Thursday, September 14, 2017

Tarikh Pilihanraya Umum ke 14

Apakah YAB Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib sudah menerima wahyu untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 14...?

Secara keseluruhan nampaknya suhu PRU 14 sudah semakin dirasai.  Jentera UMNO semenjak bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian telah dijadikan platfom untuk meniup bahang semangat bersiap siaga mendepani PRU 14.

Media sosial pula dijadikan tempat untuk bakal bakal calon mengemaskini aktiviti masing masing ibarat testimoni serta biodata kelayakan mereka.  Penuh dengan rakaman gambar gambar malah ada juga yang menyelitkan video segala macam program sebagai "bukti" mereka dah bersedia untuk dicalonkan sebagai calon UMNO dan BN. 

Tidak kurang juga bilangannya terbit kenyataan mempertahankan Perdana Menteri dan menyerang juak juak Pembangkang...  Apakah ini semua petanda bahawa PRU ke 14 sudah semakin hampir? 

Sejauh mana kesediaan jentera UMNO BN bertarung dengan Pembangkang dan membawa pulang panji panji kemenangan mempertahankan kerajaan BN bertahta secara sah di Putrajaya?  Mampukah bala tentera UMNO BN mencapai kejayaan menang 2/3 diperingkat Parlimen dan merampas negeri Selangor,  Pulau Pinang dan Kelantan? 

Benarkah kewujudan Parti Bersatu akan menggugat kekuatan UMNO sekaligus memberikan kesan buruk daripada pengundi melayu pada PRU ke 14 nanti..?  Berjayakah Tun Dr Mahathir mendapat sokongan undi melayu kerana Melayu Tak Akan Lupa bagaimana teruknya Tun Dr M pernah membelasah Lim Kit Siang sebagai cina rasis dan kini mereka boleh tidur sebantal semata mata mahu menjatuhkan Najib...?

Perpecahan dikalangan Pembangkang yang dahulunya menunggang nama Pakatan Rakyat kini memperkudakan Tun Dr M masih terkial kial membuat "allignment" untuk berjalan dengan betul... 

Blog MIK akan kembali beraksi dipersada penulisan blog ini setelah berehat agak sekian lama....  Nantikan ulasan serta kupasan isu isu politik tanahair bermula hari ini. 


No comments: