya cuba membuka dan mendedahkan aib Najib, rupa rupanya dikalangan mereka sendiri terlondeh terbogel pelbagai kisah yang lebih memalukan....

Kisah skandal seks punca Anina dipecat kini terpaksa membabitkan pula kisah skandal Muhyidin dengan Nika Gee sebagai 'barter-trade'.

Monday, December 26, 2016

Tahun 2016 Tinggal Beberapa Hari Lagi.... Najib Tetap Dengan NO RETREAT NO SURRENDER !

Akan sentiasa segar dalam ingatan Blogger MIK pesanan dibuat oleh Ustaz Syamsul Debat sewaktu berucap di PAU 2016 baru baru ini. Beliau menyebut mengenai 3 perkara tanda tanda orang yang beriman.
Pertama :  Taat Kepada Allah
Kedua    :  Jauhkan dari perkara perkara haram
Ketiga   :   Berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat kepada kita

Merujuk secara khusus kepada ciri yang ketiga, memang tidak dapat dinafikan bahawa batang tubuh Datuk Sri Najib Tun Razak sudah lunyai dilanyak, dihentam, dengan segala macam fitnah adu dumba oleh musuh mush politik yang mahu menjatuhkannya!

Lunyai pada dasarnya sahaja, tetapi secara nyata Najib masih tetap utuh dan belum goyah lagi... Episod menyerang dan memfitnah Najib bermula sejak tahun 2009 lagi, malah sewaktu masih Timbalan Perdana Menteri pelbagai pembohongan telah dilancarkan keatasnya.

Bermula dengan pembohongan kisah pembunuhan Altantuya sehinggalah ke hari ini, kisah 1MDB serta dana 2.6 Bilion menjada zikir juak juak Pembangkang dan juga juak juak bekas UMNO yang kini menganuti ajaran sesat Pembangkang.

Namun begitu, pendirian Najib tetap tidak mahu menyerang secara peribadi mana mana musuh politiknya. Ini sungguh bertepatan dengan ungkapan "berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat kepada kita".

Kata Najib baru baru ini "Saya memilih untuk berjiwa besar, menasihat dan menegur secara yang baik, bukannya menghentam badan tubuh secara peribadi, tetapi mengkiritik pada perbuatannya".
Semoga kata kata hikmah dari Najib ini akan dapat difahami dengan baik oleh mana mana juak juak bekas UMNO yang menjulang perjuangan Tun Dr M bersama sama Muhyiddin dan Mukriz !

Janganlah membuang masa dan menambah dosa dosa kering menabur fitnah menyebarkan segala macam berita palsu semata mata mahu menjatuhkan Perdana Menteri. Tak perlulah menjadi seperti kerbau dicucuk hidung, hanya sanggup menjadi pengikut yang bodoh membuta tuli sahaja. Padahal agenda sebenar dalam benak fikiran Mahathir, Muhyiddin dan Mukriz bukanlah mahu membela rakyat, tetapi untuk kelangsungan politik peribadi masing masing....

Konsep WALAK yang dilaung-laungkan oleh Najib selaku YAB Presiden UMNO pada PAU 2016 dapat kita lihat dengan jelas pada diri Najib sendiri. Beliau tak pernah sekali pun berganjak daripada sifat taat setia kepada pemimpin....

Iya, dikala Tun Dr M masih lagi Presiden UMNO dan Perdana Menteri telah terbukti beberapa kali Najib taat setia kepada pemimpin. Apabila UMNO diharamkan pada tahun 1987, kita semua masih ingat lagi keputusan Najib membuat keputusan samada mahu sertai Team A atau Team B akan menjadi penentu siapakah bakal menang jawatan Presiden diantara Ku Li dengan Mahathir. Najib memilih untuk menyokong Mahathir....

Apabila tercetusnya krisis kepimpinan tahun 1998 dengan pemecatan Anwar Ibrahim, walaupun dilihat Najib sebagai 'orang Anwar Team Wawasan' anak kelahiran Pekan Pahang ini tetap taat setia kepada Mahathir. Hari ini, Mahathir jilat kahaknya sendiri pergi "menyembah" Anwar untuk bersekongkol menentang Najib !

Manakala menjelang berlakunya EXIT PLAN tahun 2003 iaitu Peralihan Kuasa sewaktu Mahathir melepaskan jawatannya sebagai Presiden dan Perdana Menteri, secara sifir mudah pemerhati politik melihat Najib sebagai "pengganti" yang paling layak. Namun begitu apabila keputusan Mahathir memilih Tun Abdullah Badawi, kita masih saksikan Najib kekal taat setia....

Secara logik akal jika kita melihat cara mengganasnya Mahathir menyerang Najib sehingga sanggup sanggup bersekongkol dengan juak juak Chauvanist DAP, sudah tentulah hati kita menjadi sedih dan pilu ! Cara ganas Mahathir memang cara robust, No Mercy !

Apakah Mahathir sedang makan kata katanya sendiri Melayu Mudah Lupa, ianya sekarang lebih tepat disebut Mahathir Memang Mudah Sangat Lupa.... Lupa kepada semua perkara  baik yang pernah disempurnakan oleh Najib kepadanya.

Pada tahun 2009 apabila berlakunya Pemilihan Agung UMNO, untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO berlangsung pertandingan 3 penjuru diantara Khairy Jamaluddin, Mukriz Mahathir dan Khir Toyo. Walaupun Mukriz tewas namun Najib membuat keputusan melantik anak kesayangan Mahathir itu sebagai Timbalan Menteri MITI. Khairy yang menang jawatan Ketua Pemuda tidak dilantik....

Apabila datangnya PRU ke 13, Mukriz ditukarkan dari kerusi Parlimen kepada DUN di negeri Kedah dan dinamakan sebagai calon MB sekiranya BN menang. Iya dengan izin Allah kemenangan berpihak kepada BN yang dipimpin oleh UMNO, maka secara rasminya anak kesayangan Mahathir dinobatkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru...

Keputusan Najib untuk menggantikan MB Kedah adalah haknya. Selaku Jeneral, beliau layak memilih siapa jentera yang boleh membantunya melaksanakan tugas mentadbir negara. Sudah tentulah Mukriz yang memilih untuk menongkah arus terpaksa diketepikan, malah keputusan seperti ini memang biasa dilakukan oleh Mahathir sendiri sewaktu beliau bergelar Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Kalau hendak diceritakan semula siapa pernah jadi mangsa pemecatan Mahathir panjang senarainya...

Oleh itu kepada mana mana penjilat tegar parti Bunga Raya, tak perlulah beria-ia sangat mahu menyerang Najib dan UMNO. Pergilah gali dan cari apa punca sebenar pimpinan atasan parti Bunga Raya menyerang Najib..? Apakah ianya merupakan satu 'perjuangan untuk kepentingan rakyat' atau pun untuk 'memenuhi cita cita peribadi' masing masing...?  Kesemua pimpinan atasan mereka sebenarnya kecewa kerana gagal mendapatkan 'permintaan peribadi' maka berkeputusan meninggalkan UMNO dan menyokong Mahathir, Muhyiddin dan Mukriz.

Janganlah nanti menang sorak tetapi kampung dah tergadai.... Beria-ia sangat bersekongkol dengan juak juak DAP akhirnya nanti menjadi pengemis dibumi sendiri, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang !

Jangan kita lupa apa yang berlaku di negeri Perak tahun 2008 selama 8 bulan apabila diperintah oleh DAP yang mengkudakan Menteri Besar Bahgal PAS !

Sunday, December 25, 2016

Jamal Yunos TAK Pernah Ganggu Rumahtangga Orang.... Siti Nurhaliza Pernah Rampas Suami Orang !

Dihari minggu begini rasanya kalau dimuatnaik cerita cerita politik mungkin kurang pembaca kerana masing masing mahu merehatkan minda sedang bercuti apatah lagi 'its a long weekend' waktu sesuai bersantai bersama famili tersayang....

Eloklah kalau disajikan kisah artis yang terjebak dengan perang media siber politik kerana gatal tangan hendak mengkritik isu politik ! Tambahan pula artis yang dimaksudkan ini merupakan Artis Nombor SATU Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Siti nak tunjuk pandai.... tapi sayangnya tak kena pada tempatnya! Kalau berbicara bab dunia hiburan memang tak dinafikan beliau layak bertaraf MENTOR malah terbukti apabila sering diberikan penghormatan menjadi pengkritik dalam beberapa rancangan realiti TV tanahair. Ini belum diambil kira bersusun-susun trofi anugerah yang beliau pernah menang sejak tahun 1997.

Tindakan bodoh Siti Nurhaliza yang membuat kritikan terhadap Dato Sri Jamal Yunos dalam isu krisis bekalan air di negeri Selangor telah mengundang reaksi panas dikalangan penyokong Jamal. Maka timbullah segala macam komen komen negatif yang dilontarkan kepada Siti... Beliau sendiri yang mencari penyakit !

Persoalan samada Siti Nurhaliza ini spesis MANDUL juga disebutkan oleh penyokong tegar Dato Sri Jamal. Itulah harga yang perlu dibayar oleh Siti gara gara mahu menyibuk hal politik tanahair....

Kesian sungguh nasib Siti. Terdapat seorang penggiat media sosial turut sama mahu memberikan ingatan kepada Penyanyi Nombor SATU Malaysia ini mengenai kisah silamnya sewaktu mahu mendirikan rumahtangganya dengan Datuk K !

Maksudnya Siti tak perlulah hendak menasihatkan orang ramai Jangan Jadi Macam Jamal... Tetapi sebaliknya orang ramai juga Jangan Jadi Macam Siti.... JANGAN RAMPAS SUAMI ORANG !

Semoga Siti Nurhaliza akan muhasabah diri sendiri, satu jari tunjuk kepada orang lain, ada empat jari lagi akan tunjuk pada diri sendiri....

Friday, December 23, 2016

UMNO Selangor Ada 22 Ketua Bahagian, 12 ADUN TETAPI Hanya Ada SATU Jamal....!


Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...

Peribahasa lama ini sebagai Mukadimah artikel Blog MIK kali ini. Melihatkan senario politik yang berlaku di Selangor mutakhir ini, tidak dapat dinafikan nama Jamal Sekinchan semakin fofular dan beberapa tingkah lakunya sudahpun menjadi VIRAL !

Dato Sri Jamal Md Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar kini menjadi ikon UMNO di Selangor. Sebelum ini beliau lebih dikenali sebagai Jamal Sekinchan dimana ketika itu Restoran Sekinchan Ikan Bakar menjadi 'femez' berjaya membuka lebih 20 cawangan di kawasan Lembah Klang.

Peranan dan watak yang dibawa oleh Dato Sri Jamal dilihat sudah berjaya mencetuskan kerisauan dan kebimbangan dikalangan juak juak PKR, DAP, dan PAN khususnya di Selangor. Continue Effort itulah sebenarnya kita lihat pada batang tubuh Jamal yang membuat kerja tanpa henti dengan tujuan memberikan tekanan kepada juak juak Pembangkang ! Tahniah....

Dikala rakyat seolah-olah mahu mengiktirafkan perhimpunan haram jadah BERSIH yang semakin melampau masuk ke siri 5, hanya seorang sahaja wakil pimpinan UMNO yang berani Walk The Talk, siapa lagi kalau bukan Dato Sri Jamal...

Jamal mengepalai gerakan Baju Merah dan bersedia menjadi benteng kepada keamanan tanahair tidak mahu mengizinkan walaupun seinci juak juak Bersih membuat huru hara. Walaupun terpaksa bermalam di lokap namun bagi dirinya Jamal anggap itu semua sebagai asam garam perjuangan dan harga yang perlu dibayar dalam erti pengorbanan untuk berjuang!

Tindakan berani Jamal cuba sedaya upaya membentes apa sahaja program berkaitan perhimpunan haram jadah Bersih menyaksikan beliau juga pernah dicederakan dalam satu insiden 'hidung berdarah'.

Apabila terbongkarnya kisah kekayaan luar biasa Ketua AMK Ampang, Adam Rosly yang memiliki banglo Disneyland serta beberapa buah kereta import yang mewah, Jamal telah mempelawa wartawan menaiki Helikopter untuk meninjau harta kemewahan anak muda berusia 28 tahun itu dari udara. Ini mengundang kemarahan Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraidah Kamaruddin yang semakin rimas dengan setiap "move" Jamal !

Beberapa hari yang lalu, Jamal menggegarkan politik tanahair apabila memakai pakaian mandi iaitu kain tuala dengan membawa gayung, berus gigi ke Pejabat SUK di Shah Alam. Walaupun ada yang menganggap itu semua kerja bodoh, tetapi sebenarnya tindakan Jamal telah berjaya menyampaikan mesej kemarahan rakyat Selangor kepada pimpinan Menteri Besar bahawa krisis ketiadaan air masalah serius untuk rakyat !

Blogger MIK berpendirian tindakan berani Jamal ini sebenarnya satu kejayaan menyampaikan mesej yang tepat kepada Dato Seri Azmin Ali... Kita kena berlaku jujur pada diri sendiri dan jangan hipokrit. Apabila rakyat tidak menerima bekalan air melebihi 3 hari, sudah pastilah kita mengalami pelbagai kesulitan untuk mandi, buang air, memasak dan sebagainya. Sudah pasti kita akan menjadi marah dan mula sumpah seranah cuma kemarahan kita tidak sampai kepada MB Selangor....

Tindakan Jamal sebenarnya menerima 'recognition' daripada juak juak DAP. Ini amat memeranjatkan kerana mereka tidak mengkritik apa yang dibuat oleh Jamal... Mereka begitu teliti melihat insiden ini dalam perspektif politik dan respon rakyat khususnya pengundi di Selangor. Oleh itu diharap Siti Nurhaliza tak perlulah nak memandai-mandai membuat komen yang bangang....!

Sebagai bukti untuk anda anda semua membaca pengiktirafan yang diberikan oleh DAP terhadap tindakan Jamal membuat kecoh di Pejabat SUK untuk tumpang mandi, anda boleh KLIK DI SINI.

Kejayaan tindakan Dato Sri Jamal telah membuatkan MB Selangor menjadi 'panas' ini terbukti apabila Sekin Resort miliknya terpaksa dirobohkan dengan serta merta oleh kerajaan negeri Selangor.... Disini dapatlah kita saksikan bagaimana marahnya Azmin Ali sehingga sanggup berlaku kejam !

Demikianlah kisahnya mengenai Dato Sri Jamal yang berjaya membuat huru hara dan kini beliau seolah-olah menjadi batu penghalang kepada apa sahaja tindakan juak juak Pembangkang.

Alangkah baiknya jika didalam kepimpinan UMNO Selangor ada lebih ramai lagi "Jamal" supaya kerajaan negeri Selangor tidak akan berasa selesa dan rakyat yang akan mengundi pada PRU ke 14 nanti akan berpeluang menyaksikan lebih banyak kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan Azmin Ali...

Kita harus melihat produk Pembangkang yang memiliki beberapa individu yang sentiasa membuat huru hara dan mengganggu pentadbiran Datuk Sri Najib. Mereka ada Rafizi, Khalid Samad, Tein Chua, Saifuddin Nasution, Mahfuz Omar, Nik Nazmi, Shamsul Iskandar, Latheefa Koya.

PRU ke 14 semakin hampir, UMNO Selangor kenalah menjadi lebih OFENSIF dan bukanlah DEFENSIF ! The best way to defend is ATTACK !! Malah pada penggulungan ucapan YAB Presiden UMNO pada PAU 2016 juga menyeru jentera dan pimpinan lebih menyerang dan bukan bertahan...

Oleh itu UMNO Selangor perlu ada lebih ramai "Jamal" yang boleh turun padang, boleh bawa penyokong sendiri untuk turun padang, berkebolehan untuk 'spin issue', berani membuat pendedahan dan beberapa lagi kaedah yang bolh bikin juak juak PKR, DAP dan PAN menjadi rimas dan panas !

Kalau nak menang kenalah buat kerja cara seperti mahukan kemenangan... cukup-cukuplah pimpinan UMNO Selangor rancak dimedia sosial dengan hanya upload foto foto makan sana, makan sini, cuti sana cuti sini.

Kita mahukan lebih ramai JAMAL di Selangor !!

Thursday, December 22, 2016

Letih Tun Dr M Serang Najib.... Penat Rafizi Berbohong... Namun Najib Tetap STEADY !

Masih segar dalam ingatan kita dialog yang diucapkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee berbunyi "Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia..? Kan lebih baik kau dijadikan haiwan...".

Iya, itulah bait bait kata kata yang fofular adegan di tanah perkuburan filem tahun 1962 bertajuk 'Ibu Mertuaku' menyaksikan dua watak diantara Kassim Selamat lakonan P Ramlee dengan Nyonya Mansoor lakonan Mak Dara.

Pernah suatu ketika pemerhati politik tanahair umpamakan hubungan Tun Dr Mahathir dengan Datuk Sri Najib seperti ayah dengan anak. Namun hari ini, cara mengganas Tun M menyerang Najib seperti orang yang sudah hilang pertimbangan! Saban hari kerja Tun M hanya mahu bercerita yang buruk mengenai YAB PM walaupun terpaksa mengunakan fakta yang tidak betul....

Mutakhir ini, serangan silih berganti Mahathir bersama Rafizi seolah olah kita menyaksikan perlawanan badminton pasangan bergu menentang pemain perseorangan, Rafizi berpasangan Mahathir menentang Najib bersendirian sahaja...  Pasangan bergu itu melakukan semua jenis serangan pukulan ke baseline, pukulan smash, drop shot namun Najib tetap steady masih belum lagi ditewaskan !

Lihatlah sendiri, pada usia Tun Dr M menghampiri satu abad, beliau sanggup kesana kemari untuk memburuk-burukkan nama Najib. Malah sanggup menjilat kahaknya yang pernah dia ludah kepada juak juak Chauvanist DAP! Diwaktu yang sama Rafizi pula terus menjalankan tugasnya menghasut rakyat dengan segala macam pembohongan untuk menabur fitnah keatas Najib...

Agaknya Rafizi bengang apabila sewaktu penggulungan ucapan Najib pada PAU 2016 mendedahkan video klip pengakuan Rafizi menghasut rakyat membenci kerajaan BN, maka Ahli Parlimen Pandan ini cuba sedaya upaya memutar belitkan isu MRT kononnya kos sebenar bukanlah RM21 Bilion, kerana mengikut kiraan Rafizi sudah mencecah RM120 Bilion.

Rafizi tanpa usul periksa fakta telah membuat andaian bahawa Fasa pertama yang telah siap adalah 21 km dan jarak sepenuh sehingga selesai Fasa ke 2 adalah 141 km, masih berbaki 120 km. Beliau menganggarkan kos MRT ini adalah RM1 Bilion setiap km, maka mengikut kiraannya kos sebenar adalah RM120 Bilion. Dengan selamba juga Rafizi menuduh Najib telah berbohong mengenai kos keseluruhan projek MRT ini.

Kesian Rafizi apabila kenyataan bodohnya dipatah-patahkan dengan mudah oleh kenyataan rasmi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd [MRT Corp Sdn Bhd].

Gandingan Rafizi-Mahathir nampaknya tak ubah seperti kerja anjing anjing menyalak bukit ! Kerja yang sia sia sebab rakyat semakin muak dengan pelbagai tohmahan dan fitnah keatas Najib...

Benarlah kata Ustaz Syamsul Debat sewaktu berucap pada PAU 2016 tempoh hari....
"Orang balun YAB Presiden UMNO nie macam macam..! Dia macam tu jer [selamba]. Handal...[ditujukan kepada Najib] ". Saksikan video klip pada minit ke 11 di SINI

Apa yang dimakasudkan oleh Ustaz Syamsul itu ketika beliau sedang mengulas mengenai "Tanda Tanda Orang Yang Beriman..." ada 3 perkara;
Pertama : Taat Kepada Allah
Kedua   :  Jauhkan dari perkara perkara haram
Ketiga   :  Berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat kepada kita [Kata Ustaz Syamsul, Najib tetap cool walaupun teruk dibalun musuh politik]

Rakyat boleh menilai sendiri.... Kita boleh berfikir secara waras !

Datuk Sri Najib tetap fokus dengan tugas dan kerjanya. Beliau sebenarnya bijak menjawab segala macam kritikan dan fitnah dari Rafizi dan Mahathir dengan terus menunjukkan prestasi sebagai Perdana Menteri yang membuat kerja.

Selain daripada terhasilnya MRT yang baru siap, Najib berjaya melaksanakan pelbagai lagi kerja kerja berpaksikan rakyat seperti merasmikan PAN Borneo Highway untuk rakyat di Sarawak dan Sabah. Kemudian Jambatan Batang Sadong pula dirasmikan juga untuk penggunaan rakyat. Banyak lagi hasil kerja kerajaan pimpinan Najib dapat dilihat keberhasilannya dalam masa 6 tahun ini.

Demikianlah cerdiknya Najib... beliau telah berjaya menempelak Rafizi dan Mahathir, maksudnya Najib menjawab segala cercaan dengan bukti hasil kerjanya !

Rafizi dengan Mahathir boleh teruskanlah menambah dosa mereka dengan berbohong dan memfitnah, semoga kedua kedua mereka faham akan dialog Kassim Selamat kepada Nyonya Mansoor diatas tadi....

Tuesday, December 6, 2016

Pasca PAU 2016 - Penggulungan Hisham H20 Menjelaskan Lebih Lagi Konsep WALAK


Selesai sudah PAU 2016 yang melabuhkan tirainya pada petang 3hb Disember 2016 di Dewan Merdeka PWTC......

Kini hanya tinggal seorang sahaja Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein setelah Datuk Seri Zahid Hamidi kini menggalas tugas Timbalan Presiden, manakala Shafie Afdal pula sudah pun membawa parti baru di Sabah.

Tumpuan sememangnya diberikan kepada penggulungan yang dibuat oleh Hisham kerana kita pasti mahu dengar denyut nadi dan isi hatinya sebagai pejuang parti yang kini keseorangan dalam jawatan yang sebelum ini dikenali sebagai Gang 3 Beradik !

Naib Presiden dari Sembrong ini melahirkan rasa syukurnya kerana PAU 2016 masih meriah walaupun pelbagai dugaan yang melanda parti keramat ini dengan pemergian dua pimpinan utama sebelum ini. Beliau menyifatkan perhimpunan kali ini seperti menghimpunkan pejuang pejuang dan jentera parti yang 'sudah kita filter' bermakna hati dan jiwa mereka mahu terus bersama UMNO !

Berkongsi cerita bersama para perwakilan, Hisham sebenarnya diberikan satu 'tasking' yang amat berat untuk merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian Sempoerna. Tetapi dengan kekuatan yang beliau miliki, Alhamdulillah atas semangat kental yang ditunjukkan oleh keluarga UMNO Semporna, Hisham berjaya laksanakan tugasnya dengan baik....

Bukan mudah untuk beliau masuk kedalam kubu kuat Datuk Sri Shafie Afdal, namun segala-galanya dipermudahkan oleh Allah swt apabila jauh didalam hati Hisham, beliau pikul tugas ini demi kerana Aa Ba Ta ! Beliau yang sememangnya kental dengan semangat setiakawan telah membacakan sajak bertajuk "Korban Hang Tuah", dimana isi kandungannya seolah-olah ditujukan buat Shafie Afdal.

Sebagai Naib Presiden yang menggalas tugas sebagai Menteri Pertahanan, Hisham dilihat bijak menggunakan pentas PAU 2016 untuk menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua perajurit tanahair yang bekerja kuat mempertahankan keselematan negara kita.....

Yang jelas pada wajah dan watak Hisham, beliau sememangnya contoh terbaik konsep Walak yang menterjemahkan akan maksud setia kepada pmimpin. Berulang kali beliau mahukan semua perwakilan menzahirkan kesetaiaan sepenuhnya kepada kepimpinan YAB Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Lebih manis lagi Hisham menyerus perwakilan memberikan sepenuhnya komitmen dan kerjasama kepada Zahid Hamidi yang telah diberikan mandat membantu Presiden dengan menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO. Cantik molek semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh Hisham H20 !

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

TEPAT Sungguh Teguran Rizal Mansor Terhadap Tun Dr M Yang Semakin Jahil Bersama DAP

Kita hanya mampu berdoa kehadrat Allah swt agar Tun Dr M sempat bertaubat sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.....

Sekiranya mahu bersekongkol dengan juak juak chauvanist anti melayu islam DAP, itu pilihan hati Tun Dr M sendiri, kita hanya mampu menyaksikan gelagat bangangnya dengan hati yang sedih, itu sahaja ! Tetapi apabila beliau terlalu mahu menunjukkan dirinya lebih DAP dari DAP, maka tidak mustahil apa yang keluar dari mulutnya merupakan kata kata yang membinasakan dirinya sendiri.

Memanglah wajar selaku Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menempelak tindakan Tun Dr M yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. Tun Dr M panas telinga apabila dalam ucapan penggulungan Zahid Hamidi, beliau menggambarkan Datuk Sri Najib sebagai insan terpilih oleh Allah swt untuk memimpin UMNO dan mentadbir negara ini.

Mahathir yang ketika itu menyertai majlis DAP panas telinga dan mula mahu menjadikan Najib sebagai bahan lawak dengan melontarkan persoalan menyamakan Najib dengan Nabi Muhammad s.a.w. Mantan PM itu memberikan soalan soalan bodoh seperti bertanyakan apakah Rasulullah s.a.w ada menyimpan wang sebanyak RM2.6 bilion, adakah zaman Rasulullah s.a.w sudah ujud 1MDB...?

Betullah kata kata Jepp Sepah, 'biarlah muka nampak bodoh tapi jangan akal tu benar benar bodoh.." . Inilah masalah dengan Tun Dr M apabila mempamerkan kebodohan dirinya dalam hal agama islam, lebih memalukan lagi ianya dihadapan juak juak chauvanist DAP !

“Apabila berada bersama DAP beliau perlu menunjukkan yang beliau lebih DAP daripada DAP sehingga sanggup memperlekehkan nabi sendiri,” katan Datuk Rizal Mansor di laman facebook miliknya.

Beliau berkata tindakan Dr Mahathir itu berbeza pada 2013 apabila bekas perdana menteri meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat pemberian sejuta kewarganegaraan kepada warga asing sebelum merdeka.
Kalau ikut sejarah Tun Dr Mahathir, ini bukan kali pertama beliau menghina Rasulullah SAW. Pada tahun 1997 Tun Dr Mahathir pernah memperlekehkan janggut Rasulullah SAW dengan berkata:
1. Siapa tahu janggut Nabi macam mana?
2. Siapa biasa tengok janggut Nabi, ada gambar?
3. Di zaman tu dia bukan ada Gillette.
4. Pisau cukur pun tiada zaman tu, jadi macam mana nak cukur. Naik unta sana sana sini. Bukan boleh dapat air di padang pasir.

Oleh kerana keceluparan kata-kata Tun Dr Mahathir itulah membuatkan Barisan Nasional (BN) kehilangan kerusi Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 1998.

Jadi tidak hairanlah Tun Dr Mahathir apabila berada bersama DAP beliau perlu menunjukkan yang beliau lebih DAP dari DAP sehingga sanggup memperlekehkan Junjungan Besar Rasulullah SAW sendiri.

Saturday, December 3, 2016

PAU 2016 - Tahniah Hisham H20 !

Sebaik sahaja selesai Ucapan Dasar YAB Presiden UMNO Datuk Sri Najib Tun Razak membuka tirai PAU 2016‎, kita semua semakin sinonim dengar perkataan Walak yang sering diungkapkan menerusi amanat yang disampaikan.

Sehari sebelum itu, sewaktu Datuk Seri Zahid Hamidi merasmikan PAU 2016 untuk ketiga tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri perkataan Walak juga sudah kedengaran didalam Dewan Merdeka PWTC.

‎Terdapat tujuh kali pengulangan kata 'walak' yang konsisten digandingkan dengan kata 'kesetiaan' dalam ucapan Najib itu.

Bahkan, Najib yang memasuki tahun kelapan sebagai Presiden UMNO menghuraikan tafsiran berkenaan prinsip walak yang baginya membawa maksud "nilai-nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai'ah yang wajib diberikan kepada seseorang khalifah."

"Dalam konteks Umno, kepada Presidennya, manakala dalam konteks kerajaan pula, kepada Perdana Menteri," katanya dipetik daripada lapan muka surat amanat itu.

Mengaitkan hal tersebut sebagai apa yang dianjurkan oleh ulama, Najib yang juga Menteri Kewangan itu berkata, Walak sebenarnya merangkumi institusi keresidenan atau keperdana menterian yang disandang oleh seseorang.

Beliau berpendapat amalan prinsip dan falsafah walak jelas terpancar dalam apa yang dianggapnya tradisi mulia Umno walaupun parti berusia tujuh dekad itu melalui pelbagai rintangan.

Najib juga mendakwa walak dan kesetiaan diamalkannya selaku Timbalan Presiden Umno turut terbukti pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam membicarakan soal Walak, watak Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein boleh dijadikan sebagai salah satu contoh yang paling baik !

Hisham memberikan komitmen dengan ikrar taat setia bersama YAB Presiden UMNO Datuk Sri Najib Tun Razak. Mengimbau sejarah apabila berlaku krisis kepimpinan dalam parti, Hisham sudah lama mengamalkan konsep Walak yang disebut-sebutkan oleh Najib.

Ketika krisis kepimpinan tahun 1998, Hisham memikul tugas berat memangku tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO. Pada waktu yang sama beliau bekerja keras membina kekuatan Pemuda UMNO dimana akhirnya sayap UMNO itu kembali GAH !

Prinsip Hisham yang tidak pernah lari meninggalkan parti jelas membuktikan sikap kesetiaannya pada parti. Oleh itu ikrar beliau akan tetap bersama YAB Datuk Sri Najib mendepani segala kritikan terhadap parti sangatlah tepat pada waktunya.

Semangat SOLIDARITI Hisham memang tulen dan benar.Beliau taat kepada displin parti dan faham akan maksud kesetiaan kepada pucuk pimpinan. Dikala waktu Najib diserang, dihina, difitnah sebegitu dahsyat oleh juak juak yang kini mengkhianati parti UMNO, Hisham menjalankan tugas-tugasnya sebagai Naib Presiden mempastikan ‎jentera parti fokus pada tugas memantapkan UMNO.

Pentas PAU 2016 yang diramalkan suram dan bakal diganggu gugat oleh juak juak yang meninggalkan UMNO ternyata tidak berlaku. Sebaliknya kemeriahan PAU 2016 dengan kelancaran perjalanan acara perbahasan dikalangan perwakilan harus diberikan kredit kepada kerja kuat Hisham yang mengetuai Jawatankuasa Usul PAU 2016.

Inilah hasilnya apabila ada pimpinan UMNO seperti Hishamuddin Tun Hussein yang fokus kepada tanggungjawab mendahulukan parti dan bukan kepentingan diri sendiri.‎ Biarpun pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk menjahanamkan nama baik Najib dengan bermacam macam fitnah adu dumba, namun yang penting adalah prinsip Walak Hisham mendorongnya lebih fokus pada tugasan bukannya melayan segala karenah agen agen Pembangkang yang boleh menghancurkan parti.

Menzahirkan apa yang dimaksudkan Walak, jelaslah Hisham adalah salah satu contoh terbaik apa yang mahu disampaikan oleh YAB Presiden UMNO dalam ucapan dasar perasmian PAU 2016.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Friday, December 2, 2016

PAU 2016 - Semboyan Perang Kak Ijat Ibarat Kisah Tun Fatimah....

Mengulas PAU 2016 Pergerakan Wanita UMNO kelmarin, aura Ketua Wanita Tan Sri Datuk Seri Shahrizat Jalil umpama mengimbau kisah serikandi sejarah yang terkenal, Tun Fatibmah.

Mengetuai sayap Wanita UMNO, Kak Ijat tegas dan bersungguh sungguh meniup bara semangat perjuangan kepada kesemua jentera Wanita. Ramai yang meramalkan PAU 2016 merupakan persidangan parti yang terakhir menjelang Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14).

Dalam persidangan sehari suntuk berlangsung di PWTC, Kak Ijat membawa beberapa wadah dan membakar semangat juang kaum ibu untuk bersiap siaga mendepani PRU ke 14. Dimulai dengan TAGLINE "Salam 30 Peratus", gegak gempita dewan persidangan mahukan pucuk pimpinan UMNO menzahirkan penglibatan sayap Wanita sebanyak 30 peratus‎ dalam segenap dan segala urusan kerajaaan khususnya bidang ekonomi.

Menyahut desakan kaum Wanita UMNO itu, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri yang turut hadir sama sebagai wakil Majlis Pimpinan Tertinggi UMNO terus membuat pengumuman...

Beliau mengumumkan dana sebanyak RM30 juta ‎bagi membantu usahawan wanita  akan disalurkan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Sementara itu, Ismail Sabri berkata untuk pembinaan premis MARA baharu, 30 peratus ruang niaga akan diperuntukan untuk usahawan wanita.

Hebat Kak Ijat ! Cuma perlu sebut, rezeki datang bergolek untuk kaum wanita...

Pada persidangan itu juga, Ketua Wanita UMNO itu juga tegas mahukan jentera wanita mengekalkan prestasi cemerlang sewaktu bertugas pada PRU sepertimana biasa sayap ini pernah buktikan. 

Desakan mengenai memperkasakan undang undang Syariah agar nasib kaum ibu akan terbela dengan lebih baik mendapat sokongan kuat semua perwakilan. 

Kritikan Kak Ijat mengenai juak juak yang mengkhinati UMNO kini bersekongkol dengan Pembangkang menyerang Presiden parti juga berjaya dikupas dengan cara yang sangat professional. Ibarat menarik tepung dalam rambut, tepung tidak berselerak, rambut pula tidak putus.

Bukan mudah dan bukannya senang hendak memimpin sesuatu pasukan pergi berjuang ketika waktu parti sedang diasak habis-habisan... Namun aura kepimpinan Kak Ijat terserlah beliau fokus kepada gerak kerja membantu YAB Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Kesediaan dan mempersiap siagakan jentera perang sayap Wanita yang akan diketuai oleh Tan Sri Shahrizat dapat dirasai bahangnya sewaktu majlis penutup persidangan. Ikrar jentera sayap itu bakal menyaksikan UMNO mampu bertahan dengan beroleh kemenangan pada PRU ke 14, In Syaa Allah !

Tahniah Kak Ijat !


Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.