Wednesday, February 15, 2017

Mahfuz Omar Sanggup Jadi Biawak Hidup Dalam PAS....

Nampaknya Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang masih jadi musang berbulu ayam dalam parti PAS semakin panas apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan jelas membayangkan mereka tak akan bekerjasama dengan DAP dan parti cap ayam lambang bunga raya.... [baca SINI].


SHAH ALAM –  Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad serta Exco Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor didesak melepaskan jawatan kerana Pas telah membuat keputusan dasarnya untuk tidak menjalinkan apa-apa kerjasama politik dengan  Amanah  dan DAP.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, Pas secara tegas dan jelas menolak hasrat Bersatu untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas dan akan memutuskan hubungan kerjasama dengan parti PKR.

Menurutnya, Pas tidak perlu menunggu sehingga muktamar akan datang untuk mengumumkan hubungannya dengan PKR.
“Alasan yang diberikan jelas, Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menjalinkan hubungan kerjasama denga parti DAP dan Amanah manakala hubungan dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar parti sudah tentu mengecewakan dan menjarakkan rakyat  dari Pas,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mahfuz, oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama Pas dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ini bermakna Pas perlu menarik diri dari kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor dan melepaskan semua jawatan Exco, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, JKKK, ketua kampung, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan apa-apa jawatan lantikan politik dengan segera secara berprinsip.

“Sudah terang lagi bersuluh, PKR sepertimana Bersatu sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan Amanah malah telah menandatangani 'perjanjian kerjasama politik' untuk meranapkan kuasa politik Umno/BN pada PRU14 akan datang
“Adalah lebih baik untuk Pas mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan Pas masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi hasil dari kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.

Mahfuz berkata, berdasarkan keputusan yang dinyatakan Pas, semua parti pembangkang sudah boleh merumuskan PRU14  akan menyaksikan pertandingan tiga  penjuru termasuk Pas juga sudah boleh  merancang 'strategi tiga penjuru' untuk memastikan Umno/BN dikalahkan pada PRU14.

“ Usah lagi menghabiskan masa dengan agenda pujuk rayu untuk Pas menyertai gabungan pakatan pembangkang, sebaliknya semua parti termasuk Pas perlu tumpu kepada usaha 'pujuk rayu rakyat' untuk menolak Umno/BN pada PRU 14 nanti,”katanya.
“ Sayu dan sedih dengan keputusan Pas mengenang nasib rakyat yang tertindas dan terbeban akibat salah guna kuasa Umno/BN  'merompak wang rakyat'. Rakyat sangat mengharapkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad lalu berkata,  Pas tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan Amanah dan DAP manakala kerjasama dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar pada  April akan datang," katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin  Hassan dalam sesi temu bual bersama Sinar Harian menegaskan  parti itu masih  berminat menjalin hubungan dengan Bersatu kerana parti itu tidak mempunyai apa-apa  ikatan rasmi dengan DAP.

Menurut Nasrudin, Bersatu cuma wujudkan persefahaman, tapi jika mereka ingin bersama Pakatan Harapan dan ingin ajak Pas masuk Pakatan Harapan itu tidak akan mungkin berlaku.

2 comments:

Anonymous said...

bila si mahfuz bean ni nak berambus dari pas? Ade tak menambah, tiada tak mengurang pun..

Anonymous said...

geli tengok wajah mahfuz...betul2 wajah taik.