Monday, October 2, 2017

Wajarkah Shahrizat Jalil Diberikan Peluang Sebagai Calon PRU 14 ?

YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib sudah mengesahkan bahawa senarai nama nama calon yang akan mewakili BN telah pun dihantar kepada pihak SPRM untuk saringan sebelum disahkan bersih dan layak untuk bertanding. 

Kalau dilihat diatas kertas khususnya pimpinan tertinggi UMNO iaitu pihak pengurusan parti terdiri daripada Presiden, Timbalan,  Naib, Setiausaha,  Bendahari,  Ketua Penerangan dan ketiga-tiga Ketua Sayap Wanita,  Pemuda dan Puteri hanya dua nama sahaja iaitu Bendahari dan Ketua Wanita bukan bertaraf Ahli Parlimen. Namun begitu, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak selaku Bendahari UMNO telah dilantik sebagai Senator membolehkan beliau memegang jawatan Menteri Komunikasi Multimedia. 

Manakala Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Jalil pula merupakan Penasihat kepada Perdana Menteri dalam portfolio Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita yang bertaraf Menteri. 

Mengikut rekod, Shahrizat pernah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal berturut-turut dari tahun 1995 sehingga 2004. Pada PRU 12 tahun 2008 Shahrizat ditewaskan oleh Nurul Izzah anak sulung Anwar Ibrahim. 

Pada PRU 13 tahun 2013 pula nama Shahrizat terpaksa digugurkan kerana ketika itu panas dengan kes NFC.  Memang panas isu NFC sehinggakan ada sebilangan kecil dikalangan pimpinan sayap Wanita UMNO mengeluh dan agak 'reluctant' untuk membantu memberikan penerangan ke akar umbi untuk pertahankan Shahrizat boss mereka lebih lebih lagi setelah terbongkarnya kisah pembelian kondo mewah menggunakan wang pembiyaan kerajaan untuk projek NFC. 

Hari ini terbukti kes NFC telah memihak kepada famili Shahrizat dan dengan izin Allah mereka menang kes ini.  Malah nama Shahrizat telah lama dibersihkan setelah terbukti beliau langsung tidak terlibat!  Kisah ini boleh disimpan dalam lipatan sejarah politik tanahair,  tutup buku... 

Samada bergelar wakil rakyat atau pun tidak,  samada dilantik sebagai Menteri atau pun tidak,  Shahrizat tetap gigih dan kuat bekerja sebagai Ikon Wanita di Malaysia.  Memikul tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Wanita UMNO dan Penasihat PM bertaraf Menteri beliau tidak mensia-siakan platform yang sedia ada untuk bergerak dan melaksanakan tugas-tugasnya. 

Shahrizat adalah seorang yang lantang bersuara memperjuangkan hak wanita. Semenjak menjadi Ketua Wanita UMNO beliau 'all out' mahu menghapuskan amalan 'gender discrimination' dan menerusi Persidangan Agung UMNO Shahrizat berjaya mendapatkan hak dan penglibatan wanita sebanyak 30 peratus sebagai calon PRU yang akan datang. Beliau juga mahukan wanita diberikan peluang dalam pembuat dasar sektor awam, dan dilantik dalam GLC kerana terdapat ramai wanita yang memang layak dari segi kelulusan yang mereka miliki dan mestilah diberikan peluang. 

Kemantapan jentera Wanita UMNO Malaysia seluruh negara sejak dibawah kepimpinan Sharizat juga tidak boleh kita nafikan. Datanglah PRK dimana mana pelusuk sekali pun maka akan kita saksikan jentera wanita bertungkus lumus memikul tugas dan tanggungjawab sehinggakan kekuatan jentera wanita ini menjadi bualan pengundi dan juak juak Pembangkang.  

Oleh itu memanglah satu kewajaran untuk YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib selaku Pengerusi BN menyenaraikan Shahrizat sebagai calon pada PRU ke 14.  Dilihat dari testimoni memang ada kewajarannya.  Eloklah sebagai ketua sayap parti Shahrizat turut sama berada dalam saf jemaah menteri seperti lain lain kepimpinan tertinggi UMNO. Cukuplah satu penggal Ketua Wanita UMNO direhatkan.  Sharizat Jalil should make a Come Back...! 

Janganlah individu seperti Shahrizat diberikan jawatan lantikan bertaraf menteri.  Ibarat menjadi menteri ikut pintu belakang walhal Shahrizat should come from the front door.. 

Tetapi persoalannya sekarang kerusi Parlimen manakah harus digempur oleh Shahrizat..? Kembali beraksi di Lembah Pantai yang pernah menjadi miliknya selama lebih 12 tahun sebelum dirampas oleh Nurul Izzah pada tahun 2008..?
Apakah Datuk Raja Nong Chik boleh bersikap berbesar hati memberikan laluan kepada Shahrizat...? 
Baru baru ini Shahrizat diberikan tugas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan tiga sayap Bahagian Lembah Pantai,  apakah ini merupakan satu signal bahawa Ketua Wanita UMNO Malaysia ini akan kembali beraksi di Parlimen Lembah Pantai..?

Kedua duanya Raja Nong Chik dan Shahrizat pernah tewas ditangan Nurul Izzah di Lembah Pantai.  Tetapi kelebihan yang ada pada Shahrizat beliau pernah menjadi wakil rakyat disitu selama 3 penggal dan ada budi dan pembangunan peninggalannya sewaktu menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai.  Malah kalau diukur pada struktur kepimpinan parti Shahrizat lebih layak berbanding Raja Nong Chik. 

Akhir kalam... Biarlah Datuk Sri Najib buat keputusannya.  Beliau lebih layak dan lebih tahu apa yang baik buat parti UMNO dan BN. 

Persoalan paling akhir!  Mampukah BN menang di Parlimen Lembah Pantai..?  Dalam sifir politik,  kalau nak bertanding apa jawatan sekali pun..., buatlah kira kira dengan kemas dahulu sebab yang penting adalah kemenangan!  Biar pun satu undi,  asalkan menang! 

Shahrizat kena buat kira kira biar molek...  Jangan tewas kedua kali, boleh pendek usia politik kerana ianya akan membuka pintu kepada kekalahan yang lain.  Kalau dah diberikan peluang masih tewas lagi di PRU 14 maka tak mustahil pada Pemilihan UMNO yang akan datang ada calon yang akan menentang Shahrizat habis-habisan untuk merebut jawatan Ketua Wanita...!  




No comments: