Monday, January 16, 2017

Bertuah Sungguh Rakyat Baling Dapat Sepetang Bersama YAB Perdana Menteri

Azeez Rahim dan rakyat Baling berpisah tiada.....

Cantik sungguh tagline diatas sepertimana kita semua sedia maklum, Ahli Parlimen Baling YB Dato Seri Paduka Panglima Haji Abdul Azeez Rahim merupakan seorang wakil rakyat yang sangat sangat rapat dan dekat dengan rakyat di Baling, Kedah.

Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan aktiviti tugasan Azeez Rahim menerusi laman sosialnya sudah pasti dapat menyaksikan pimpinan UMNO ini menghabiskan banyak masa beliau bersama rakyat Baling setelah selesai semua tugasannya khususnya di Kuala Lumpur selaku Pengerusi Tabung Haji Malaysia.  Membawa amanat kepimpinan Datuk Sri Najib Razak yang sentiasa mendahulukan rakyat, Azeez Rahim memang sangat dikenali dan disenangi oleh rakyat Baling.

Esok tanggal 17 Januari 2017, akan terpahat dalam sejarah penduduk serta pengundi di daerah Baling Kedah. YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak akan berada disana untuk bertemu dengan lebih dekat lagi para pengundi dan rakyat Baling.

Sepertimana kata salah seorang pertugas di pejabat Azeez Rahim di Baling, "Biasanya Boss kita pi ceruk mana jumpa rakyat Baling dia dok sampaikan pesan dan salam Perdana Menteri, tapi esok Boss bawak mai dah PM mai Baling, syukurlah...."

Pelbagai program dan aturcara telah disediakan bagi memeriahkan lagi sambutan kedatangan YAB Datuk Sri Najib ke bumi Baling.

Acara akan bermula seawal jam 10 pagi dengan pengisian persembahan pentas, ceramah agama, cabutan bertuah, majlis ramah mesra pasukan juara Piala Malaysia skuad Kedah dengan rakyat Baling.

Menurut pihak sekreteriat Parlimen Baling, acara kemuncak adalah penyerahan 3 buah Bas Sekolah Percuma oleh Datuk Sri Najib Tun Razak. Beberapa sekolah juga akan menerima bantuan dan akan disampaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.

Tahniah diucapkan buat YB Datuk Sri Paduka Panglima Hj Azeez Rahim !

No comments: