Saturday, September 30, 2017

Get Ready...! PRU 14 Anytime

Selesai sahaja Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi maka YAB Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib pun mengepalai sidang media..... 

Pick Up Line tumpuan para media semestinya secara keseluruhan bersetuju Najib dah memberikan signal bahawa Barisan Nasional kini telah bersedia mendepani Pilihanraya Umum ke 14. PRU 14 sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia....

Menurut pimpinan tertinggi UMNO, momentum kini dilihat memihak kepada kemenangan BN untuk mengekalkan tampuk kerajaan Putrajaya.  Mood pengundi yang layak tersenarai dalam daftar pemilih SPR dijangka akan terus memberikan mandat buat BN.  

Cuma persoalannya sekarang adakah BN mampu untuk meraih kemenangan majoriti 2/3 dperingkat Parlimen dan berjaya merampas kembali kerajaan negeri Selangor,  Pulau Pinang dan Kelantan? 

Kelantan mungkin tidak menjadi nafsu berahi UMNO memikirkan desas desus mahu diujudkan kerjasama antara PAS dengan UMNO.  Serangan BN dan UMNO lebih tertumpu kepada membongkar kegagalan serta kepincangan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor. 

Setelah kembalinya Mike Tyson @ Tan Sri Mat Taib menyaksikan beberapa pimpinan UMNO Selangor bertambah keyakinan akan dapat menewaskan Pakatan Harapan dan bercita cita meletakan Azmin Ali duduk dikerusi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor....  

Malah salah seorang Ketua Bahagian UMNO di Selangor yang juga salah seorang ADUN sewaktu memuat naik laman sosial facebooknya meraikan kemasukan semula Mike Tyson beliau menulis status lebih kurang berbunyi "...semoga dengan kembalinya Tan Sri Mat Taib jentera UMNO di Selangor akan lebih tersusun... " sekaligus membawa maksud selama tempoh ketiadaan Mike Tyson jentera dikalangan UMNO Selangor masih belum tersusun !

Buat mereka yang boleh menjangkakan diri mereka akan tercalon diharap teruslah bekerja untuk rakyat dan pengundi. Dijangkakan laman sosial fb milik pimpinan UMNO akan mula meriah dengan longgokan foto foto dan video menunjukkan mereka sudah mendekati rakyat.... 

Friday, September 29, 2017

Sesak Nafas Rafizi Kena Rembat Dengan Rizal Mansor

Semakin 'interesting' nampaknya 'battle' diantara Pegawai Khas Datuk Sri Najib iaitu Datuk Rizal Mansor dengan Rafizi Ramli.... 

Kebijaksanaan Rizal membongkarkan satu per satu salah laku Rafizi menyalahgunakan dana yang dikutip dari rakyat semakin terserlah dan kini didedahkan dilaman media sosial. Rizal dengan sokongan beberapa rakan penggiat media sosial khususnya individu atas nama Faisal berjaya membuka mata ramai orang melihat pekong Naib Presiden PKR ini sekaligus rakyat boleh menilai sendiri bagaimana liciknya Rafizi manipulasi dana jutaan ringgit yang terkumpul !

Kununnya Rafizi mahu bergerak seantero Malaya menyalak-nyalak kempen Bina Semula Negara diwaktu yang sama merayu rakyat yang buta hati menghulurkan dana mahu bayar denda saman 300 ribu kepada NFC. Terbukti dana terkumpul mencecah jutaan ringgit tetapi masih enggan membuat bayaran sehingga terpaksa mendepani tindakan muflis dari pihak NFC... 

Sebenarnya Rafizi sengaja berbuat demikian untuk meraih simpati rakyat yang sama bangang dengannya.  Maklumlah ini peluang mendapatkan 'political milage' setelah dirinya sudah tidak disukai dikalangan pimpinan PKR dan beberapa pihak Pembangkang !

Malah ada dikalangan pimpinan PKR sendiri mula mempersoalkan ketelusan Rafizi menggunakan dana jutaan ringgit yang sudah berada dalam genggamannya... Oleh itu tindakan bijak Rizal Mansor persis seorang juru audit membuat 'secrutiny checking' transaksi diantara Keip Resources dengan Invoke seakan akan mendapat tepukan gemuruh dari beberapa pimpinan PKR dan Pembangkang yang mula meluat dengan Raifzi. 

Ahli Parlimen Pondan...maaf,  typo error!  Maksudnya Ahli Parlimen Pandan kini keseorangan menepis dan menjawap setiap pendedahan manipulasi dana yang didedahkan oleh Rizal Mansor ! Malangnya apa sahaja jawapan yang disajikan oleh Rafizi adalah jawapan bodoh kerana kita menyaksikan semakin banyak pembohongan yang telah dibuat. 

Sudah pasti Rafizi semakin sesak nafas mendepani serangan Rizal yang berjaya membuka mata rakyat yang bangang sanggup menyerahkan wang ringgit milik mereka kepada Rafizi.  Semakin banyak jawapan bodoh Rafizi semakin terbelit lehernya sendiri itulah punca dia sesak nafas.... 

Istilahnya Rafizi vs Rizal = RnR
Eloklah Rafizi pergi cari mana mana RnR untuk berehat dulu... 



Monday, September 25, 2017

Isu NFC Bakal Kafankan Karier Politik Rafizi

Ibarat menjolok sarang tebuan ! Itulah nasib badan Rafizi Ramli dipersada politik tanahair buat masa ini... 

Suatu masa dahuku kes NFC yang digembar-gemburkan oleh Rafizi kini sudah jadi kes "makan tuan".  Setelah beliau gagal dalam pertarungan dengan isu NFC kini dirinya semakin dirundung malang semakin hari semakin hampir Naib Presiden PKR akan dikafankan dalam lembah kehinaan.... 

Pada awalnya mahu membawa watak hero yang kununnya berjaya membuat pendedahan itu dan ini tetapi malangnya hari ini dirinya sudah mula dikecam hebat!  Semuanya tak menjadi... langkahnya semakin sumbang dan mutakhir ini rakyat sudah mengenali keperibadian sebenar Rafizi. 

Apabila tewas dalam kes Mahkamah dengan isu NFC,  Ahli Parlimen Pandan ini membuat tindakan bodoh mengutip wang rakyat mahu selesaikan bayaran denda ratusan juta kepada NFC.  Semakin bangang apabila mendedahkan jumlah kutipan mencecah jutaan ringgit tetapi masih enggan menjelaskan arahan Mahkamah membayar pihak NFC.  Bertambah bangang apabila mempamerkan senarai nama penderma penderma yang menyalurkan dana dimana identiti penderma sudah ketahui umum... 

Pihak NFC khususnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh lebih bijak bertindak memfailkan Notis Kebanrapan terhadap Rafizi... Ini membuatkan Ahli Parlimen Pandan menggelupur dan menggigil ketakutan.  Rafizi sudah menyalak sana sini,  kesian!  Ini dilihat seperti buku bertemu ruas,  baru padan mukanya! 

Hukum Karma yang sedang didepani oleh Rafizi Ramli...  Beliau yang memulakan cerita NFC dan kini isu NFC inilah juga yang mengkuburkan karier politik anak didik Anwar Ibrahim ini yang dijangkakan akan mati keseorangan kerana dikalangan pimpinan PKR pun nama Rafizi dah menjadi liabiliti...

Hukuman penjara sudah menanti
Hukuman muflis kini menyusuli... 
Mati seorang diri
Susah sendiri yang cari
Gali kubur sendiri
Kawan kawan lari tak peduli
Kesian Rafizi Ramli! 




Thursday, September 21, 2017

Masih Berbisakah Mike Tyson Nak Bertinju Dalam Gelanggang..?

Sekiranya hari ini lagenda peninju Mike Tyson diheret semula ke gelanggang tinju, mampukah beliau yang namanya sudah pun menjadi bahan sejarah itu beraksi seperti zaman kegemilangannya..? 

Tanggal 17 September 2017 petang Ahad bertempat di Tingkat 39 Pejabat UMNO telah berlangsung sebuah Sidang Media KHAS oleh YAB Presiden UMNO Datuk Sri Najib Tun Razak.  Gegak gempita seantero Malaya mahu tahu apakah yang akan diumumkan oleh Najib. 

Pelbagai spekulasi, bermacam andaian,  banyak juga versi ramalan apakah dia berita gempar yang "mampu" menghangatkan suhu politik tanahair kita...?  Sidang media dijadualkan pada jam 4.45 petang namun sekitar jam 3.30 sudah berpusu pusu sesak pintu masuk pejabat UMNO dengan kehadiran para wartawan dan media.  Berebut rebut mahu dapatkan pas masuk dari pihak Sekretariat UMNO.

Dikalangan pihak media masing masing tertanya tanya sesama apakah dia pengumuman penting Najib sehinggakan dikerah dan diarahkan semua pimpinan Majlis Tertinggi UMNO hadir. Difahamkan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menjalankan tugas selaku Timbalan Presiden UMNO pun terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur dari Perlis!  Kelihatan juga kelibat Menteri Besar Kedah,  Terengganu,  Negeri Sembilan,  Ketua Menteri Melaka melintasi ruang masuk menuju ke lif naik ke Tingkat 39.  Turut dilihat hampir kesemua 22 Ketua Bahagian UMNO dari Selangor juga hadir...

Menurut beberapa petugas media yang berada di Tingkat 39 apabila ditanya kepada beberapa pimpinan tertinggi UMNO mereka secara jujur mengakui tidak mengetahui apakah dia 'The Big News from our Big Boss' bakal diumumkan... Serius!  Mereka juga mahu sesuatu yang WOW dan BOOM!! 

Akhirnya sekitar jam 5.00 petang,  Presiden UMNO pun memulakan sidang media... Mukadimahnya menceritakan beliau sudah bertemu dengan DYMM Yang Dipertuan Agong.  Saspen ! Mendebarkan...  Rupa rupanya Najib maklumkan Yang Dipertuan Agong bersetuju peristiwa kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah yang meragut nyawa anak anak tahfiz merupkan satu tragedi buat negara. 

Seterusnya Najib menyampaikan khabar berita ada salah seorang bekas pimpinan tertinggi UMNO yang menyertai Pembangkang mahu kembali ke pangkuan UMNO... Pemimpin yang dimaksudkan adalah Tan Sri Muhammad Taib.  Itu sahaja....  Iya!  Para wartawan dan pihak media seperti "tak puas" dengan bahan berita yang disajikan.  Mereka menjangkakan sesuatu yang gempar,  'something BIG' jika dilihat kehadiran pimpinan UMNO sehinggakan Zahid Hamidi terpaksa bergegas pulang!

Kemudian tersebarlah pula cerita daripada juak juak Pembangkang yang mahu tambah perisa.... Mereka menjaja cerita kununnya sidang media Najib gagal dan Presiden UMNO dah kena game!  Maksudnya Najib sudah "terkena" dengan Mat Taib yang menjanjikan mahu umum keluar PKR bersama sama dengan beberapa ADUN PKR dari Selangor tetapi sampai waktunya Mat Taib muncul seorang diri.  Maka kejutan pun tak jadi... Rancangan mahu umum ambil alih kerajaan Selangor pada Sidang Media Khas pun tidaklah kesampaian !

Untuk menepis cerita versi juak juak Pembangkang ini muncul pula versi Raja Petra Kamaruddin (RPK)  yang menafikan ujudnya "move" untuk ambil alih kerajaan Selangor melalui proses ADUN lompat seperti pernah berlaku di Perak.  RPK suatu masa dahulu tegar menyatakan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan pembunuhan Altantuya kini menulis versi kembalinya Mat Taib kerana tak tahan dengan budaya rasuah MB Selangor Azmin Ali.  

Dalam penjelasan RPK,  beliau meceritakan Mat Taib meluahkan perasaan kekecewaannya itu kepada Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Panglima Azeez Rahim di Mekah dua minggu yang lalu sewaktu menunaikan ibadah haji. Bermula dari situlah Noh Omar dan Azeez Rahim membuat "arrangement" dengan Najib.... Demikianlah versi RPK. 

Sayang seribu kali sayang ! Versi RPK "terpaksa diragui" kerana Mat Taib tidak berada di Mekah pada musim haji tahun ini... 

Diwaktu yang sama belum ada mana mana pimpinan UMNO samada dari Majlis Tertinggi mahu pun pihak UMNO Selangor mengaturkan sidang media Mat Taib @ Mike Tyson untuk menafikan beliau gagal membawa mana mana ADUN PKR untuk lompat bagi melakasanakn proses ambil alih kerajaan Selangor.... 

Thursday, September 14, 2017

Tarikh Pilihanraya Umum ke 14

Apakah YAB Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib sudah menerima wahyu untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 14...?

Secara keseluruhan nampaknya suhu PRU 14 sudah semakin dirasai.  Jentera UMNO semenjak bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian telah dijadikan platfom untuk meniup bahang semangat bersiap siaga mendepani PRU 14.

Media sosial pula dijadikan tempat untuk bakal bakal calon mengemaskini aktiviti masing masing ibarat testimoni serta biodata kelayakan mereka.  Penuh dengan rakaman gambar gambar malah ada juga yang menyelitkan video segala macam program sebagai "bukti" mereka dah bersedia untuk dicalonkan sebagai calon UMNO dan BN. 

Tidak kurang juga bilangannya terbit kenyataan mempertahankan Perdana Menteri dan menyerang juak juak Pembangkang...  Apakah ini semua petanda bahawa PRU ke 14 sudah semakin hampir? 

Sejauh mana kesediaan jentera UMNO BN bertarung dengan Pembangkang dan membawa pulang panji panji kemenangan mempertahankan kerajaan BN bertahta secara sah di Putrajaya?  Mampukah bala tentera UMNO BN mencapai kejayaan menang 2/3 diperingkat Parlimen dan merampas negeri Selangor,  Pulau Pinang dan Kelantan? 

Benarkah kewujudan Parti Bersatu akan menggugat kekuatan UMNO sekaligus memberikan kesan buruk daripada pengundi melayu pada PRU ke 14 nanti..?  Berjayakah Tun Dr Mahathir mendapat sokongan undi melayu kerana Melayu Tak Akan Lupa bagaimana teruknya Tun Dr M pernah membelasah Lim Kit Siang sebagai cina rasis dan kini mereka boleh tidur sebantal semata mata mahu menjatuhkan Najib...?

Perpecahan dikalangan Pembangkang yang dahulunya menunggang nama Pakatan Rakyat kini memperkudakan Tun Dr M masih terkial kial membuat "allignment" untuk berjalan dengan betul... 

Blog MIK akan kembali beraksi dipersada penulisan blog ini setelah berehat agak sekian lama....  Nantikan ulasan serta kupasan isu isu politik tanahair bermula hari ini.