Monday, February 20, 2017

Apabila Mamak KERALA Berjaya Bikin Pembangkang Huru Hara.... Adakah Mamak KERALA Sebenarnya Trojan Horse Najib ?

Apakah tindakan menggila Tun Dr Mahathir menghentam dan menyerang YAB Datuk Sri Najib dengan bersekongkol bersama Pembangkang adalah satu taktik bertujuan untuk menjahanamkan Pakatan Pembangkang itu sendiri...?

Semenjak Mahathir menyertai Kit Siang, Mat Sabu dan Azmin Ali secara sedar atau tidak telah berputik beberapa masalah dalaman PKR dan DAP. Difahamkan Presiden Wan Azizah sebenarnya hanya sekadar berlakon menyokong penyertaan Mahathir malah telah ada satu 'Invisible Squad' yang sedang rancak membuat kerja underground menolak Azmin yang dilihat terlalu kuat mendokong Mahathir. Manakala beberapa hari yang lepas kita menyaksikan 4 orang wakil rakyat DAP Melaka umum keluar parti kerana tidak bersetuju parti Chauvanist itu bekerjasama dengan Mahathir...

Kalau kita perhalusi lanskap politik juak juak Pembangkang nampaknya mereka semakin tiada keserasian dan pergolakan dalaman DAP dan PKR sudah semakin meruncing sejak Mahathir mengambil alih 'driver seat'. Malah pendirian parti PAS yang mahu mufarakah dari Pakatan Pembangkang kerana tak mahu bersama dengan DAP dan PAN membuktikan Mahathir bukanlah satu faktor yang kuat untuk mengepalai Pakatan Pembangkang disaat ini.

Ini sangatlah berbeza sekali jika kita bandingkan sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang. Dibawah pengaruh Anwar, Pakatan Pembangkang akur dengan kerjsama yang perlu dizahirkan dan kita dapat lihat sendiri bagaimana PAS dengan DAP boleh tidur sebantal walaupun mimpi masing masing tak sama. Setidak-tidaknya PAS dengan DAP boleh duduk semeja dan bersetuju dengan beberapa keputusan penting....

Titik tolak permulaan PAS semakin disisih dan tidak menjadi 'kepentingan' buat DAP dan PKR setelah ujudnya serpihan parti itu dengan tertubuhnya parti PAN yang diketuai oleh Mat Sabu bersama teamnya yang tewas teruk kepada team Ulamak pada Muktamar PAS yang lepas...

Mahathir pula terbukti gagal untuk memujuk dan membawa PAS kembali menyertai Pakatan Pembangkang setelah kenyataan rasmi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang bahawa mereka tak akan bekerjasama dengan mana mana parti yang bersama DAP dan PAN. [baca SINI]

Apa yang jelas ketika ini ialah Pakatan Pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR, PAN dan kini disertai oleh parti cap ayam lambang bunga raya semakin kucar kacir dan huru hara ! Buta agaknya mata penjilat penjilat tegar yang menyokong Mahathir, Kit Siang, Azmin Ali dan Mat Sabu sehinggakan tak mampu melihat bagaimana Pembangkang semakin goyah...!

Timbul juga persoalannya disini apakah Mahathir melakukan semua ini dengan bertujuan membolehkan Datuk Sri Najib membawa kemenangan besar buat BN pada PRU ke 14 nanti...?

bersambung lagi nanti.....

Sunday, February 19, 2017

Mamak KERALA Pening Apabila Himpunan RUU 355 Sukses Berbanding BERSIH 5 Yang GAGAL !

Warna PURPLE berjaya mewarnai Padang Merbok semalam menzahirkan sokongan umat islam menyokong penuh Himpunan RUU 355 ! Lautan manusia...!! Yang pastinya terdiri daripada umat islam tanpa mengira fahaman parti.

Lambakan foto foto di media sosial menyiarkan lautan umat islam yang membanjiri dan memenuhi Pafang Merbok semalam sudah pasti bikin Tun Mahathir panas kerana Himpunan RUU 355 telah "direject" oleh juak juak parti cap ayam lambang bunga raya, DAP, PKR dan PAN. Terbukti lautan umat islam yang menjayakan RUU 355 semalam jauh lebih sukses dari BERSIH 5 !

Ia adalah salah satu daripada beberapa himpunan sebelum ini yang menggandingkan UMNO dan PAS walaupun tidak dibuat atau diisytiharkan secara rasmi. Malah ianya jauh lebih besar berbanding pertemuan antara Mahathir dan Allahyarham Fadhil Noor hampir dua dekad lalu dalam isu Palestin. Himpunan kali ini jauh lebih berjaya kerana ia melibatkan akar umbi berbanding hanya dua orang pemimpin tertinggi bergambar di hadapan wartawan dan jurugambar.

Baca sepenuhnya ulasan dari sahabat Blogger di SINI

Friday, February 17, 2017

PADAYAPPA Malaysia Kini Boleh Bergelar Azeez ROHINGYA ! Bravo Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Rahim...

Azeez Rahim pernah dikenali dengan bermacam macam gelaran... Azeez Rempit, Azeez Putra, Azeez Baling, Azeez GAZA, Azeez Tabung Haji dan beberapa lagi gelaran berkaitan hasil kerja amal bakti yang beliau pernah "deliver sucessfully".

Hari ini beliau sudah boleh bergelar Azeez ROHINGYA ! Itulah dia kelebihan seorang insan berhati mulia yang cekal dan bersemangat waja apabila melaksanakan tugas yang beliau pikul diatas bahunya. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez sudah beberapa kali membuktikan dirinya mampu melaksanakan pelbagai IMPOSSIBLE TASK sekaligus berjaya mengharumkan nama negara kita dalam menzahirkan HUMANITARIAN AID ke beberapa negara didunia....

Kalau mahu dihitung mengikut rekod, memang sudah terlalu banyak sumbangan dari Azeez yang mengetuai Kelab Putera 1 Malaysia. Azeez pernah selamatkan rakyat Malaysia yang dilarikan ke Indonesia, pernah bantu mangsa banjir di Pakistan, gempa bumi di Jepun, membawa pulang 40,000 pelajar Malaysia dari Mesir sewaktu Hosni Mubarak digulingkan, bantuan kemanusiaan rakyat Palestine di Gaza sebanyak dua kali dan beberapa lagi Misi Bantuan Kemanusian Kelab Putera 1 Malaysia yang mencapai kejayaan.

Beberapa minggu yang lepas Azeez mengetuai Misi Food Flotilla For Myanmar [FFFM] dengan menaiki kapal Nautical Aliya.Untuk rekod, 'Food Flotilla for Myanmar' yang dianjurkan oleh Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan disertai oleh 195 sukarelawan dari 12 negara. Mereka terdiri daripada pasukan perubatan, tenaga pengajar, wakil media tempatan dan antarabangsa serta wakil  NGO tempatan dan luar negara.  Misi FFFM membawa lebih 2,000 tan makanan, keperluan perubatan dan barang keperluan harian.

Setelah beberapa hari menempuh dugaan lautan bergelora muncul pula beberapa FITNAH yang menghebohkan kununnya misi FFFM Azeez menemui kegagalan..., tak berjaya menempuh halangan. Anda boleh baca ulasannya di SINI dan SINI.

Namun begitu, Azeez tidak pernah sesekali menoleh ke belakang ! Beliau memang cekal hati dan tetap mahu menemui sasaran tugasannya demi nama baik negara kita Malaysia....

Akhirnya dengan izin Allah swt dan iringan doa doa dari rakyat Malaysia yang mempercayai kesungguhan dan kebolehan Azeez Rahim berserta pasukannya dalam FFFM, semalam mereka berjaya juga menyerahkan sendiri bekalan makanan bantuan kepada rakyat Rohingya.
 
 Alhamdulillah Syukur...!  Bukan mudah untuk mana mana pihak luar menembusi Kem Pelarian di Teknaf yang menampung 50,000 rakyat Rohingya.

Inilah dia kelebihan yang ada pada batang tubuh manusia bernama Azeez Rahim. Beliau memang hebat dan berjaya membuktikan kehebatannya apabila mengendalikan perihal Humanitarian Aid. Tidak ada tolok bandungnya ! Kita hanya ada satu sahaja Azeez Rahim....

BRAVO Datuk Seri Panglima Azeez Rahim... YOU WALK THE TALK !


SUMBER FOTO FOTO : AGENDA DAILY

Wednesday, February 15, 2017

Mahfuz Omar Sanggup Jadi Biawak Hidup Dalam PAS....

Nampaknya Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang masih jadi musang berbulu ayam dalam parti PAS semakin panas apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan jelas membayangkan mereka tak akan bekerjasama dengan DAP dan parti cap ayam lambang bunga raya.... [baca SINI].


SHAH ALAM –  Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad serta Exco Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor didesak melepaskan jawatan kerana Pas telah membuat keputusan dasarnya untuk tidak menjalinkan apa-apa kerjasama politik dengan  Amanah  dan DAP.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, Pas secara tegas dan jelas menolak hasrat Bersatu untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas dan akan memutuskan hubungan kerjasama dengan parti PKR.

Menurutnya, Pas tidak perlu menunggu sehingga muktamar akan datang untuk mengumumkan hubungannya dengan PKR.
“Alasan yang diberikan jelas, Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menjalinkan hubungan kerjasama denga parti DAP dan Amanah manakala hubungan dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar parti sudah tentu mengecewakan dan menjarakkan rakyat  dari Pas,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mahfuz, oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama Pas dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ini bermakna Pas perlu menarik diri dari kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor dan melepaskan semua jawatan Exco, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, JKKK, ketua kampung, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan apa-apa jawatan lantikan politik dengan segera secara berprinsip.

“Sudah terang lagi bersuluh, PKR sepertimana Bersatu sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan Amanah malah telah menandatangani 'perjanjian kerjasama politik' untuk meranapkan kuasa politik Umno/BN pada PRU14 akan datang
“Adalah lebih baik untuk Pas mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan Pas masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi hasil dari kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.

Mahfuz berkata, berdasarkan keputusan yang dinyatakan Pas, semua parti pembangkang sudah boleh merumuskan PRU14  akan menyaksikan pertandingan tiga  penjuru termasuk Pas juga sudah boleh  merancang 'strategi tiga penjuru' untuk memastikan Umno/BN dikalahkan pada PRU14.

“ Usah lagi menghabiskan masa dengan agenda pujuk rayu untuk Pas menyertai gabungan pakatan pembangkang, sebaliknya semua parti termasuk Pas perlu tumpu kepada usaha 'pujuk rayu rakyat' untuk menolak Umno/BN pada PRU 14 nanti,”katanya.
“ Sayu dan sedih dengan keputusan Pas mengenang nasib rakyat yang tertindas dan terbeban akibat salah guna kuasa Umno/BN  'merompak wang rakyat'. Rakyat sangat mengharapkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad lalu berkata,  Pas tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan Amanah dan DAP manakala kerjasama dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar pada  April akan datang," katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin  Hassan dalam sesi temu bual bersama Sinar Harian menegaskan  parti itu masih  berminat menjalin hubungan dengan Bersatu kerana parti itu tidak mempunyai apa-apa  ikatan rasmi dengan DAP.

Menurut Nasrudin, Bersatu cuma wujudkan persefahaman, tapi jika mereka ingin bersama Pakatan Harapan dan ingin ajak Pas masuk Pakatan Harapan itu tidak akan mungkin berlaku.

Monday, February 13, 2017

Tempoh Sebulan Mamak KERALA Kepada PAS Tak Laku.... Terbuktilah Mamak KERALA Tak Ada Magic Seperti Anwar Yang Boleh Pujuk PAS

KILL TWO BIRDS WITH ONE STONE......!

Apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dah memberikan gambaran 'mana mana pihak iaitu parti politik yang ada kaitan, ada kena mengena, ada hubungan dengan Chauvanist DAP dan PAN, maka keputusan mudah oleh PAS ialah mereka tidak akan bekerjasama'.

“Kita sudah ada dasar, kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan PAN, ini keputusan kita, mudah sahaja. Tidak perlu tunggu masa, tidak perlu tunggu sebulan, apabila sudah ada hubungan dengan DAP dan PAN, habislah.

“PKR pun kita akan buat keputusan, insya-Allah selewat-lewatnya masa muktamar, kita akan lihat kerjasama dengan PKR. Begitu juga dengan kedudukan Pas di Selangor, kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti,” kata Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas di sini hari ini.

Sekaligus kata kata yang keluar dari mulut PAS itu juga seperti tak endahkan langsung tempoh sebulan yang diberikan oleh Mahathir kepada PAS untuk mem­­buat keputusan sama ada mahu menyertai Pakatan Pembangkang atau sebaliknya.

Kesian Mamak KERALA ! Tak laku langsung offer yang beliau cuba pancing kepada PAS. Mungkin Kit Siang, Azmin Ali dan Mat Sabu menjangkakan Mahathir adalah orang yang paling layak untuk "mengayat" dan seterusnya memujuk PAS..... Tetapi terbukti perkiraan mereka silap !

Walaupun Presiden PAS  menegaskan mereka bakal mengkaji semula hubu­ngan dengan PKR selewat-lewatnya pada muktamar tahunan yang dijangka berlangsung di Kedah pada April ini,  tetapi apabila Hadi Awang sebut mengenai dasar parti mereka yang TAK akan bekerjasama dengan mana pihak yang ikatan rasmi dengan DAP dan PAN, tepatlah pembuka kata Blog MIK seperti diatas tadi.... Kill Two Birds With One Stone !

Kegagalan Mahathir untuk pulas tengkuk pimpinan PAS memberikan gambaran yang sangat jelas, tidak ada sesiapa yang mampu menandingi kehebatan Anwar Ibrahim. Untuk rekod, terbukti bahawa Anwar sewaktu mengepalai Pembangkang pada PRU 12 tahun 2008 dan PRU 13 tahun 2013 telah berjaya membawa Hadi Awang dengan Kit Siang untuk duduk semeja dan akur dengan persetujuan bekerjasama dalam Pakatan Pembangkang.

Agak agaknya mungkin itulah sebabnya 4 orang wakil rakyat DAP di Melaka umum keluar parti sebab mereka melihat Mahathir hanyalah taraf Cap Ayam dan tak layak untuk menjadi Ketua Pembangkang.....

Sunday, February 12, 2017

Wayang Hujung Minggu Terbaik ! Alahai.... Mamak KERALA

Kununnya juak juak murahan penjilat tegar parti cap ayam lambang bunga raya mahu spin sifat zuhud Tun Dr Mahathir.... Silap perkiaraan ! Tepuk air didulang semestinya terpercik ke muka sendiri.

Iya, mereka tersilap membuat perkiraan. Dengan percubaan menunggang laman sosial bertujuan untuk meraih sokongan buat Boss Besar mereka sebaliknya telah menjadi bahan belasahan... Baca di SINI

Tuesday, February 7, 2017

Bila PAM Tandas Rosak Najis Pun Timbul Terapung.... Kisah Taik Mahathir Di PROTON Kupasan Seorang Penggiat Media Sosial

Setiap kali membaca posting Sdra Faisal dilaman media sosial miliknya, tersenyum seketika memikirkan beban dibahu Cybertrooper parti cap ayam lambang bunga raya yang mendapat dedak mewah untuk menjawap dan mempertahankan Tun Dr Mahathir....

Kesian ! Anda bacalah sendiri kupasan yang sangat bernas bertaraf Menteri daripada Sdra Faisal !

Thursday, February 2, 2017

Banjir Di Kajang Wan Azizah Hilang.... Banjir Di Pahang Wan Azizah Tetap Berposing Dengan Kipas

Sudah menjadi lumrah apabila rakyat terpaksa mendepani ujian getir seperti musibah banjir, maka kehadiran dan kepedulian wakil rakyat mereka amat dialu-alukan....

Ketika dan saat bumi negeri Pahang kini turut sama ditimpa masalah banjir, kemunculan Ketua Pembangkang dari PKR Dr Wan Azizah telah mengundang respon negatif akibat sikap isteri Bapa Peliwat Negara itu sendiri yang hanya utamakan populariti dan bukannya sifat kepimpinan.

Masih segar dalam ingatan apabila Kajang ditenggelami air kerana banjir kilat kelibat Wan Azizah tak kelihatan. Malah beberapa hari yang lepas, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini cuba mencuri perhatian dengan menziarah mangsa mangsa banjir di Pahang. Baca seterusnya di SINI.

Niat dan nawaitu Wan Azizah seolah-olah mahu mendahului YAB Datuk Sri Najib yang seharusnya peduli dan peka masalah rakyat dinegeri Pahang.... Kesian sungguh usaha jahat pencacai pencacai Pembangkang mahu spin isu ini. Mereka silap !

Najib dan Rosmah tahu tugas dan tanggungjawab mereka. Denyut nadi rakyat Pahang khususnya di Pekan memang tersemat kemas didalam naluri pasangan suami isteri ini sejak dari dulu lama dah bertahun tahun lamanya !

Selaku Wakil Rakyat Pekan, Najib dan isteri melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kinchir, Paloh Hinai, Pekan, Pahang hari ini. Beliau bersama Rosmah menaiki bot mengharungi Jambatan Sungai Kinchir yang ditenggelami air lebih satu meter, kemudian menaiki bas sekolah sebelum tiba ke pusat pemindahan sementara di sekolah itu.