Monday, January 30, 2017

Adakah Siti Nurhaliza Akan Terus Sokong Mahathir Setelah Terbukti Negara Kerugian Besar Akibat Skandal BMF, Maminco Dan FOREX ?

Pembuka bicara posting Blog MIK kali ini merujuk kepada kisah ayam, sempena tahun ini tahun ayam mengikut sambutan GONG XI FA CAI 2017. Chinese New Year 2017 Year Of The Rooster !

Mengikut kepercayaan sahabat sahabat kaum Tionghua, tahun 2017 seharusnya membawa ONG yang lebih baik, tuah pada ayam katanya.... Membuka tirai 2017 nampaknya Tun Dr Mahathir dah menerima BALA secara hatrick, 3 kali berturut-turut terlondeh dan dibogelkan semua dosa dosa Mahathir menyebabkan negara kita kerugian berbilion-bilion ringgit sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Mungkin akan ada lagi pembongkaran berserta bukti untuk rakyat Malaysia lihat sendiri siapa sebenarnya Bapak Penyamun, gelaran yang pernah diberikan kepada Mahathir oleh Mat Sabu...
 
Apabila satu jari kita menuding kepada orang akan ada empat jari lain menunjuk kepada diri sendiri. Satu jari Mahathir tunjuk kepada Najib, akan ada empat jari menunjuk kepadanya... BMF, Maminco, BNM baru ada 3, barang kali mungkin akan ada satu lagi pendedahan penyelewengan zaman Mahathir akan dibongkar tak lama lagi..?

Kalau mengikut kepercayaan orang cina tahun ayam [year of the rooster] membawa tuah tapi kesiannya Mahathir pula menerima padah ! Nasib Tun Dr M yang sibuk menyalak kesana kemari memfitnah Najib ibarat, Ayam Berkokok Berderai derai Tapi Ekor Bergelumang Tahi ! Carilah maksud peribahasa tersebut... memang tepat dengan perangai Mahathir.

Lihatlah jadual berinformasi diatas ini.....

Ini bukan soal mahu sokong Najib atau sokong Tun Dr Mahathir. Ini adalah fakta kerugian wang rakyat ! Ini bukan wang datang dari Kerala India. Anda baca secara teliti, baca dan fahamkan. Anda dapat saksikan sendiri siapa sebenarnya Kepala Penyamun.

Jelas terbukti zaman Mahathir semua penyelewengan melibatkan wang besar tidak ada sebarang tindakan yang dilaksanakan. Everything sweep under the carpet bro ! Tetapi, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan daun pisang. Jika amaun kerugian melibatkan bilion bilion ringgit, lambat laun akan terbongkar juga akhirnya....

BMF, Maminco dan Bank Negara Malaysia [BNM Forex] kesemuanya ada kaitan dengan Mahathir. Itu belum lagi terlondeh kisah Perwaja, Bakun, Repco Low, pembelian Skyhwak, PLUS highway, jambatan Pulau Pinang dan ada beberapa lagi. Mungkin tahun 2017 akan didedahkan satu persatu... Pada zaman Tun Dr M jadi PM tiada media sosial. Rakyat tak berpeluang untuk menyaksikan bukti bukti penyelewengan.

Berbalik kepada peribahasa yang disebutkan diatas tadi, agak agaknya semakin kuat Mahathir berkokok semakin banyak ekornya bergelumang tahi... Ini membuatkan rakan rakan yang dahulunya musuh beliau kini menjadi rakan 'comolot' pun sudah sakit kepala.
 
Kita nantikan reaksi Lim Kit Siang yang dahulunya pernah menyalak mengenai skandal BMF. Apakah hari ini Kit Siang akan menjilat kembali kahak pekatnya dan hanya berdiam diri mengenai skandal BMF ? Padahal beliau pernah mendesak dalam Parlimen untuk diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja [RCI] bagi menyelesaikan skandal BMF yang menyaksikan seorang rakyat Malaysia mati dibunuh [baca di SINI].

Malah pada tahun 2012, juak juak DAP bersama Anwar Ibrahim juga pernah cuba mengungkit kembali skandal BNM FOREX 1992 yang melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM80 bilion. Baca sepenuhnya di SINI

Satu persatu pekong Mahathir kini terlondeh.... Najib tak perlu bersusah payah memikirkan cara kaedah mahu 'handle' meroyan Mahathir kerana ini semua KIFARAH ! Allah balas didunia secara Cash On Delivery. Najib hanya perlu fokus pada tugas mentadbir negara, mendahulukan rakyat, menepati janji, mempersiap-siagakan dan perkuatkan jentera PRU 14.

Siti Nurhaliza Pilih Yang Mana...??

16 comments:

Anonymous said...

Kerugian besar disebabkan salah strategi adàlah berbeza dengan kerugian disebabkan oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Dia tak songlap duit berbilion berbanding dgn pemimpin sekarang yg sah2 duit masuk ke akaun peribadi..Tun pun tak kisah malah menggalakkan dia disiasat dan dibicarakan kalau benar2 dia bersalah..Jangan setakat heboh kat Tv3 sahaja..

Cik Minah said...

Apa pun, saya fikir cara paling terbaik ialah adakan
satu PERDEBATAN UMUM di TV3 - 1MDB vs MBF & FOREX.
Najib lawan Tun M - LET US NOT HIDE.

Sebenarnya inilah masa yang paling sesuai bagi PM Najib
membersihkan dirinya kepada rakyat dan mendedahkan
keburukan Tun M melalui DEBAT AWAM.
Semua orang bolehnilai sendiri, asalkan Najib tak terkencing
dalam seluar bila nampak Tun M dan mintak KPN Khalid
batalkan debat atas alasan NYAWANYA TERANCAM.......hehehe.

Anonymous said...

Isu terkini x de ke tuan..isu lama dikorek..tahun brp tu? Sy lahir thn 74..mungkin zaman2 tu kot..tp x de plk rasa susah mcm zaman najib ni...

Anonymous said...

Fuck Blogger Anak Haram Pemfitnah!!!!

Anonymous said...

strategi kepala bana ko cai..
ko ingat duit dlm BNM tu bapak madey ny kerrrr...

kihkihkkih

Anonymous said...

JANGAN LUPA PENJENAYAH BMF... YANG TERSEMBUNYI SEBAGAI MUSANG BERBULU AYAM... PANDAI TUN M BUAT KERJA SEPERTI TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG, RAMBUT DITARIK TIDAK PUTUS, TEPUNG TIDAK BERSELERAK... WALAUPUN SUDAH BERPULUH TAHUN CERITA DISIMPAN NAMUN ALLAH SWT JUA MAHA BERKUASA, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. MAKA TAHUN BARU CINA TAHUN AYAM, AIB TUN M DISEBAR DI MUKA BUMI CIPTAAN ALLAH SWT. AKU SEBAGAI HAMBA ALLAH DAN RAKYAT DI MUKA BUMI INI TIDAK MENUDUH TUN M TAPI AKU BERSERAH SAJA KEPADANYA TUHAN MAHA PENCIPTA SEKELIAN ALAM. AAMIIN...

Anonymous said...

Memang susah kalau tak tahu silap perniagaan dengan songlap duit tu berbeda.

Anonymous said...

Memang susah kalau tak tahu silap perniagaan dengan songlap duit tu berbeda.

Anonymous said...

Madey dgn Najib 2x5. Bnyk pembaziran wang negara.

Anonymous said...

mintak2 dibongkar kan lagi segala kesalahan dia...

Anonymous said...

Ni lagi satu fikir dgn kepala lutut

Anonymous said...

MENYESAL betul aku dulu dok SOKONG si BETINA bangang ni! Dahlah PERAMPAS laki org; Tuhan dah balas kat lu! Patutnya SEDAQlah diri sikit - tapi tidak; makin ANGKUH!

SPRM patutnya SIASAT semua mamat2/betina2 yg. jadi KAYA RAYA akibat MENJILAT si DIKTATOR ZioNAZI (Zionis NAZI) PARASIT/PENYANGAK/PENYAMAQ/PENIPU/PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH/LANUN-madey ANAK BERANAK berIJAZAH JAMBAN JUBOQ BABI ni!

Tok Landak.

Anonymous said...

Kau keluar lubang Mak kau tahun 74. Ada kau fikir masa zaman Jepun, zaman sebelum merdeka zaman awal merdeka. Kut tak sempat ke hospital beranaklah kau tepi jalan. Susah hanya pada orang yang malas seperti kau.

Beribu pekerja asing kesini cari rezeki tak pun mereka mengadu susah. Masa cuti sahaja KL umpama negara mereka. Buat apalah mereka kesini kiranya negara ini susah. Kau adalah jenis biawak hidup. Menyusahkan negara dan bangsa.

Anonymous said...

Habis Meroyan semua haiwan peliharaan mahathir hahahahah

seluangmelaut said...

Adalah menjadi keharusan kepada bank bank pusat mengambil bahagian didalam permerdagangan mata wang asing selain dari dagangan emas sebagai pelindung kepada nilai wang tempatan. Ianya menjadi lebih perlu apabila negara mempunyai pinjaman dalam mata wang asing kerana pergerakan turun naik matawang tempatan berbanding mata wang asing akan memberi kesan kepada hutang dan keupayaan negara membayar balik hutang luar negara. Apabila bank negara mempunyai simpanan matawang asing, simpanan dalam matawang asing ini akan mengimbang sekiranya berlaku kerugian nilai matawang tempatan berbanding matawang asing.

Jadi urusan keterlibatan bank negara didalam pasaran forex adalah wajar bagi melindungi ekonomi negara. BNN telah terlibat dengan perdagangan matawang asing sudah lama dan masih terus dilakukan sehungga kini. Disamping berfungsi melindungi nilai ekonomi negara, perdagangan forex ini juga akan memberikan keuntungan ataupun kerugian dari masa ke masa mengikut pergerakan pasaran kewangan. BNM merekodkan berbillian keuntungan dan kerugian langsung disepanjang tempoh keterlibatannya didalam pasaran matawang asing, tetapi lebih utamanya adalah berbillion nilai ekonomi negara yg telah dapat dilindungi melalui aktiviti forex tersebut.

Bagaimana pula keuntungan yg dibawa oleh 1MDB?

Perlu diingat, didalam urusan perdagangan forex, tiada sejumpah duit hilang disonglap sesiapa. Tetapi sebagai perbandingan didalam kes 1MDB, berbilliar duit yg di raih melalui jualan harta negara dan pinjaman dari tabung2x rakyat hilang dicuri ...

Manakan sama kerugian BNM hendak disamakan dengan kecurian berbilliar melalui 1MBD ..