Friday, February 17, 2017

PADAYAPPA Malaysia Kini Boleh Bergelar Azeez ROHINGYA ! Bravo Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Rahim...

Azeez Rahim pernah dikenali dengan bermacam macam gelaran... Azeez Rempit, Azeez Putra, Azeez Baling, Azeez GAZA, Azeez Tabung Haji dan beberapa lagi gelaran berkaitan hasil kerja amal bakti yang beliau pernah "deliver sucessfully".

Hari ini beliau sudah boleh bergelar Azeez ROHINGYA ! Itulah dia kelebihan seorang insan berhati mulia yang cekal dan bersemangat waja apabila melaksanakan tugas yang beliau pikul diatas bahunya. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez sudah beberapa kali membuktikan dirinya mampu melaksanakan pelbagai IMPOSSIBLE TASK sekaligus berjaya mengharumkan nama negara kita dalam menzahirkan HUMANITARIAN AID ke beberapa negara didunia....

Kalau mahu dihitung mengikut rekod, memang sudah terlalu banyak sumbangan dari Azeez yang mengetuai Kelab Putera 1 Malaysia. Azeez pernah selamatkan rakyat Malaysia yang dilarikan ke Indonesia, pernah bantu mangsa banjir di Pakistan, gempa bumi di Jepun, membawa pulang 40,000 pelajar Malaysia dari Mesir sewaktu Hosni Mubarak digulingkan, bantuan kemanusiaan rakyat Palestine di Gaza sebanyak dua kali dan beberapa lagi Misi Bantuan Kemanusian Kelab Putera 1 Malaysia yang mencapai kejayaan.

Beberapa minggu yang lepas Azeez mengetuai Misi Food Flotilla For Myanmar [FFFM] dengan menaiki kapal Nautical Aliya.Untuk rekod, 'Food Flotilla for Myanmar' yang dianjurkan oleh Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan disertai oleh 195 sukarelawan dari 12 negara. Mereka terdiri daripada pasukan perubatan, tenaga pengajar, wakil media tempatan dan antarabangsa serta wakil  NGO tempatan dan luar negara.  Misi FFFM membawa lebih 2,000 tan makanan, keperluan perubatan dan barang keperluan harian.

Setelah beberapa hari menempuh dugaan lautan bergelora muncul pula beberapa FITNAH yang menghebohkan kununnya misi FFFM Azeez menemui kegagalan..., tak berjaya menempuh halangan. Anda boleh baca ulasannya di SINI dan SINI.

Namun begitu, Azeez tidak pernah sesekali menoleh ke belakang ! Beliau memang cekal hati dan tetap mahu menemui sasaran tugasannya demi nama baik negara kita Malaysia....

Akhirnya dengan izin Allah swt dan iringan doa doa dari rakyat Malaysia yang mempercayai kesungguhan dan kebolehan Azeez Rahim berserta pasukannya dalam FFFM, semalam mereka berjaya juga menyerahkan sendiri bekalan makanan bantuan kepada rakyat Rohingya.
 
 Alhamdulillah Syukur...!  Bukan mudah untuk mana mana pihak luar menembusi Kem Pelarian di Teknaf yang menampung 50,000 rakyat Rohingya.

Inilah dia kelebihan yang ada pada batang tubuh manusia bernama Azeez Rahim. Beliau memang hebat dan berjaya membuktikan kehebatannya apabila mengendalikan perihal Humanitarian Aid. Tidak ada tolok bandungnya ! Kita hanya ada satu sahaja Azeez Rahim....

BRAVO Datuk Seri Panglima Azeez Rahim... YOU WALK THE TALK !


SUMBER FOTO FOTO : AGENDA DAILY

No comments: