Wednesday, April 18, 2018

Najib Akan Umumkan Calon Calon BN PRU 14. Wait And See

Teka teki bilakah tarikh Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) sudah pun terjawab setelah sekian lama dinanti nantikan oleh rakyat Malaysia. Manifesto BN juga telah pun dilancarkan oleh YAB Pengerusi BN Datuk Sri Najib pada 7hb April 2018 di Bukit Jalil.

Tanggal 9 Mei 2018 bakal menjadi ukiran sejarah politik tanahair apabila seantero Malaya dan seluruh dunia menjadi saksi parti manakah bakal dipilih rakyat untuk mentadbir negara Malaysia.... 

Sepuluh hari lagi pesta demokrasi akan bermula apabila tanggal 28 April 2018 diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai hari Penamaan Calon. Maka kempen pun akan bermula.. 

Natijahnya disana sini,  warung kopi,  coffee house,  lounge mewah,  ruang ruang pejabat pastinya topik perbualan mengenai siapakah dan parti manakah akan menang pada PRU 14 ini? 

Pihak Pembangkang yang diketuai DAP dilihat mencuba sebaik mungkin untuk mengaburi mata rakyat khususnya pengundi melayu apabila sanggup tidak menggunakan lambang Roket parti puluhan tahun mereka.. 
Disebaliknya pimpinan DAP memperkudakan alasan kegagalan parti Bersatu Tun M mendapat kelulusan ROS untuk Pakatan Pembangkang hanya menggunakan satu lambang.  Keputusan dicapai maka lambang PKR akan digunakan oleh semua calon calon Pembangkang. 

Keadaan ini agak membimbangkan juga buat BN kerana pengundi atas pagar berbangsa melayu boleh dikelirukan seolah-olah melihat tidak ada calon DAP dalam Pakatan Pembangkang. Oleh itu,  senarai calon calon yang akan mewakili BN haruslah mereka yang terbaik dan mampu menarik minat dan keyakinan pengundi pada PRU ke 14 kali ini. 

Sebelum YAB Datuk Sri Najib bubar Parlimen kita sudah pun menyaksikan jentera UMNO bekerja kuat dan bertungkus lumus.  Jentera yang siap siaga berada dalam mood perang untuk pastikan kemenangan BN. PRU ke 14 kali ini telah dimeriahkan oleh penggunaan media sosial Facebook dan kerancakan kiriman pesanan Whatsapp Group yang berperanan untuk tular pelbagai aktiviti persediaan gerak kerja PRU ke 14.

Iya situasi kali ini sangat meriah dan telefon pintar sangat diperlukan untuk setiap pengundi menerima kemaskini isu isu panas yang menjadi viral.  Kita boleh ikuti bermacam macam perkembangan dan isu isu terkini yang dimuatnaik di media sosial seterusnya dikongsikan melalui group whatsapp. 

Namun ada yang menyatakan kemeriahan persediaan gerak kerja PRU 14 ini boleh terbantut dan terbengkalai sekiranya individu yang bersedia untuk menjadi calon TIDAK terpilih dan tersenarai nama mereka apabila Najib membuat pengumuman...!  

Pada PRU ke 13 dan beberapa PRU sebelum ini termasuklah beberapa PRK ada berlaku kes calon kena sabotaj dan bilik gerakan ditutup kerana rasa marah dan tidak puas hati apabila tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding... 

Apa pula kisahnya tahun ini untuk PRU ke 14 ? Mampukah Najib memuaskan hati semua pihak..?  Berjayakah konsep WALA' yakni taat setia dengan pimpinan itu akan ditaati oleh ahli ahli UMNO?  Bolehkah mereka yang selama ini bekerja kuat dan menghabiskan wang ringgit dan masa apabila tidak dipilih akan WALA' dan tidak sabotaj calon pilihan Najib...?

Bila berbicara bab sabotaj calon ada ketika dilihat tuan punya badan yang kecewa tidaklah parah lukanya TETAPI para penyokongnya yang terlebih sudu dari kuah menyiram minyak untuk marak api...!

Kita mendoakan sesiapa sahaja yang tidak terpilih untuk menjadi calon BN pada PRU ke 14 ini akan berlapang dada dan berjiwa besar mendahulukan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi.. Yang penting dan yang utama BN mesti menang !  Putrajaya wajib kita pertahankan dan bekerja lebih kuat untuk merampas kembali negeri Selangor dan Pulau Pinang. 

No comments: