Friday, January 27, 2017

Siti Nurhaliza Pilih Yang Mana....? Mahathir Atau Najib....??

Meniti hari ke penghujung minggu ini, antara sajian berita politik yang agak menarik sebagai mukadimah posting di Blog MIK kali ini memetik kisah apakah benar Siti Nurhaliza bakal menjadi calon parti cap ayam lambang bunga raya milik Mahathir untuk bertanding di Parlimen Pekan lawan dengan YAB PM Datuk Sri Najib Tun Razak pada PRU ke 14 nanti....?  [ Baca di SINI].

Berita ini menjadi spekulasi apabila segerombolan artis artis sensasi tanahair telah berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya untuk menyatakan sokongan mereka kepada pejuangan Tun Dr Mahathir menentang Najib Razak....!  [Baca di SINI]

Selesai bab mukadimah, biarlah ianya menjadi pilihan golongan artis membuat pilihan samada mahu menyokong kerajaan atau pun tidak. Mereka seharusnya bijak menilai sendiri 'balasan' yang sedang diterima oleh Mahathir saat ini dan mutakhir ini.

Mahathir semakin celaru dan semakin banyak membuat U Turn keatas apa sahaja yang beliau kecam, dan tingkah laku mantan PM ini semakin mengundang rasa meluat ramai pemerhati politik tanahair. Kelmarin dan semalam juak juak penjilat tegar Mahathir membisu dan kering modal apabila gempar dengan pembongkaran kisah Skandal BMF 2.5 Bilion. [Baca di SINI]


Hari ini datang lagi BALA buat Mahathir...!

Kemunculan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Murad Khalid membongkar secara eksklusif kerugian yang amat dahsyat AS$10 Bilion oleh BNM sekitar tahun 1993 ! Satu persatu rakyat dapat melihat betapa jahanamnya kewangan negara kita dibawah pentadbiran Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Semua perbuatan durjana ketika dalam pemerintahan Mahathir selama berpuluh puluhtahun telah disembunyikan.... Inilah balasannya apabila cuba membuka aib orang, sebaliknya Allah yang buka aibnya sendiri. Kesian Mahathir dan kuncu kuncunya !

11 comments:

Anonymous said...

Pendedahan yang tidak menjadi makna kepada pihak yang di bawah.

Anonymous said...

Tun M dah tak berjawatan, segala kerosakkan dilakunya dahulu keluar. Nanti bila kita dah dapat seorang Tun Najib, baru gamaknya kerosakan sekarang akan keluar, baru keadilan akan ditegakkan; mungkin. Jika kita tak sedar dahulu akan kerosakkan yang dilakukan Tun M, jadi sedarlah sedang berlaku kerosakkan yang dilakukan oleh bakal Tun Najib. UMNO nampaknya menyembunyikan segala keburukan pemimpin mereka sehingga pemimpin mereka tidak lagi berpartikan UMNO barulah kebeurukkan akan terzahir.

Anonymous said...

Erm.......Siti pilih sapa? Dalam beratus lelaki yg layak, Siti pilih laki orang.

Siti baik, Siti pakai tudung. Siti ramai peminat. Suka hati Siti lah kalau nak pecah belahkan rumahtangga orang. Siti artis No 1 Malaysia kan?

Awas...tindak tanduk sundal.

Anonymous said...

Semua tahu spekulasi bnm adalah perbuatan anwar ibrahim. Melainkan manusia yg tak tahu itu lahir selepas 1992.
Full stop.

Cik Minah said...

HAHAHAHA.................Habislah UMNO

Anonymous said...

Apa masaalahnya kalau artis2 memilih untuk menyokong sesiapa yg mereka suka dinegara yg dilaung2 kan sebagai negara demokrasi dan bebas bersuara.

Anonymous said...

Pilih blog mesti pilih blogger taik

Anonymous said...

Suami dia rakan niaga boboi,sudah tentu dia sokong ayah boboi.Dah lama dia tunjuk allergic pada pihak PM Najib.

Anonymous said...

madey rugi teruk main forex.. madey buy soros sell...soros punya sell lg kuat maka madey rugi teruk maka disalahkan soros sbg penyagak matawang... yg tak blh diterima mcm mana madey blh main forex guna wang rakyat.. mmg cilaka la org tua ni.. bapak scammer..

Anonymous said...

Si Murad dan Blogger sama pelacur kantan murahan.

Sanggop gadai dubur demi dedak haram.

Spesis Haram Jadah!!

Anonymous said...

JANGAN LUPA PENJENAYAH BMF... YANG TERSEMBUNYI SEBAGAI MUSANG BERBULU AYAM... PANDAI TUN M BUAT KERJA SEPERTI TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG, RAMBUT DITARIK TIDAK PUTUS, TEPUNG TIDAK BERSELERAK... WALAUPUN SUDAH BERPULUH TAHUN CERITA DISIMPAN NAMUN ALLAH SWT JUA MAHA BERKUASA, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. MAKA TAHUN BARU CINA TAHUN AYAM, AIB TUN M DISEBAR DI MUKA BUMI CIPTAAN ALLAH SWT. AKU SEBAGAI HAMBA ALLAH DAN RAKYAT DI MUKA BUMI INI TIDAK MENUDUH TUN M TAPI AKU BERSERAH SAJA KEPADANYA TUHAN MAHA PENCIPTA SEKELIAN ALAM. AAMIIN...