Saturday, January 7, 2017

Al Kisahnya... Haji Marlboro.


Memang lumrah kehidupan buat manusia biasa yang bukan maksum akan menerima balasan kepada apa sahaja yang dilakukan samada perbuatan itu baik atau pun jahat, cuma waktu pembalasan didunia ini sahaja tidak tentu waktunya, ada kala cepat dan ada kalanya lambat.

Disebabkan pulut santan binasa, disebabkan mulot longkang badan binasa... Itulah KARMA buat mantan PM kita Tun Dr Mahathir yang semakin galak dan berahi kesana kemari menjaja fitnah dan adu dumba dengan nawaitu mahu menggulingkan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.

Apabila semakin galak dan rancak menjaja fitnah, tidaklah mustahil untuk seseorang itu terlanjur kata kata. Tun Dr M juga semenjak kebelakangan ini sering tersilap kata dan terlanjur tutur bahasanya. Dengan penuh berahi membuat hukum sendiri berkaitan soal hukum agama, beliau kini menerima balasan secara Cash On Delivery !

Pedas sungguh kritikan Tun Dr M terhadap mana mana jemaah dan bakal jemaah haji yang ditaja oleh 1MDB. Mengalahkan para ulama', Mahathir merumuskan kesemua jemaah dan bakal jemaah tajaan 1MDB tidak mendapat Haji Mabrur... hina sungguh pandangan mantan PM ini terhadap para tetamu Allah swt.

Nah ! Inilah karma diterima... kita dipesan jangan sesekali mahu membuka aib orang lain kerana diwaktu yang sama aib diri sendiri bakal terlondeh... Setelah membuat kritikan yang pedas berbisa terhadap jemaah dan bakal jemaah haji tajaan 1MDB, aib ahli keluarga Mahatahir pun kini menjadi viral.

Mahu sangat bercakap mengenai mabrur ibadah haji seseorang itu, malunya famili Mahathir apabila pendedahan dibongkar menceritakan bersama bukti foto foto bagaimana anak menantu dan cucunya sendiri tidak memperolehi mabrur ibadah mereka setelah menjadi tetamu Allah.... Pendedahan itu anda baca di SINI.

Tak cukup dengan pendedahan itu, terbongkar satu lagi kisah PANAS berapi salah seorang anggota famili Tun Dr M yang mengamalkan gaya hidup umat Nabi Luth ! Terlibat dengan hubungan sejenis, homoseksual yang sangat keji dan terkutuk !!  Baca di SINI

No comments: