Thursday, September 21, 2017

Masih Berbisakah Mike Tyson Nak Bertinju Dalam Gelanggang..?

Sekiranya hari ini lagenda peninju Mike Tyson diheret semula ke gelanggang tinju, mampukah beliau yang namanya sudah pun menjadi bahan sejarah itu beraksi seperti zaman kegemilangannya..? 

Tanggal 17 September 2017 petang Ahad bertempat di Tingkat 39 Pejabat UMNO telah berlangsung sebuah Sidang Media KHAS oleh YAB Presiden UMNO Datuk Sri Najib Tun Razak.  Gegak gempita seantero Malaya mahu tahu apakah yang akan diumumkan oleh Najib. 

Pelbagai spekulasi, bermacam andaian,  banyak juga versi ramalan apakah dia berita gempar yang "mampu" menghangatkan suhu politik tanahair kita...?  Sidang media dijadualkan pada jam 4.45 petang namun sekitar jam 3.30 sudah berpusu pusu sesak pintu masuk pejabat UMNO dengan kehadiran para wartawan dan media.  Berebut rebut mahu dapatkan pas masuk dari pihak Sekretariat UMNO.

Dikalangan pihak media masing masing tertanya tanya sesama apakah dia pengumuman penting Najib sehinggakan dikerah dan diarahkan semua pimpinan Majlis Tertinggi UMNO hadir. Difahamkan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menjalankan tugas selaku Timbalan Presiden UMNO pun terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur dari Perlis!  Kelihatan juga kelibat Menteri Besar Kedah,  Terengganu,  Negeri Sembilan,  Ketua Menteri Melaka melintasi ruang masuk menuju ke lif naik ke Tingkat 39.  Turut dilihat hampir kesemua 22 Ketua Bahagian UMNO dari Selangor juga hadir...

Menurut beberapa petugas media yang berada di Tingkat 39 apabila ditanya kepada beberapa pimpinan tertinggi UMNO mereka secara jujur mengakui tidak mengetahui apakah dia 'The Big News from our Big Boss' bakal diumumkan... Serius!  Mereka juga mahu sesuatu yang WOW dan BOOM!! 

Akhirnya sekitar jam 5.00 petang,  Presiden UMNO pun memulakan sidang media... Mukadimahnya menceritakan beliau sudah bertemu dengan DYMM Yang Dipertuan Agong.  Saspen ! Mendebarkan...  Rupa rupanya Najib maklumkan Yang Dipertuan Agong bersetuju peristiwa kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah yang meragut nyawa anak anak tahfiz merupkan satu tragedi buat negara. 

Seterusnya Najib menyampaikan khabar berita ada salah seorang bekas pimpinan tertinggi UMNO yang menyertai Pembangkang mahu kembali ke pangkuan UMNO... Pemimpin yang dimaksudkan adalah Tan Sri Muhammad Taib.  Itu sahaja....  Iya!  Para wartawan dan pihak media seperti "tak puas" dengan bahan berita yang disajikan.  Mereka menjangkakan sesuatu yang gempar,  'something BIG' jika dilihat kehadiran pimpinan UMNO sehinggakan Zahid Hamidi terpaksa bergegas pulang!

Kemudian tersebarlah pula cerita daripada juak juak Pembangkang yang mahu tambah perisa.... Mereka menjaja cerita kununnya sidang media Najib gagal dan Presiden UMNO dah kena game!  Maksudnya Najib sudah "terkena" dengan Mat Taib yang menjanjikan mahu umum keluar PKR bersama sama dengan beberapa ADUN PKR dari Selangor tetapi sampai waktunya Mat Taib muncul seorang diri.  Maka kejutan pun tak jadi... Rancangan mahu umum ambil alih kerajaan Selangor pada Sidang Media Khas pun tidaklah kesampaian !

Untuk menepis cerita versi juak juak Pembangkang ini muncul pula versi Raja Petra Kamaruddin (RPK)  yang menafikan ujudnya "move" untuk ambil alih kerajaan Selangor melalui proses ADUN lompat seperti pernah berlaku di Perak.  RPK suatu masa dahulu tegar menyatakan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan pembunuhan Altantuya kini menulis versi kembalinya Mat Taib kerana tak tahan dengan budaya rasuah MB Selangor Azmin Ali.  

Dalam penjelasan RPK,  beliau meceritakan Mat Taib meluahkan perasaan kekecewaannya itu kepada Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Panglima Azeez Rahim di Mekah dua minggu yang lalu sewaktu menunaikan ibadah haji. Bermula dari situlah Noh Omar dan Azeez Rahim membuat "arrangement" dengan Najib.... Demikianlah versi RPK. 

Sayang seribu kali sayang ! Versi RPK "terpaksa diragui" kerana Mat Taib tidak berada di Mekah pada musim haji tahun ini... 

Diwaktu yang sama belum ada mana mana pimpinan UMNO samada dari Majlis Tertinggi mahu pun pihak UMNO Selangor mengaturkan sidang media Mat Taib @ Mike Tyson untuk menafikan beliau gagal membawa mana mana ADUN PKR untuk lompat bagi melakasanakn proses ambil alih kerajaan Selangor.... 

No comments: