Thursday, January 26, 2017

Tun Dr M Boleh Percaya Laporan DOJ Amerika Tapi Tak Terima Laporan CIA Yang Juga Berasal Dari Amerika Bila Terbongkar Skandal BMF 2.5 Bilion


Ketika Tun Dr Mahathir sedang 'busy' sangat membuat banyak U Turn, tiba tiba tanpa disangka sangka ada bom meletop !

Dilaman media sosial sedang hangat berlaku serang menyerang dengan pelbagai cara dan kaedah silat kuntau, taici kedua dua pihak pro Najib dan pro Mahathir setelah terbongkarnya  pendedahan yang dibuat oleh sebuah portal bebas, Asian Correspondent berhubung beberapa dokumen Skandal BMF zaman Mahathir yang kini boleh dibaca di atas talian yang telah 'dibebaskan' oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1983 menunjukkan ada pembabitan Mahathir Mohamad.  Menurut laporan portal berita The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh CIA, juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.

Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan.
“Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata portal itu memetik kertas siasatan CIA bertarikh Mac 1985 bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”

Skandal BMF sememangnya pernah menggemparkan tanahair kita pada tahun 1980an....  Kisah skandal kewangan negara yang mendedahkan cawangan BMF di Hong Kong menyediakan “pinjaman” kepada beberapa syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat diterajui George Tan.

Ratusan juta dolar hilang sekelip mata apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, sekali gus menjadi kes kebankrapan paling teruk di Hong Kong.

Seorang juruaudit Bank Bumiputera rakyat Malaysia anak kelahiran Melaka bernama Jalil Ibrahim yang menyiasat skandal BMF ini telah mati dibunuh dan kematiannya masih lagi menjadi misteri sehingga ke hari ini. Ada sumber mengatakan beberapa jam sebelum kematiannya, Allahyarham enggan tunduk dengan desakan untuk meluluskan pinjaman sebanyak 4 juta kepada Carrian Holdings Ltd. [SUMBER DISINI]

Pada sekitar bulan Mei 2015, Mahathir pernah berkata skandal BMF tidak boleh dibandingkan dengan 1MDB kerana katanya Najib memegang jawatan dalam syarikat pelaburan itu, sementara beliau ketika menjadi PM tak ada kedudukan dalam BMF.

Mamak Kerala yang cuba putar belit fakta !

Sebelum Julai 1981, Mahathir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI dan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Hussein Onn sedang uzur. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Tun Dr Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980).

Perlu diingat juga Bank Bumiputera Bhd adalah 'parent' kepada Bumipetra Malaysia Finance [BMF]di Hong Kong adalah di bawah kuasa penuh Perdana Menteri. Pemegang saham terbesar pula adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Siapa pula Pengerusi PNB pada masa itu? Tak lain dan tidak bukan juga Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996).  [SUMBER DISINI]
 
Sehubungan itu Mahathir pun memberikan alasan semua pembongkara kisah silam tahun 1983 kerana Amerika Syarikat cuba membalas dendam dengannya kerana selalu mengkritik dasar dasar negara tersebut secara keras...
 
Mamak Kerala cuba sekali lagi putar belit fakta !
 
Sewaktu juak juak anti Najib mengagung-agungkan laporan DOJ mengenai isu 1MDB, mereka bersama Mahathir lupa agaknya DOJ berasal dari Amerika Syarikat.... Tapi bila meletop semula kisah skandal BMF yang membabitkan Mahathir, tiba tiba pulak ianya menjadi 'non reliable' kununnya Amerika ingin membalas dendam terhadap Mahathir.
 
U Turn dengan Mahathir semakin sinonim ibarat lagu dan irama, berpisah tiada....

6 comments:

Anonymous said...

duit masuk akaun najib. najib sendiri ngaku. bmf masuk parlimen......1mdb...dosa besar kalau sebut dalam parlimen.....

ada baca ka?

-anti jib-

Anonymous said...

Kamu ni tak reti BAHASA INGGERIS KE..............?????
Carilah dictionary dan fahami, apa yang ditulis ole CIA NI.

"Although there had been no direct connections found between Tun Dr Mahathir Mohamad and the banking scandal, his administration was tainted by the ‘hint of association’."

Pihak 6.6% hari ini sibuk melaporkan declassified CIA report tentang BMF.

Guys sebab itulah kamu semua cuma tinggal 6.6%.
Sejumlah 93.4% pandai bahasa Inggeris, itu sebab mereka sudah belah. Tinggallah yang bodoh-bodoh saja supporting MO1.

KESIAN.

Kalau tak faham Bahas Inggeris , mai sini aki jelaskan.

Di akhir report tersebut CIA hanya menyatakan:

"TIADA KAITAN LANGSUNG ANTARA DR.M DENGAN SKANDEL BANK BMF, namun skandel ini berjaya mengkelabuasapkan pentadibran Tun Dr.Mahadir dengan wujudnya sedikit tuduhan kabor/hint, kononnya dia terlibat dalam skandel ini."

Maksudnya tiada langsung connection, yg ada hanya lah tuduhan kabor hubungkait pentadbiran semasaTun M dgn hal tersebut.

Ini berbeda sekali dengan bukti bukti jelas yg dipaparkan oleh DOJ dgn siasatan FBI dalam kes kleptocracy 1MDB. Ini bukan hint hint bagai.. ini jelas connection nya. Ini bukan association lagi tetapi disebut 39 kali di dalam DOJ report "MO1"

Sebab itulah golongan 6.6 % yang tak ret BI terus tembakan peluru kosong. Mereka nak percaya CIA tetapi tidak faham apa yg CIA cakap. Kenapa golongan 6.6% percaya sanagat laporan CIA sedngan CIA & DOJ sama-sama Amerika.

Apabila gagal melihat sesuatu dengan jelas tetapi cuba mencari kesalahan dari sesuatu yg amat kabur..makanya mereka tiada lagi credibility di soc med dan net citizens -

cikminah

Anonymous said...

Parti Lanun Bugis buat fitnah sebab nak Pilihan Raya!!!

Parti Haram Jadah!!!

Anonymous said...

janji tak masuk akaun peribadi..nanti cakap pak arab, derma, lawan isis, lwn yahudi..

Anonymous said...

Macam hangpajuga la. Percaya laopran CIA tapi tak percaya laporan DoJ.

Anonymous said...

Bukan ke puak deme jgk yg menghentam informasi drp cia?

DOJ dan CIA dua entiti berbeza. Jgn spin.