Friday, April 14, 2017

Isu Menteri Tugas Tugas KHAS... Kenapa Perlu Ada Pihak Sakit Mata Menyaksikan BROTHERHOOD Najib-Zahid-Hisham H20 ?

Injit injit semut siapa sakit naik atas.....

Sakit jiwa meroyan juak juak murahan Pakatan Pembangkang cuba menghasut ahli ahli UMNO dengan nawaitu memecah-belahkan hubungan akrab Brotherhood sesama Najib-Zahid-Hisham....
 
Sebaik sahaja YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib mengumumkan perlantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri Tugas Tugas Khas, tanpa melengahkan masa wakil parti serpihan PAS, Salahuddin Ayub yang dikenali dengan gelaran Din Puduraya terus memuatnaik dilaman sosialnya cuba menjadi batu api kununnya perlantikan Hisham menggambarkan Najib akan mengosongkan jawatan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Selain daripada tindakan Din Puduraya itu, juak juak Pembangkang pun turut sama cuba untuk spin cerekarama dan rakayasa mereka kununnya Zahid Hamidi akan sertai Muhyidin, itulah kisahnya melalui beberapa Whatsapp Group dengan tujuan ianya dapat diviralkan...
 
Diantara story line mereka yang lain mahu melaga-lagakan Zahid Hamidi dengan Hishamuddin, kununnya inilah langkah tersusun Najib akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Hisham dan Zahid tidak akan merasai langsung peluang naik tahta ke kerusi Nombor 1.


Namun begitu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat bijak apabila beliau terus membuat kenyataan rasmi menyokong penuh perlantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri Tugas Tugas Khas. Tindakan pantas ini dapat meredakan keadaan dan kerja kerja jahat juak juak Pembangkang mahu menghasut 'team TPM' menemui jalan buntu....

Sebenarnya juak juak Pembangkang khususnya ahli ahli dan pimpinan parti bunga cap ayam pada awalnya merasakan mereka sudah dapat lauk atau bola tanggung untuk menyerang UMNO sebaik sahaja Najib mengumumkan perlantikan Hisham sebagai Menteri Tugas Tugas Khas.

Kali terakhir kita pernah dengar mengenai perlantikan Menteri Tugas Tugas Khas adalah pada tahun 1998 beberapa minggu sebelum Anwar Ibrahim dipecat oleh Mahathir. Ketika itu nama Tun Daim telah diumumkan.

Itulah sebabnya juak juak Pembangkang merasakan Najib akan menggunakan formula yang serupa dan mahu menjadikan Zahid senasib dengan Anwar. Memang bangang cara bacaan sifir politik oleh juak juak Pembangkang. Senario politik tanahair 1998 dan sekarang ini amatlah berbeza. Mereka lupa bahawa perlantikan Zahid sebagai Timbalan PM masih baru lagi dan sudah pasti tahap kepercayaan Najib terhadap Timbalannya itu masih utuh dan kukuh....

Sebagai Orang Nombor Satu yang memimpin negara, Najib sudah pasti ada kelebihan, kekuatan dan kebijaksanaannya tersendiri. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirinya demi kepentingan negara yang beliau sedang urus dan tadbir ketika ini. Beliau pasti ada perancangannya yang bijak diluar pengetahuan kitasemua.... As The Boss He Knows The Best !

Secara logik akal, Najib pasti mahukan yang terbaik untuk dirinya bagi memudahkan beliau menjalankan tugas-tugasnya. Beliau lebih mengenali siapa yang harus beliau berikan tanggungjawab agar matlamatnya untuk mempastikan kelancaran pentadbiran dibawahnya menemui kejayaan.

Segala macam laluan sukar, serangan peribadi dan caci maki serta fitnah adu dumba yang telah dilalui oleh Najib sejak tahun 2009 sangatlah berat, besar dan perit ujiannya ! Beliau bukan sahaja terpaksa mendepani juak juak Pembangkang tetapi sejak dua tahun lalu terpaksa pula mengharungi pengkhinatan oleh mereka yang pernah beliau sanjung dan percayai khususnya team Mahathir, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukriz....

Malah ketika UMNO-BN masuk ke gelanggang PRU 13, Najib secara terang terang ditipu hidup hidup oleh peratusan yang sangat besar pengundi kaum Cina mahu kerajaan BN tumbang !

Oleh itu, sekiranya Najib membuat sebarang keputusan samada ianya membabitkan sebarang perlantikan atau pun tidak, semua pihak wajib berlapang dada dengan hati terbuka menghormati kata putus dari YAB Datuk Seri Perdana Menteri kita ini ! Tak perlulah menjadi Ahli Nujum Politik mahu menjadi tukang ramal dan tukang telek.... Biarlah juak juak Pembangkang terjun dengan labu labu mereka, pergi mampuslah mereka !!

Sudah pasti ada kelebihan pada batang tubuh dan diri serta kebijaksanaan Hisham H20 membuatkan beliau menjadi pilihan. Kita jangan sesekali lupa cara Hisham mengendalikan Kes Kehilangan Pesawat MH370 sewaktu beliau memangku tugas sebagai Menteri Pengangkutan. Terlalu ramai yang memuji cara Hisham kendalikan media antarabangsa, tutur kata kefasihan beliau berbahasa Inggeris meletakkan negara dipersada dunia dan antarabangsa.

Itulah salah satu testimoni rekod kecemerlangan Hisham H20 pernah buktikan dan 'deliver' bahawa beliau mampu kendalikan 2 [dua] Kementerian dalam satu masa. Maka dengan itu , tidak salah jika Najib masih mahu memberikan kepercayaannya sekali lagi kepada Hisham yang pernah menzahirkan kecermelangannya....

UMNO harus FOKUS untuk mempersiapsiagakan jentera BN mendepani PRU 14 dan bukannya memikirkan jawatan itu dan jawatan ini, siapa yang layak dan siapa yang tak layak.....
 
Buat Hisham H20, Congratz to you and selamat bertugas Datuk Seri !
 

No comments: