Tuesday, January 17, 2017

CHECK MATE ! Perjuangan Sia Sia Buang Masa Parti Haji Marlboro Setelah Akui BR1M Dan GST Najib Itu Terbaik Untuk Rakyat...

Beberapa malam yang lepas, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, kesemua ahlol ahlol tolol parti cap ayam lambang bunga raya telah secara sah tertipu dengan helah perjuangan Tun Dr Mahathir selama mana mereka menubuhkan parti yang dikatakan mahu menggantikan UMNO.....

Bukan main gegak gempita lagi juak juak murahan pengikut Mahathir kalau bercakap depan khalayak mereka hina, mereka kritik Datuk Sri Najib dengan pelbagai kelemahan cara pentadbiran YAB Perdana Menteri kita. Diantaranya ialah isu BR1M dan GST.

Kunuuuunnya BR1M itu dedak dan rasuah mahu membeli jiwa pengundi agar mengundi BN, manakala GST adalah satu sistem percukaian yang membebankan rakyat ! Demikianlah lafaz zikir  mereka yang memilih untuk menganuti ajaran Tun Dr Mahathir seiring dan senada dengan zikir juak juak murahan Pembangkang.....

Dengan kehendak Allah swt pada malam yang gilang gemilang parti cap ayam lambang bunga raya itu di Stadium Melawati Shah Alam, Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian awalnya sebelum ini. Sepertimana komen dan reaksi Datuk Sri Najib 'classify' Mahathir ini tak ubah seperti seorang juara dan pakar U-Turn !

Dahulunya Mahathir pernah caci hina penerima wang BR1M sebagai pemakan dedak, dan beliau juga menyifatkan sistem GST membebankan rakyat. Tetapi pada malam tersebut, Mahathir buat pusingan U atau U Turn apabila menyatakan sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU ke 14, mereka akan kekalkan BR1M dan GST, cuma kaedah dan cara perlaksanaannya sahaja akan diubah......

Sudah tiba masanya kita boleh bertanyakan kepada pengikut pengikut parti cap ayam lambang bunga raya soalan soalan cepumas, kenapa mereka memilih untuk tinggalkan UMNO dan menentang UMNO sekiranya apa yang dilaksanakan oleh Najib telah pun diperakui ianya baik untuk rakyat...? Tidakkah mereka merasa malu apabila pada awalnya menggunakan isu BR1M dan GST sebagai modal untuk menghentam kerajaan BN, akhirnya terpaksa mengakui ianya adalah sesuatu yang baik untuk rakyat....

Mahathir pasti akur dengan kejayaan Najib apabila melihat sendiri fact and figures, hakikatnya sejak GST mula berkuatkuasa, kerajaan BN berjaya mengutip hasil lebih RM51 Billion berbanding kutipan cukai SST pada 2014 yang berjumlah RM37.2 Billion.

Kepada juak juak pengikut parti cap ayam lambang bunga raya tak perlulah buang masa anda semua..., jelas dah ini bukannya perjuangan untuk rakyat, tetapi perjuangan peribadi sesetengah pimpinan atasan parti itu sahaja !

No comments: