Tuesday, January 9, 2018

Tahun 2018 Apakah Najib Masih Kekal Sebagai Perdana Menteri...?

Tahun 2018 sudah pun membuka tirai sejak lebih seminggu yang lalu.  Tumpuan dan persoalan hangat rakyat negara ini sudah pastilah kepada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14).

Ramai penggiat media sosial,  jentera parti serta pemerhati politik yang meramalkan PRU 14 akan diadakan pada tahun 2017 tidak meneka dengan tepat dan tempohnya telah pun berlalu pergi. 

Yang pastinya PRU 14 akan diadakan tahun ini!  Itu pasti... Cuma bilakah tarikhnya? Jawapan ini hanya ada pada YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.  Hanya beliau sahaja yang tahu... 

Dikalangan marhaen yang layak mengundi pula sudah mula berkira kira dan bersembang sana sini mengenai parti mana yang akan beroleh kemenangan pada PRU 14 ini.  

Non partisan sudah mula membuat pertimbangan untuk menentukan pilihan mereka....  Mahu pilih parti yang mana?  BN atau Pakatan Harapan atau PAS yang sehingga ke saat ini dilihat 'stand alone'. 

Dalam situasi suhu politik tanahair disaat ini nampaknya rakyat sedang menyaksikan sandiwara politik diatas pentas juak juak Pembangkang.... Ramai nampaknya terpinga pinga dengan adegan yang disajikan oleh Pakatan Harapan mutakhir ini. 

Terkini,  pengumuman calon Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan adalah Tun Dr Mahathir Mohamed.  Keputusan yang mengundang pelbagai reaksi dikalangan pimpinan mereka sesama sendiri...  Masih ada dikalangan mereka yang tidak puas hati !

Adakah keputusan memilih Tun Dr M membuktikan bahawa dikalangan pimpinan Pakatan Harapan tidak ada yang layak untuk diangkat sebagai Orang Nombor Satu selain daripada Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh..? Tidak ada yang layak sehinggakan mereka terpaksa menggunakan "Recycle Item" buangan UMNO sedangkan dibarisan mereka ada tokoh tokoh yang muda seperti Azmin Ali, Rafizi Ramli,  Solahudin Ayub,  Mukriz Mahathir malah tak semena mena nama Tan Sri Muhyiddin pun sudah terpadam dari senarai ! 

Strategi apakah sebenarnya sehinggakan barisan kepimpinan terpaksa memilih Tun Dr M sebagai calon...?  Walaupun beliau diumumkan sebagai Interim PM namun persoalannya kenapa tidak ada calon yang lain sekiranya tugas itu hanyalah untuk tempoh terhad sementara merealisasikan usaha membebaskan Anwar Ibrahim dan selepas itu menyerahkan jawatan PM kepadanya. 

Adakah Tun Dr M hanya diperkudakan sahaja untuk memastikan BN tumbang dan selepas itu Anwar Ibrahim akan menjadi PM.

Barang kali mungkin buat parti DAP, Tun Dr M ini eloklah dipergunakan dan diperkudakan untuk mendapat undi melayu... Manakala dikalangan pimpinan PKR yang dikuasai oleh Azmin Ali pula, tindakan memilih Tun Dr M akan menutup peluang untuk Wan Azizah merasai duduk dikerusi PM walaupun untuk sementara waktu sahaja,  inilah siaran ulangan menghalang Wan Azizah dilantik MB Selangor sekiranya anda semua masih ingat... Buat parti PAN pula,  pimpinan mereka hanya menjadi lembu yang telah dicucuk hidung dalam Pakatan Harapan!

Rakyat dan pengundi semua mestilah bijak menilai dan membuat pilihan pada PRU 14 ini.  Bolehkah anda anda semua memberikan sepenuh kepercayaan kepada Pakatan Harapan...?  Berpuluh puluh tahun DAP dan PKR berjuang, termasuklah PAN yang dahulunya diatas tiket PAS kini mereka terpaksa menyerah jawatan Kapten kepada parti Bersatu yang belum berusia setahun pun. Apakah yang tersirat disebalik keputusan ini ? Jelaslah dikalangan mereka ada agenda peribadi masing masing.... 

Sebenarnya keputusan Pakatan Harapan memilih Tun Dr M memberikan kelebihan buat UMNO-BN menang lebih besar pada PRU 14. Value dan nilai Tun Dr M dikalangan pimpinan DAP,  PKR dan PAN bukanlah besar mana pun dan mantan PM berusia 93 tahun ini hanya diperlukan sebagai "care taker" sahaja maka diputuskan beliau sebagai Interim PM.  

Dalam rumah parti Bersatu penghuni disitu bersorak kununnya Boss mereka berjaya memperkudakan Pakatan Harapan.  Disebaliknya pada waktu yang sama dikalangan DAP,  PKR dan PAN pula menarik nafas lega kerana berjaya memperkudakan Tun Dr M. Yang menjadi mangsa adalah akar umbi Pakatan Harapan yang kini terkeliru dan sudah mula ada yang bersungut tak puas hati dengan pemilihan Tun Dr M sebagai calon PM Pakatan Harapan.

Semoga rakyat dan pengundi bijak membuat keputusan pada PRU 14 nanti..... 

No comments: