Thursday, June 22, 2017

Tak Mustahil Jika Azeez Rahim Akan Dikenali Sebagai Azeez Ziarah Kasih Selepas Ini....

Sekiranya kita sebut sahaja nama Dato Azeez, reaksi spontan seseorang yang mendengar nama itu akan bertanya "Azeez yang mana..? Azeez Rahim... ? Azeez Mamak..? Azeez Kelab Putra..? Azeez Rempit...? Azeez Gaza..? Azeez Somailia...? Azeez Baling...? Azeez Tabung Haji...? ".

Demikianlah begitu banyaknya nama gelaran yang melekat pada tuan punya badan YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez Rahim.... Gelaran melekat keran budi baiknya yang beliau laksanakan! Beberapa bulan yang lalu Blog Mik juga ada menulis dan isytihar gelaran terbaru buat Azeez dengan gelaran Azeez Rohingya, baca di SINI.

Inilah satu satu kestimewaannya buat seorang insan yang rajin bekerja menjalankan amanah yang telah diberikan. Hebatnya Azeez beliau adalah seorang yang mampu membuktikan kejayaannya "deliver" sesuatu tugasan yang diamanahkan. Berikan apa sahaja tugasan khususnya membabitkan bantuan kemanusiaan, maka itu adalah 'forte' miliknya dan tak siapa boleh nafikan.

Malah sudah berpuluh puluh Misi Bantuan Kemanusiaan [Humanitarian Aid] telah berjaya dijayakan oleh Azeez bersama Kelab Putra 1Malaysia samada didalam negara mahu diluar negara seperti Somalia, Pakistan, Jepun, Palestine Gaza, Cairo, Syria, Jordan, Indonesia. Bantuan bencana alam seperti gempa bumi sememangnya menjadi kepakaran buat Azeez....

Sesiapa sahaja yang yang sering berpeluang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan bersama dengan Dato Azeez sudah pasti akan sinonim mendengar antara bait bait ucapan kata kata dari mulutnya setiap kali beliau berucap ataupun memberikan taklimat, Azeez akan sebut beliau amat menghayati kalimah "HABLUM MINALLAH..., HABLUM MINNA NAS...". Azeez patuh menjaga baik hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia, maka beliau laksanakan tugas yang diamanahkan.

Ramadhan 2017 buat pertama kalinya selaku Pengerusi Tabung Haji dan juga Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Malaysia [BKDP],  Dato Azeez telah mengetuai  satu Misi besar-besaran menjejaki kumpulan sasar iaitu yang layak menerima bantuan bagi meringankan beban menghadapi sambutan Hari Raya. Misi yang diberikan nama "Ziarah Kasih Ramadhan" adalah gerak kerja bersama diantara Yayasan Tabung Haji [YTH] dengan BKDP.

Kumpulan sasar [target group] semestinya keluarga yang tidak berkemampuan berpendapatan rendah, ibu ibu tunggal, Orang Kurang Upaya terpilih, fakir miskin dan warga emas. Bersedekah dibulan Ramadhan yang mulia memang dituntut oleh agama islam kita. Menganjurkan bantuan bantuan asas barang keperluan dan wang ringgit adalah diantara perkara yang dilaksanakan dalam Program Ziarah Kasih Ramadhan YTH ini....

Apa yang perlu ditekankan dalam hal Ziarah Kasih YTH ini adalah kejayaan Azeez menjelajah lebih 60 Parlimen dalam tempoh tak sampai pun sebulan Ramadhan...! Dari Perlis sehinggalah ke Sabah Negeri Dibawah Bayu. Hari hari beliau bergerak kesana kemari memikul tugas dan tanggungjawab ini. Malah beliau mampu memenuhi undangan program diberlainan negeri dalam sehari....

Sudah menjadi lumrah bagi setiap Ahli Parlimen akan mempastikan kawasan bawah seliaan dan jagaan mereka akan diraikan, dimeriahkan dan dikunjungi khususnya pada bulan Ramadhan begini. Namun buat Dato Azeez, untuk kesekian kalinya tahun 2017 beliau bukan sahaja berjaya "menjaga" kawasannya sendiri iaitu Parlimen Baling, malah berpeluang untuk menabur budi dan khidmat pada lebih 60 Parlimen yang lain dalam Malaysia... Hebat !

Bukan sesuatu yang mudah untuk sesiapa sahaja lakukan, perlukan tenaga, perlukan kekuatan mental dan fizikal, apatah lagi dalam bulan Ramadhan kita sedang menjalani ibadah puasa.....

Iya ! Inilah kehebatan yang ada pada batang tubuh Dato Azeez. Beliau seorang yang gigih bekerja, tak kenal erti penat, dan bersungguh sungguh melaksanakan tanggungjawabnya. Gelarkanlah dirinya apa sahaja, beliau tak pernah hirau dan peduli. Buat diri Azeez beliau perlu "deliver" tugasan dengan jayanya kerana amanah yang diberikan kepadanya untuk membantu orang lain, itulah sebanya beliau sering berpesan agar kita sentiasa patuh dengan "HABLUM MINALLAH..., HABLUM MINNA NAS...".

Blogger MIK amat mengenali cara gigih Azeez bekerja dengan sikapnya yang "Walk The Talk..!" kerana telah beberapa kali berpeluang menyertai Misi Kemanusiaan bersama sama dengannya seperti ke Cairo, Gaza [dua kali], Jepun, Sabah dan beberapa tempat yang lain. Azeez akan pastikan tugasannya berjaya dilaksanakan kerana dia amat patuh dengan amanah yang diberikan.

Ziarah Kasih Ramadhan YTH telah berjaya menemui sasarannya dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang amat memerlukannya...! Lebih 60 Parlimen dalam tempoh sebulan. Tahniah Dato Azeez !