Monday, January 30, 2017

Adakah Siti Nurhaliza Akan Terus Sokong Mahathir Setelah Terbukti Negara Kerugian Besar Akibat Skandal BMF, Maminco Dan FOREX ?

Pembuka bicara posting Blog MIK kali ini merujuk kepada kisah ayam, sempena tahun ini tahun ayam mengikut sambutan GONG XI FA CAI 2017. Chinese New Year 2017 Year Of The Rooster !

Mengikut kepercayaan sahabat sahabat kaum Tionghua, tahun 2017 seharusnya membawa ONG yang lebih baik, tuah pada ayam katanya.... Membuka tirai 2017 nampaknya Tun Dr Mahathir dah menerima BALA secara hatrick, 3 kali berturut-turut terlondeh dan dibogelkan semua dosa dosa Mahathir menyebabkan negara kita kerugian berbilion-bilion ringgit sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Mungkin akan ada lagi pembongkaran berserta bukti untuk rakyat Malaysia lihat sendiri siapa sebenarnya Bapak Penyamun, gelaran yang pernah diberikan kepada Mahathir oleh Mat Sabu...
 
Apabila satu jari kita menuding kepada orang akan ada empat jari lain menunjuk kepada diri sendiri. Satu jari Mahathir tunjuk kepada Najib, akan ada empat jari menunjuk kepadanya... BMF, Maminco, BNM baru ada 3, barang kali mungkin akan ada satu lagi pendedahan penyelewengan zaman Mahathir akan dibongkar tak lama lagi..?

Kalau mengikut kepercayaan orang cina tahun ayam [year of the rooster] membawa tuah tapi kesiannya Mahathir pula menerima padah ! Nasib Tun Dr M yang sibuk menyalak kesana kemari memfitnah Najib ibarat, Ayam Berkokok Berderai derai Tapi Ekor Bergelumang Tahi ! Carilah maksud peribahasa tersebut... memang tepat dengan perangai Mahathir.

Lihatlah jadual berinformasi diatas ini.....

Ini bukan soal mahu sokong Najib atau sokong Tun Dr Mahathir. Ini adalah fakta kerugian wang rakyat ! Ini bukan wang datang dari Kerala India. Anda baca secara teliti, baca dan fahamkan. Anda dapat saksikan sendiri siapa sebenarnya Kepala Penyamun.

Jelas terbukti zaman Mahathir semua penyelewengan melibatkan wang besar tidak ada sebarang tindakan yang dilaksanakan. Everything sweep under the carpet bro ! Tetapi, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan daun pisang. Jika amaun kerugian melibatkan bilion bilion ringgit, lambat laun akan terbongkar juga akhirnya....

BMF, Maminco dan Bank Negara Malaysia [BNM Forex] kesemuanya ada kaitan dengan Mahathir. Itu belum lagi terlondeh kisah Perwaja, Bakun, Repco Low, pembelian Skyhwak, PLUS highway, jambatan Pulau Pinang dan ada beberapa lagi. Mungkin tahun 2017 akan didedahkan satu persatu... Pada zaman Tun Dr M jadi PM tiada media sosial. Rakyat tak berpeluang untuk menyaksikan bukti bukti penyelewengan.

Berbalik kepada peribahasa yang disebutkan diatas tadi, agak agaknya semakin kuat Mahathir berkokok semakin banyak ekornya bergelumang tahi... Ini membuatkan rakan rakan yang dahulunya musuh beliau kini menjadi rakan 'comolot' pun sudah sakit kepala.
 
Kita nantikan reaksi Lim Kit Siang yang dahulunya pernah menyalak mengenai skandal BMF. Apakah hari ini Kit Siang akan menjilat kembali kahak pekatnya dan hanya berdiam diri mengenai skandal BMF ? Padahal beliau pernah mendesak dalam Parlimen untuk diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja [RCI] bagi menyelesaikan skandal BMF yang menyaksikan seorang rakyat Malaysia mati dibunuh [baca di SINI].

Malah pada tahun 2012, juak juak DAP bersama Anwar Ibrahim juga pernah cuba mengungkit kembali skandal BNM FOREX 1992 yang melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM80 bilion. Baca sepenuhnya di SINI

Satu persatu pekong Mahathir kini terlondeh.... Najib tak perlu bersusah payah memikirkan cara kaedah mahu 'handle' meroyan Mahathir kerana ini semua KIFARAH ! Allah balas didunia secara Cash On Delivery. Najib hanya perlu fokus pada tugas mentadbir negara, mendahulukan rakyat, menepati janji, mempersiap-siagakan dan perkuatkan jentera PRU 14.

Siti Nurhaliza Pilih Yang Mana...??

Friday, January 27, 2017

Siti Nurhaliza Pilih Yang Mana....? Mahathir Atau Najib....??

Meniti hari ke penghujung minggu ini, antara sajian berita politik yang agak menarik sebagai mukadimah posting di Blog MIK kali ini memetik kisah apakah benar Siti Nurhaliza bakal menjadi calon parti cap ayam lambang bunga raya milik Mahathir untuk bertanding di Parlimen Pekan lawan dengan YAB PM Datuk Sri Najib Tun Razak pada PRU ke 14 nanti....?  [ Baca di SINI].

Berita ini menjadi spekulasi apabila segerombolan artis artis sensasi tanahair telah berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya untuk menyatakan sokongan mereka kepada pejuangan Tun Dr Mahathir menentang Najib Razak....!  [Baca di SINI]

Selesai bab mukadimah, biarlah ianya menjadi pilihan golongan artis membuat pilihan samada mahu menyokong kerajaan atau pun tidak. Mereka seharusnya bijak menilai sendiri 'balasan' yang sedang diterima oleh Mahathir saat ini dan mutakhir ini.

Mahathir semakin celaru dan semakin banyak membuat U Turn keatas apa sahaja yang beliau kecam, dan tingkah laku mantan PM ini semakin mengundang rasa meluat ramai pemerhati politik tanahair. Kelmarin dan semalam juak juak penjilat tegar Mahathir membisu dan kering modal apabila gempar dengan pembongkaran kisah Skandal BMF 2.5 Bilion. [Baca di SINI]


Hari ini datang lagi BALA buat Mahathir...!

Kemunculan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Murad Khalid membongkar secara eksklusif kerugian yang amat dahsyat AS$10 Bilion oleh BNM sekitar tahun 1993 ! Satu persatu rakyat dapat melihat betapa jahanamnya kewangan negara kita dibawah pentadbiran Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Semua perbuatan durjana ketika dalam pemerintahan Mahathir selama berpuluh puluhtahun telah disembunyikan.... Inilah balasannya apabila cuba membuka aib orang, sebaliknya Allah yang buka aibnya sendiri. Kesian Mahathir dan kuncu kuncunya !

Thursday, January 26, 2017

Tun Dr M Boleh Percaya Laporan DOJ Amerika Tapi Tak Terima Laporan CIA Yang Juga Berasal Dari Amerika Bila Terbongkar Skandal BMF 2.5 Bilion


Ketika Tun Dr Mahathir sedang 'busy' sangat membuat banyak U Turn, tiba tiba tanpa disangka sangka ada bom meletop !

Dilaman media sosial sedang hangat berlaku serang menyerang dengan pelbagai cara dan kaedah silat kuntau, taici kedua dua pihak pro Najib dan pro Mahathir setelah terbongkarnya  pendedahan yang dibuat oleh sebuah portal bebas, Asian Correspondent berhubung beberapa dokumen Skandal BMF zaman Mahathir yang kini boleh dibaca di atas talian yang telah 'dibebaskan' oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1983 menunjukkan ada pembabitan Mahathir Mohamad.  Menurut laporan portal berita The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh CIA, juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.

Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan.
“Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata portal itu memetik kertas siasatan CIA bertarikh Mac 1985 bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”

Skandal BMF sememangnya pernah menggemparkan tanahair kita pada tahun 1980an....  Kisah skandal kewangan negara yang mendedahkan cawangan BMF di Hong Kong menyediakan “pinjaman” kepada beberapa syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat diterajui George Tan.

Ratusan juta dolar hilang sekelip mata apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, sekali gus menjadi kes kebankrapan paling teruk di Hong Kong.

Seorang juruaudit Bank Bumiputera rakyat Malaysia anak kelahiran Melaka bernama Jalil Ibrahim yang menyiasat skandal BMF ini telah mati dibunuh dan kematiannya masih lagi menjadi misteri sehingga ke hari ini. Ada sumber mengatakan beberapa jam sebelum kematiannya, Allahyarham enggan tunduk dengan desakan untuk meluluskan pinjaman sebanyak 4 juta kepada Carrian Holdings Ltd. [SUMBER DISINI]

Pada sekitar bulan Mei 2015, Mahathir pernah berkata skandal BMF tidak boleh dibandingkan dengan 1MDB kerana katanya Najib memegang jawatan dalam syarikat pelaburan itu, sementara beliau ketika menjadi PM tak ada kedudukan dalam BMF.

Mamak Kerala yang cuba putar belit fakta !

Sebelum Julai 1981, Mahathir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI dan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Hussein Onn sedang uzur. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Tun Dr Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980).

Perlu diingat juga Bank Bumiputera Bhd adalah 'parent' kepada Bumipetra Malaysia Finance [BMF]di Hong Kong adalah di bawah kuasa penuh Perdana Menteri. Pemegang saham terbesar pula adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Siapa pula Pengerusi PNB pada masa itu? Tak lain dan tidak bukan juga Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996).  [SUMBER DISINI]
 
Sehubungan itu Mahathir pun memberikan alasan semua pembongkara kisah silam tahun 1983 kerana Amerika Syarikat cuba membalas dendam dengannya kerana selalu mengkritik dasar dasar negara tersebut secara keras...
 
Mamak Kerala cuba sekali lagi putar belit fakta !
 
Sewaktu juak juak anti Najib mengagung-agungkan laporan DOJ mengenai isu 1MDB, mereka bersama Mahathir lupa agaknya DOJ berasal dari Amerika Syarikat.... Tapi bila meletop semula kisah skandal BMF yang membabitkan Mahathir, tiba tiba pulak ianya menjadi 'non reliable' kununnya Amerika ingin membalas dendam terhadap Mahathir.
 
U Turn dengan Mahathir semakin sinonim ibarat lagu dan irama, berpisah tiada....

Monday, January 23, 2017

Dah Macam Siti Nurhaliza Apabila Rosmah Dikerumuni Oleh Anak Anak Muda Di Jelebu...

Ko Jolobak Ko Jolobu, Tuai Padi Tigo Tangkai
Ini bukan kisah Mat Sabu, Tengok Foto Gunalah Akai...


Al-Kisahnya Apabila Rosmah Sanggup Redah Hujan Lebat Di Pantai Timur....

Biar pun hujan lebat sanggup diredahi..... Itulah kisahnya hujung minggu lalu apabila tindakan Datin Seri Rosmah Mansor amat dikagumi oleh mangsa mangsa banjir di negeri Kelantan.



Tuesday, January 17, 2017

CHECK MATE ! Perjuangan Sia Sia Buang Masa Parti Haji Marlboro Setelah Akui BR1M Dan GST Najib Itu Terbaik Untuk Rakyat...

Beberapa malam yang lepas, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, kesemua ahlol ahlol tolol parti cap ayam lambang bunga raya telah secara sah tertipu dengan helah perjuangan Tun Dr Mahathir selama mana mereka menubuhkan parti yang dikatakan mahu menggantikan UMNO.....

Bukan main gegak gempita lagi juak juak murahan pengikut Mahathir kalau bercakap depan khalayak mereka hina, mereka kritik Datuk Sri Najib dengan pelbagai kelemahan cara pentadbiran YAB Perdana Menteri kita. Diantaranya ialah isu BR1M dan GST.

Kunuuuunnya BR1M itu dedak dan rasuah mahu membeli jiwa pengundi agar mengundi BN, manakala GST adalah satu sistem percukaian yang membebankan rakyat ! Demikianlah lafaz zikir  mereka yang memilih untuk menganuti ajaran Tun Dr Mahathir seiring dan senada dengan zikir juak juak murahan Pembangkang.....

Dengan kehendak Allah swt pada malam yang gilang gemilang parti cap ayam lambang bunga raya itu di Stadium Melawati Shah Alam, Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian awalnya sebelum ini. Sepertimana komen dan reaksi Datuk Sri Najib 'classify' Mahathir ini tak ubah seperti seorang juara dan pakar U-Turn !

Dahulunya Mahathir pernah caci hina penerima wang BR1M sebagai pemakan dedak, dan beliau juga menyifatkan sistem GST membebankan rakyat. Tetapi pada malam tersebut, Mahathir buat pusingan U atau U Turn apabila menyatakan sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU ke 14, mereka akan kekalkan BR1M dan GST, cuma kaedah dan cara perlaksanaannya sahaja akan diubah......

Sudah tiba masanya kita boleh bertanyakan kepada pengikut pengikut parti cap ayam lambang bunga raya soalan soalan cepumas, kenapa mereka memilih untuk tinggalkan UMNO dan menentang UMNO sekiranya apa yang dilaksanakan oleh Najib telah pun diperakui ianya baik untuk rakyat...? Tidakkah mereka merasa malu apabila pada awalnya menggunakan isu BR1M dan GST sebagai modal untuk menghentam kerajaan BN, akhirnya terpaksa mengakui ianya adalah sesuatu yang baik untuk rakyat....

Mahathir pasti akur dengan kejayaan Najib apabila melihat sendiri fact and figures, hakikatnya sejak GST mula berkuatkuasa, kerajaan BN berjaya mengutip hasil lebih RM51 Billion berbanding kutipan cukai SST pada 2014 yang berjumlah RM37.2 Billion.

Kepada juak juak pengikut parti cap ayam lambang bunga raya tak perlulah buang masa anda semua..., jelas dah ini bukannya perjuangan untuk rakyat, tetapi perjuangan peribadi sesetengah pimpinan atasan parti itu sahaja !

Monday, January 16, 2017

Bertuah Sungguh Rakyat Baling Dapat Sepetang Bersama YAB Perdana Menteri

Azeez Rahim dan rakyat Baling berpisah tiada.....

Cantik sungguh tagline diatas sepertimana kita semua sedia maklum, Ahli Parlimen Baling YB Dato Seri Paduka Panglima Haji Abdul Azeez Rahim merupakan seorang wakil rakyat yang sangat sangat rapat dan dekat dengan rakyat di Baling, Kedah.

Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan aktiviti tugasan Azeez Rahim menerusi laman sosialnya sudah pasti dapat menyaksikan pimpinan UMNO ini menghabiskan banyak masa beliau bersama rakyat Baling setelah selesai semua tugasannya khususnya di Kuala Lumpur selaku Pengerusi Tabung Haji Malaysia.  Membawa amanat kepimpinan Datuk Sri Najib Razak yang sentiasa mendahulukan rakyat, Azeez Rahim memang sangat dikenali dan disenangi oleh rakyat Baling.

Esok tanggal 17 Januari 2017, akan terpahat dalam sejarah penduduk serta pengundi di daerah Baling Kedah. YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak akan berada disana untuk bertemu dengan lebih dekat lagi para pengundi dan rakyat Baling.

Sepertimana kata salah seorang pertugas di pejabat Azeez Rahim di Baling, "Biasanya Boss kita pi ceruk mana jumpa rakyat Baling dia dok sampaikan pesan dan salam Perdana Menteri, tapi esok Boss bawak mai dah PM mai Baling, syukurlah...."

Pelbagai program dan aturcara telah disediakan bagi memeriahkan lagi sambutan kedatangan YAB Datuk Sri Najib ke bumi Baling.

Acara akan bermula seawal jam 10 pagi dengan pengisian persembahan pentas, ceramah agama, cabutan bertuah, majlis ramah mesra pasukan juara Piala Malaysia skuad Kedah dengan rakyat Baling.

Menurut pihak sekreteriat Parlimen Baling, acara kemuncak adalah penyerahan 3 buah Bas Sekolah Percuma oleh Datuk Sri Najib Tun Razak. Beberapa sekolah juga akan menerima bantuan dan akan disampaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.

Tahniah diucapkan buat YB Datuk Sri Paduka Panglima Hj Azeez Rahim !

Tuesday, January 10, 2017

Contohi Faiz Subri... JANGAN Jadi Macam Tun Dr M @ Haji Marlboro Yang Mendapat Gelaran Bapak AYAM !

Hari ini seluruh tanahair sudah gegak gempita selepas bergema berita menggembirakan rakyat Malaysia apabila anak muda berusia 29 tahun dari Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah PUSKAS FIFA untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang bolasepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Tahniah Faiz Subri !

Inilah yang kita mahukan, sebagai rakyat Malaysia mengharumkan nama negara dipersada dunia. Kejayaan bertaraf dunia.....

Pada waktu yang sama hari ini, idola politik parti cap ayam lambang bunga raya juga mendapat gelaran. Gelaran yang amat hina ! Gelaran sebagai Bapak Ayam....

Kesian sungguh nasib Tun Dr Mahathir @ Haji Marlboro. Apalah nasib beliau semakin dihina menjelang sisa sisa usianya. Jangan buang masa, ayuh anda bacalah kisahnya di SINI

Saturday, January 7, 2017

Al Kisahnya... Haji Marlboro.


Memang lumrah kehidupan buat manusia biasa yang bukan maksum akan menerima balasan kepada apa sahaja yang dilakukan samada perbuatan itu baik atau pun jahat, cuma waktu pembalasan didunia ini sahaja tidak tentu waktunya, ada kala cepat dan ada kalanya lambat.

Disebabkan pulut santan binasa, disebabkan mulot longkang badan binasa... Itulah KARMA buat mantan PM kita Tun Dr Mahathir yang semakin galak dan berahi kesana kemari menjaja fitnah dan adu dumba dengan nawaitu mahu menggulingkan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.

Apabila semakin galak dan rancak menjaja fitnah, tidaklah mustahil untuk seseorang itu terlanjur kata kata. Tun Dr M juga semenjak kebelakangan ini sering tersilap kata dan terlanjur tutur bahasanya. Dengan penuh berahi membuat hukum sendiri berkaitan soal hukum agama, beliau kini menerima balasan secara Cash On Delivery !

Pedas sungguh kritikan Tun Dr M terhadap mana mana jemaah dan bakal jemaah haji yang ditaja oleh 1MDB. Mengalahkan para ulama', Mahathir merumuskan kesemua jemaah dan bakal jemaah tajaan 1MDB tidak mendapat Haji Mabrur... hina sungguh pandangan mantan PM ini terhadap para tetamu Allah swt.

Nah ! Inilah karma diterima... kita dipesan jangan sesekali mahu membuka aib orang lain kerana diwaktu yang sama aib diri sendiri bakal terlondeh... Setelah membuat kritikan yang pedas berbisa terhadap jemaah dan bakal jemaah haji tajaan 1MDB, aib ahli keluarga Mahatahir pun kini menjadi viral.

Mahu sangat bercakap mengenai mabrur ibadah haji seseorang itu, malunya famili Mahathir apabila pendedahan dibongkar menceritakan bersama bukti foto foto bagaimana anak menantu dan cucunya sendiri tidak memperolehi mabrur ibadah mereka setelah menjadi tetamu Allah.... Pendedahan itu anda baca di SINI.

Tak cukup dengan pendedahan itu, terbongkar satu lagi kisah PANAS berapi salah seorang anggota famili Tun Dr M yang mengamalkan gaya hidup umat Nabi Luth ! Terlibat dengan hubungan sejenis, homoseksual yang sangat keji dan terkutuk !!  Baca di SINI

Thursday, January 5, 2017

Al Kisahnya... Apabila Suami Noryn Aziz Yang BUAT HAL Tetapi Menuduh Orang Lain Pulak ! Kesian Rosmah....

Cakap siang pandang pandang..., cakap malam dengar dengar !

Apabila satu jari menuding kearah orang lain, maka ada empat jari jari lagi sudah pasti akan menuding kepada diri sendiri. Begitulah kisahnya, apabila kebangangan seorang Ahli Parlimen Pembangkang dengan penuh syahwat klaimaksnya cuba untuk memburuk-burukkan nama baik Darin Seri Rosmah Mansor.

Bodoh sungguh rupa-rupanya Ahli Parlimen Kuala Terengganu parti sepihan PAS ini, Raja Kamarul Baharin yang menyalak melalak mahu menghentam isu percutian famili YAB Datuk Sri Najib ke negara Australia setelah foto Rosmah memecang cawan minuman diluar negara menjadi viral dilama sosial sejak semalam....

Kenyataan rasmi oleh Raja Kamarul Baharin boleh anda baca di SINI.

Bercakap tanpa membuat sebarang homework, hanya mahu meraih populariti untuk menjadi champion kepada isu isu yang boleh dipanaskan diputar belit dengan nawaitu menghasut rakyat membenci pemimpin. Sepatutnya sebagai seorang Ahli Parlimen, Raja Kamarul Baharin faham akan
sebarang keistimewaan yang ada dalam peruntukan untuk mana mana anggota pentadbiran kerajaan [kabinet].

Pertama, berdasarkan Akta 237, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, secara terang menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan (Kabinet) dan Ahli Parlimen. Di dalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan / kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat Parlimen, bercuti dalam dan luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.

Kedua, bagi anggota Kabinet dari Perdana Menteri hingga Timbalan Menteri, kemudahan cuti luar negara mereka layak setahun sekali menggunakan kemudahan itu. Tiket dan beberapa orang anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung oleh Kerajaan. Menteri pergi bercuti atau tidak, mereka boleh menuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti.

Ketiga, sekiranya Timbalan Menteri mendapat kemudahan bercuti, apatah lagi kalau melibatkan Perdana Menteri dan Timbalannya. Mereka memiliki kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat rasmi Kerajaan. Ianya bertujuan bagi melindungi keselamatan Perdana Menteri dan keluarganya semasa bercuti. Sama ada Perdana Menteri bercuti ataupun tidak, beliau tetap seorang pemimpin Malaysia yang layak mendapat kemudahan dan perlindungan keselamatan.
Sibuk sangat nak mengata buruk Rosmah dan famili Najib..., kita juga mahu bertanyakan kepada Raja Kamarul Baharin foto foto yang isterinya bermegah megah bercuti diluar negara ini, apa pula cerita..?

Dimanakah destinasi percutian yang dia sendiri habiskan wang ringgit...? London Hyde Park terletak di Bandar Sri Damansara..? Atau di Sri Hartamas...?? Atau di Gong Badak...???

Tak payah nak persoalkan percutian Najib ketika negara sedang mendepani masalah banjir dan monsun.... Tepuk air di dulang dah terpercik ke muka sendiri ! Kuala Terengganu sebenarnya disaat ini amat perlukan Ahli Parlimen mereka sama sama mengharungi banjir disaat ini bukannya masa untuk Noryn Aziz nak bermegah tayang gambar suaminya di London....

Balik jaga kawasan...! Jangan sibuk mengata hal orang apabila diri sendiri ibarat Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Tapi Dia Yang Lebih...

BRAVO Ku Nan...! Betapa Ramainya Ahli Parlimen Pakatan Di Wilayah Persekutuan TAK Mampu Tandingi BN Dengan Perkhidmatan Bas Sekolah PERCUMA

Kita semua masih lagi dalam minggu pertama persekolahan sesi tahun 2017......

Tidak keterlaluan untuk memberikan THUMBS UP buat Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan yang berjaya WALK THE TALK mendauhulukan rakyat untuk diutamakan !

Perkhidmatan bas sekolah secara percuma yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala LUmpur (DBKL) untuk anak-anak penghuni PPR dan Perumahan Awam (PA) bermula sejak Selasa yang lepas dimana  sebanyak 165 bas disediakan kerajaan bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal di 74 buah PPR dan PA di sekitar ibu negara melibatkan peruntukan RM80 untuk setiap pelajar.

Kalau mengikut rekod diatas kertas, daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan hanya 2 sahaja yang dimenangi oleh UMNO-BN iaitu di Setiawangsa [Datuk Ahmad Fauzi] dan di Titiwangsa [Datuk Johari Ghani]. Selebih 9 kerusi milik DAP dan PKR......

Namun begitu, menyedari hakikat dalam memahami konsep Rakyat Diutamakan dibawah kepimpinan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak, maka lahirlah satu khidmat istimewa untuk penduduk di Wilayah Persekutuan untuk menikmati bas sekolah percuma.

Bijak sungguh idea Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan.... Tahniah Ku Nan !!